20

2.4K 70 0
                                    

"Laura, you nak apa? Nanti I order you punya makanan. You just sit there. Biar I dengan Kayla yang belikan makanan." pesan Sir Han pada si adik setelah kami melangkah ke foodcount. Ini semua idea Sir Han dan kebetulan aku dah lapar gila.

Luara tanpa banyak cakap hanya beritahu makanannya dan kami mula bergerak ke kedai. Teringin pulak nak makan sizzling so aku ke gerai makanan hotplate n claypot untuk beratur. Sir Han pula dari tadi lagi pergi ke gerai minuman.

Setibanya giliran, aku terus memesan makanan namun aku tersentak tiba-tiba seorang lelaki yang entah dari mana datangnya memotong barisan aku. Pantang nenek moyang aku cari pasal dengan aku. Aku baru nak sound, berubah wajah aku bila Ian berpaling ke arah aku. Macam mana dia boleh ada kat sini?

Jap kalau dia ada kat sini bermakna Ara mesti ada di sekitar nie. Terus aku berpaling mencari kelibat Ara. "dia  pergi dah pun." keluhan aku lepas akhirnya. Lega hati aku.

Selesai kami memesan makanan, aku diherek Ian jauh sedikit sementara makanan yang dipesan siap dimasak. Lihat sahaja air muka Ian sudah aku boleh baca. Mudah je nak baca air muka orang kalau tak sembunyi dari aku.

"siapa dia?" soalan pertama yang diajukan pada aku membuatkan hati aku kebingungan. Oh jadi dia nampaklah aku sedang bermesra dengan Sir Han?

"kau sape nak menyebok?"

"saya suami awak, Raina. Depan Ara saya ikut kehendak awak untuk sembunyikan rahsia perkahwinan kita. Tapi belakang saya awak..." tak sanggup Ian nak teruskan ayatnya. Memang sengaja ditekankan suami. Bagi cerah sikit otak tu!

"habis Ara tu siapa? Girlfriend? Marka?" balas aku dingin. Macamlah aku tak intai gelagat diorang. Siap paut lengan laki aku! Ian pun satu melayan! Patutlah pagi tadi tak nak layan aku rupanya ada date kat sini!

Belum sempat Ian nak membalas, aku terlebih dahulu pergi ke kedai untuk menatang dulang makanan yang sudah siap dimasak. Dari ekor mata Ian ikut sama perbuatan aku menbuntuti langkah aku. Namun hanya sekerat jalan sahaja langkah Ian bila Laura sudah mempelawa aku untuk duduk semeja. Sir Han pun ada sekali yang baru sahaja menghidangkan minuman yang mereka pesan.

"Nah ini air you." ujar Sir Han memberikan teh o ais kepada aku lalu aku menyambutnya. Aku perasan Ian masih berdiri tidak jauh dari meja kami namun aku buat bodoh sahaja. Nak cemburu? Silakan!

"you look so difference now. Dulu masa I dan Laura langgar you, you nampak seksi tapi sekarang." ujar Sir Han ramah membuatkan aku tak selesa bila kes dua tahun lepas diungkit. Paling tak selesa bila Ian menadah telinga mendengar perbualan kami.

Aku hanya senyum hambar kepada Sir Han yang berada di depan aku. Ye mee sizzling langsung tidak menarik selera makan aku. Tadi bukan main lapar, nie entah kenapa.

"how's your life going now?" tanya aku lebih pada mengelak dari diungkit Sir Han.

Ketawa Sir Han. Nampak keceriaan di situ. Senyuman yang aku rindu sejak dua tahun aku tidak nampak. Mungkin selamanya aku tak akan nampak lepas ni.

Dulu memang aku nak sangat bercinta dengan dia namun mana mungkin untuk aku perolehkan cintanya. Nak pulak dia berbangsa cina paling buat cinta aku terkubur ialah...

Aku isteri orang.

Tolong hadam!

"as you can see here. Sama macam dulu. Belum kawin, masih jadi guru di sekolah. And you now what! Tahun ini adalah tahun PT3 untuk Laura. Jadi mungkin lepas nie, Laura akan ke kolej vokasional ."

Bukan main teruja aku dengar dari Sir Han. Terus aku peluk Laura erat. Bangga dengan perancangan adik angkat aku. "hope Laura dapatlah keputusan yang cemerlang nanti exam. Habis you belajar KV amik course apa?"

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now