17
Pejam celik pejam celik tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Setiap minggu perit bermandikan peluh berusaha untuk menjadi yang terbaik diantara terbaik. Dan hasil usaha kita akan ditonton kepada dunia. Lihatlah dunia buat julung kalinya membuktikan bahawa aku juga ingin berjaya pada mata dunia.
"hey! Yang kau berangan apa lagi tu? Cepatlah! Yang lain semuanya dah pergi ke mini stadium sekolah!"
Cis! Baru je aku nak riak sikit dah ada yang mengganggu ketenteraman aku. Entah kali keberapa aku pandang diri aku pada cermin tandas. Dengan rambut messy sedikit panjang diikat tinggi guna gelang getah halus, berkanta lekap hazel, berbaju sukan lengan panjang dan seluar panjang. Hurmmm not bad.
Macam yang korang baca kat atas. Hari ni hari olahraga sekolah. Macam biasa bila sekolah ada buat event, semua barang yang dilarang kini dibenarkan. So, dengan kesempatan ini aku keluarkan iPhone 6 plus lalu aku amik gambar aku dari pantulan cermin. Siap post di instagram aku. Caption 'be prepared to show hidden talents within yourself.' wakaka
Aku dan Tarjuna mula melangkah meninggalkan block sekolah kini tujuan kami ke stadium mini sekolah. Dalam aku berjalan tu, mesti ada yang tegur aku. Lelaki perempuan sama je dah macam histeria jumpa kim Tea hyung celup sesat kat sekolah.
Dah sampai tu kami termasuk pelajar kena beratur dan mendengar taklimat dari guru-guru sepanjang hari olahraga berlansung. Dalam duk dengar tu, mata aku sempat menangkap Leya dan Fatin dalam satu rumah sukan. Bukan main diorang nye.
Ian? Buat apa aku nak amik tahu pasal dia? Sejak kami gaduh dua hari lepas, hubungan aku dan dia sedikit renggang dari biasa. Rapat je dengan Luqman. Tapu ada aku kisah?
Ara? Dah lama aku tak jumpa depan mata dengan perempuan psiko tu. Tapi ada je duk menempel dengan Ian. Maklumlah rumah sukan sama.
Setelah habis taklimat dari guru maka tibalah sesi warming up. Yang jadi host untuk selamrobik Ian, Thaufik dan... Aku?
Jap siapa yang suka-suka letak nama aku jadi host selamrobik?
Nak taknak aku bangunlah bila dah ramai peminat aku mula bersorak. Ceh! Soraklah sangat. Naik sahaja di pentas serbaguna. Benda pertama yang perlu dibuat adalah renggangkan badan. Start dari kepala sampai kaki. Siap semua tu Ian memulakan warming up yang terakhir dengan berlari setempat.
Dalam dia memulakan larian tu mata aku tak lepas melihat segenap inci tubuhnya. Dengan baju sukan dan seluar fit sukan berlapis seluar pendek paras lutut. Dah macam atlet volleyball pula aku tengok. Dalam Ian melompat tu, maka terserlah abs disebalik bajunya yang sedikit terangkat. Fuhhh dia nie kan memang saja eh buat darah gemuruh aku naik.
Fokus Raina!
Terus mata aku pandang depan. Walaupun aku tahu tengok badan suami itu dapat pahala tapi aku kena kawal nafsu aku juga.
Tapi aku rindu!
Puas aku melalut dalam hati, maka berakhirlah sesi memanaskan badan dan terus ke acara pertama iaitu acara larian. Setiap kali cikgu memanggil atlet, setiap kali itulah sorakkan tanpa henti dari setiap rumah sukan. Antaranya Ian.
Sekarang baru aku tahu Ian sememangnya legend dalam acara larian. Banyak juga dia raih pingat dalam kejohanan balapan. Menurut Tarnuja, selain pingat sekolah, Ian juga terpanggil dalam perangkat daerah. Setakat daerah dia pergi sebab dia dah tersingkir awal pada acara pemilihan etlet ke peringkat negeri. Kalau aku dah semput tawaf padang 3 round hari tu, ini kan pula dia yang tersingkir pada peringkat negeri. Ingat senang nak senang?
Dalam aku dan Tarjuna syok layan larian dari serata rumah sukan, kedengaran nama aku dipanggil dari canopy urussetia bagi persiapan untuk acara lompat tinggi bergalah.
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...