55
Dari tadi mata coklat muda aku menatap cermin bilik air. Anak mata memerhati setiap inci badan aku seakan menambah perubahan melalui biasan cermin. Tiga hari aku di sini, hati aku berasa hairan. Badan dari dulu ramping menampakkan tulang selangka atau colar bone kini sudah tidak kelihatan sedikit. Penggelangan tangan aku sebelum ini aku ukur muat dalam genggaman tangan kini sudah ketat dan makin berisi. Pelik tapi apa nak dihairankan kalau setiap hari, lima kali sehari Selina berikan aku makan secukupnya dan ditambah pula bersama vitamin menambah segala zat yang berkurangan. Katanya, ini arahan Eriq mahu lihat badan aku montok dan menghairahkan di hadapan buyer. Maklumlah. Siapa yang tak nak barang cantik gila? Dan barang itu adalah aku sendiri! Boleh mental aku di sini!
Bercakap pasal ini, dalam tiga hari fikiran aku seakan lelah mahu menggali idea untuk melarikan diri. Satu lagi yang buat aku hairan. Sudah tiga hari aku diculik, takkan tiada seorang pun masih tidak mencari aku sekarang? Ke diorang memang anggap aku dah pupus?
Rasa nak jerit je dalam bilik air ni. Biar seluruh dunia dengar jeritanku dan tahu dimana aku berada sekarang. Namun melihat bilik air yang bertutup seperti aku berada di dalam cube kaca membuat hati aku lelah berfikir.
Ahh! Nanti-nantilah aku fikir. Untuk masa sekarang apa yang aku nak buat adalah mengikuti helah yang direka khas oleh Eriq.
Berkenaan dengan Eriq, sejak tiga hari aku berada sini kali terakhir aku lihat dia masa aku pengsan keguguran. Lepas pada itu, memang batang hidung dia di dalam bilik ini susah mata coklat muda aku tangkap. Tapi macamlah aku tak tahu Selina sentiasa memberi laporan hairan perihal keadaan aku kepadanya. Kalau tak, bukan kuli batak Eriq lah namanya. Nasiblah perihal keluarga aku dia tidak cungkil.
Seusai badan menyimuti siraman air dari water heater, shower cream aku picit dan dilumur keseluruh tubuh. Wangian Lavender Vanila menerobos deria bau membuatkan aku khayal. Pandai Eriq pilih wangian kesukaan aku. Masih melekat di dalam ingatanya.
Selesai aku bermandi buih, pili pada water heater aku tutup dan mencapai tuala di penyangkut steel. Dilap lebihan air mandian di tubuh sebelum bathrode aku capai dan mengikat kemas talinya di pinggang. Manakala tuala yang aku lap tubuh tadi aku beralih dan mengelap rambut ikal berombak hitam.
Pintu bilik air aku buka dan mata coklat aku berhenti pada Selina yang kebetulan membuka pintu bilik untuk masuk kedalam. Mungkin sedang berbicara dengan ketuanya. Fikirku.
Kaki aku melangkah namun kedua tanganku masih lincah mengelap rambut. Habit selepas mandi. Wajib lap rambut. Aku tak suka rambut dipintal dan dibungkus di dalam tuala. Cepat bau hapak dan punca rambut bercabang. Pasal rambut memang aku letak nombor satu selepas muka dalam senarai aset berharga aku yang telah Allah berikan kepada aku sebagai hambaNya. Aku je tak nak menutup aurat. Bukan tak nak tapi aku belum terbuka hati untuk itu. Mahu satu dunia tengok aku karang! Kalau memuji sedaplah hati aku dengar tapi kalau menghina sudah sah tangan aku haram menyentuh tudung. Pantang kena judge, terus kemurungan. Hati aku tak kuat. Masih rapuh.
“dari mana?” tanya aku berbasa basi. Tangan masih melekat dengan kerja mengering rambut. Senang nanti untuk aku keringkan bersama hair dryer.
Selina datang menghampiri aku dengan senyuman hambar. Dari riak mukanya sudah pandai aku meneka. Tahulah aku Selina sedang berbual dengan seseoramg di luar.
“bos berbual dengan saya tadi pasal tugas kita untuk hari terakhir ini.” Huh! Bagi kau je hari terakhir tapi bagi aku adalah hari penyeksaan aku.
Dari mata aku melihat gerakan anak mata coklat itu bergerak dan berhenti di hamparan pakaian di atas katil yang bakal aku pakai nanti. Penggerakkan matanya juga aku turuti. Sehelai jubah kapas hitam, seluar panjang untuk atas di dalam dan sehelai pashmina. Sekejap Eriq memang nak aku pakai jubah ke?
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...