Yank kemarin ku melihatmu
Kau bertemu dengannya
Ku rasa sekarang kau masih
memikirkan tentang diaGitar akustik yang tersemat dalam pegangan aku petik agar mengeluarkan bunyi dan irama pada lagu yang di mainkan. Mata tidak lekang dari memerhati warga Darul Wismat yang sudah mula berpusu-pusu ke deretan gerai yang menjual pelbagai jenis barangan. Dari makanan, minuman, pakaian, buku, aksesori dan cenderahati.
Maklumlah. Ini kan kali pertama aku sambut hari koperasi sekolah. Siapa tak teruja tengok gerai satu-satu dah macam pasar malam.
Di sekolah lama aku ada buat hari koperasi sekolah. Bahkan lebih gempak dari ini pihak sekolah buat. Cuma biasalah kawasan sekolah sempit. Jadi di dewan bola keranjang tu jugaklah yang jadi tapak untuk berniaga.
Dan aku hanya jual lagu sahaja di dalam kanopi kecil. Nak dengar bayar. Ingat orang nyanyi nie free ke? Hello! Nak tengok artis buat konsert pun nak kena bayar tiket taw!
Apa kurangnya aku didalam hidupmu
Hingga kau curangi akuKatakanlah sekarang Bahwa aku tak bahagia
Aku punya ragamu Tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagiaTak sangka dalam ramai-ramai ahli Kelab teater muzik, aku dan dua orang jejaka hot terpilih untuk tubuhkan band buskers untuk mempromosikan lagu. Habis! Ingat kitorang tak boleh melatak ke?
Dengan perasaan tak puas hati aku mainkkan juga gitar dengan rasa tak ikhlas.
Hai tengoklah budak sekolah tengah berjalan berpasangan sedang makan ayam goreng yang sekarang sedang melintas di depan booth KTM. Lapar wehhh!
Bilalah nak habis lagu nie? Perut tengah meragam lah pulak!
Yang ku rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia
Apa kurangnya aku didalam hidupmu
Hingga kau curangi akuKatakanlah sekarang Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu Tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya Asalkan kau bahagiaKatakanlah sekarang Bahwa aku tak bahagia
Aku punya ragamu Tapi tidak hatimuKau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia
Asalkan kau bahagiaAlhamdulillah! Akhirnya habis jugak. Leher yang lenguh aku renggangkan. Melepaskan segala penyakit sendi bila hampir dua jam aku bertapar di sini.
Ikhwan yang selesai dengan nyanyiannya mula melabuhkan duduk di bangku plastik berdekatan manakala kawan yang sorang iaitu Maliki yang menjadi cajon (box drum) sudah menghulur sebotol air mineral untuk ketuanya. Gitar yang terikat di tubuh, Ikhwan alihkan ke belakang memudahkan penggerakkan sebelum huluran air mineral disambut.
Ikhwan yang perasan rauk muka aku seakan pasrah kena over time kat sini terus bersuara.
"kalau kau nak beli apa-apa kau pergi je lah. Aku tak adalah teruk nak dera kau." arah Ikhwan seraya meneguk minuman melegakan tekak sehari suntuk menyanyi.
Dari muka aku yang pasrah itu terus ada nur. Entah dari mana nur itu datang. Wajah Ikhwan aku tatap dengan penuh rasa teruja bila diberi pelepasan.
"betul ke nie, Wan? Habis Teacher Lucy tak marah ke nanti?"
Pertanyaan aku dibalas senyum Ikhwan. Tomboy baru nak kenal Darul Wismat. Bukan main baik perangai. Dulu bukan main gaduh dengan Ara. Jauh dah perwatakan kau sekarang.
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...