Epilog
“aku terima nikahnya Tengku Raina Mellkayla Binti Tengku Ra’is Hamsyar dengan mas kahwinnya tujuh puluh lima ringgit tunai.” Sekali lafaz, akhirnya aku sah bergelar isteri tapi bukan milik Ian. Milik yang kekal. Hanifah alias Lee Han Suk bin Abdullah Lee. Di sebuah majlis tertutup rumah keluarga ku.
Itulah kali pertama aku dipeluk ibu mertuaku, Ailee. Betapa shahdunya suara meminta ampun kepada aku atas apa yang telah terjadi biarpun percakapan melayunya agak pelat. Tak apa aku faham.
Selepas pagi akad nikah, majlis diteruskan lagi dengan majlis akikah anak lelakiku yang diberi nama Rahilmie Rizqi. Nampak sangat koboi kan? Lepas beranak selang tiga bulan terus kahwin. Kalau ikut hati, aku tak nak kahwin oleh kerana hati masih tidak boleh terima Qadar Allah namun hidup kena teruskan. Dosaku kini telah beralih pada suamiku yang sah.
Tapi itu 20 tahun sudah. Yup segalanya telah merubah duniaku. Rezeki kami anak beranak makin melimpah ruah. Syarikatku makin maju dan antara top 3 tersenarai syarikat paling popular era ini dan di Milan aku serahkan kepada anak tiriku Surfian yang kini berumur dua puluh sembilan tahun manakala di Malaysia aku masih memegang jawatan tertinggi. Safiyya pula sekarang sudah meninjak umur dua puluh satu tahun dan kini telah mengambung pengajian di Universiti Sains Malaysia dalam bidang makmal Forensik. Tak tahulah aku kenapa minatnya lebih cenderung bab bedah mayat. Mungkin dulu suka sangat bedah katak kot penyebab dia minat sangat.
Alhamdulillah. Segala apa yang telah Arwah amanahkan pada aku, telah aku laksanakan. Setelah mereka dua beradik telah capai umur, segala wang yang ada dalam akaun arwah telah aku belanjakan untuk anaknya termaksuk Rahilmie Rizqi sehinggalah menjadi anak yang soleh dan solehah seperti mana arwah mahukan.
Rahilmie Rizqi, satu-satunya anak yang paling aku sayang kini sudah berusia dua puluh tahun. Masih belajar dalam bidang gastronomi (seni makanan) di Universiti terkenal dengan istana Buckingham. Tapi perangainya yang pendiam dan kadang kala bila buka mulut boleh kata semua sentap. Mungkin angkara hinaan cemuhan keluarga membuatkan dia tidak aktif seperti adik beradiknya. Hinaan berkenaan kisah arwah papanya terpalit di mukanya.
Dua orang lagi masih bersekolah. Hasif lima belas tahun dan Husna dua belas tahun. Masih dalam perancang mereka mahu sambung dalam bidang apa. Tapi aku harap apa yang mereka pilih biar mengikut minat yang disukai.
Bertahanlah bidadariku. Sampai masanya kita akan bebas bahagia seperti orang lain dengan izin-Nya.
Tulisan tangan milik arwah masih kekal di permukaan padlock putih. 20 tahun aku tinggalkan di sini dan ternyata masih ada hingga sekarang. Dipusingkan padlock di sebelah pula terpamer nama arwah dan namaku kemas di situ. Entah mengapa air mata galak mengalir. Mengimbau kenangan aku dengan arwah di kota cinta.
“ingat Ian bodoh tak tahu perkembangan Isteri di sini? Semua pasal sayang Ian tahu. Tapi itulah, Ian tak mampu nak tengok sayang di sini. Mampu tengok dari jauh je. Ian bersyukur sangat dengan kerjaya sayang sekarang. Dah ada kerjaya yang lebih besar dari Ian. Harap suatu hari nanti Ian tak rasa menyesal sebab tinggalkan sayang.”
“hey, apsal nangis ni? Haish cakap sikit je sentap. Ian cakap je kan? Bukan betul-betul pun boleh terjadi.”
“kata-kata Ian tu satu doa tau. Mahunya mulut Ian tu masin macam mana?”
“masin ke mulut Ian? Biasa kita cium tak pernah pun sayang komplen mulut Ian masin. Lagi ke dalam adalah.”
Masin sangat Ian. Kan aku dah cakap kata-kata itu satu doa. Dan akhirnya Allah telah amik kau bertemu jodoh dengan Ara di sana. Semoga kalian ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...