22
Pada sebelah malam pula kami sekeluarga termasuk abang Lu'an dan abang Adam baru sahaja selesai dinner di restaurant terkemuka di bandar berpulau itu. Kini sampai sahaja di apartment, mereka memulakan perbincangan mengenai hari esok.
Yelah esok merupakan hari graduasi kak Isya jadi sudah menjadi habit keluarga kami membuat perancangan terlebib dulu. Tambahan pula pada malam esok papa akan mengada majlis makan malam meraikan kejayaan Kak Isya. Mengenai lokasi dan jumlah tetamu yang bakal hadir aku tak tahu pula sebab buat masa sekarang aku berada di dalam bilik kak Isya. Malas alu nak amik tahu tambahan pula Ian masih berada di ruang tamu membuatkan niat untuk aku keluar terbantut.
Tetikus tanpa wayar aku gerakkan kiri kanan. Mata yang beralas cermin mata aku fokuskan pada skrin yang menayangkan pelbagai gambar yang aku amik melalui DLRS yang telah bersambung kable pada notebook berjenama.
Banyak jugaklah gambar aku sempat amik dan baru aku tahu lokasi yang aku mengambil gambar ialah Humlegarden mengenai sejarah yang aku tahu, tu pun aku terbaca dalam Internet nak harapkan abang Lu'an. Hurmm baik tak payah!
Humlegarden atau ia dikenali sebagai taman buah-buahan diraja yang telah lama lama ditubuhkan oleh raja Johan II pada abad ke 16. Nama humle, yang bermaksud hop, menunjukkan bahawa hop adalah salah satu pokok utama yang ditanam di taman. Pada tahun 1686-87, Ratu Ulrika Eleonora dari Denmark mempunyai sebuah pavilion, Rotundan, yang dibina di sana untuk dirinya sendiri dan anak-anaknya.
Pada abad ke-17, bahagian-bahagian taman dibuka kepada orang ramai. Pada tahun 1764, taman dibuka untuk rekreasi awam. Walau bagaimanapun, terdapat sekatan terhadap siapa yang dibenarkan masuk. Dari 1773 hingga 1780, Troupe Stenborg dilakukan di Rotundan, di paviliun bekas ratu, kemudian disebut Humlegårdsteatern (Teater Humlegården).Pada tahun 1853-1877, Humlegårdsteatern digunakan semula.
Taman ini dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada tahun 1869. Di Engelbrektsplan bersebelahan dengan Humlegården, barisan Djursholm dari Roslag Railway berakhir dari 1895-1960 dan di seberang taman, pada Lidingövägen, garisan Lidingö Tram berakhir dari 1914-1967 .
Hari ini taman ini merupakan kawasan rekreasi yang popular untuk penduduk tempatan, menganjurkan tanah sepak bola kecil, jalan tanjakan, taman permainan kanak-kanak dan rumput.
Hurmm patutlah cantik!
Dalam aku ralik mengedit foto, mata aku terhenti terus tetikus tanpa wayar juga tak digerakkan. Melihat gambar dimana Ian mengambil kesempatan untuk mencium aku di situ.
Sungguh hati aku masih rasa sakit bila mengingatkan kelakuan lepas laku Ian. Ingat bila aku jadi bini dia dengan mudahlah dia boleh cium aku ikut suka dia?
Dan sejak dari itulah aku mengelak dari Ian dari bertentangan mata. Mama dan papa perasan akan perubahan drastik namun aku malas nak bercerita. Hal rumah tangga mana boleh dihebohkan.
Bak kata kak Isya, seeloknya bawak berbincang dengan dia. Mana tahu kalau hubungan kami ada sedikit perselisihan faham.
Hanya kak Isya yang tahu pasal kes tadi. Namun nama Han aku rahsiakan. Dan niat aku cuma satu sahaja. Nak ringankan beban di bahu.
Eh! Salah faham ke sampai amik kesempatan nak cium aku. Sudahlah cara dia cium tu buat aku teringat pasal Eriq. Ya aku mengaku dulu aku ada terlepas laku dengan Eriq namun sekadar ringan-ringan sahaja.
Tak hairanlah mengapa Eriq handal dalam aktiviti atas ranjang. Dia kan playboy tersohor. Tersohor sangat sampaikan aku hampir kena rogol!
Tapi yang peliknya cara Ian cium aku sama dengan cara Eriq yang banyak pengalaman dalam aktiviti atas ranjang. Adakah Ian pernah berciuman dulu?
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...