52

1.8K 47 2
                                    

52

Kring!!!

Bunyi loceng sekolah kedengaran menandakan tamat sudah sesi pembelajaran untuk hari ini. Penjaga sudah mula memenuhi pintu pagar sekolah tak lupa juga gerai makanan ringan bersiap sedia untuk memberikan layanan yang terbaik pada pelanggan.

Bila pintu pagar utama sekolah telah dibuka oleh pengawal, maka berkerumun pelajar sekolah berlari keluar dari kawasan sekolah. Sudah macam keluar dari kawasan peperangan.

Ada yang memeluk tubuh orang tua, dan ada juga yang pulang bersama teman menaiki van sekolah. Gerai berhampiran juga turut memenuhi pelanggan tak menang tangan melayan.

Namun bukan itu yang dia mahu lihat. Ada tujuan dia ke sini sehinggakan sanggup membatalkan semua aktiviti kerjanya untuk hari ini semata-mata orang yang dicari sudah dikenal pasti.

Mata coklat berhias kaca mata hitam Caponi mula bergerak mencari mangsa yang dikehendaki. Mengeluh dia dek peluh mula menitik di tubuh sebalik kemeja biru muda. Namun dia tidak menyesal. Itu pun selagi orang yang dicari berjaya. Kalau tidak memang orang suruhannya nak tengok bossnya mengamuk.

Tangan disebalik saku seluar slak bermain isi saku lebih kepada menahan dari barannya meletus. Orang yang dicari masih tidak dikenal pasti. Macam mana nak kesan kalau dah semua pakai baju seragam sekolah.

Hujung bibir dikepit puntung rokok Marlboro sesekali menghisap asap narkotin memaksa paru-parunya menyedut bahan terlarang itu. Sehinggakan nyalaan api bergerak pantas sepanjang batang rokok dan menjadi bara. Puas disedut asap itu jari menarik putung rokok dari bibir dan dihembus asapnya. Rokok yang diselip celahan jari diketip membuang bara api.

Pandangan mata negatif disekeliling dia duat bodoh. Apa? Bukan dia merokok di dalam kawasan sekolah? Tapi percayalah disekelilingnya mempunya ramai kanak-kanak dan orang dewasa yang bakal menjadi perokok pasif.

Yup hanya seorang perokok aktif mampu menbuatkan sepuluh orang disekeliling menjadi perokok pasif. Terutamanya perempuan mengandung.

Dalam ralik mata memandang akhirnya orang yang dicari sudah dikenal pasti. Rokok yang masih menyala belum habis sebatang itu dia ambil lalu dibuang sebelum tapak kasut derby kulit hitam rekaan Clarks Oliver dilenyekkan pada nyalaan api.

Kaca mata hitam Caponi ditanggalkan dari muka. Mata coklatnya masih menghala tepat pada seorang budak lelaki berbaju seragam putih. Risau sasarannya hilang dari pandangannya. Kasut derby pantas bergerak mengetuk lantai tar yang berhabuk.

Vrommm! Pon! Pon!

Tersentak tubuhnya bila mata tepat pada seorang budak lelaki yang disasarnya mula melintas jalan tanpa memandang kiri kanan. Crossing guard yang ada disitu juga terkejut dan pantas menoleh bila seorang budak lelaki secara mengejut melintas jalan tanpa dikawalnya.

Jarak antara lori dan budak lelaki itu hanya seratus meter sahaja. Risiko untuk kemalangan tinggi. Orang ramai yang terkejut dengan hon dari lori mula menoleh dan laung pada budak itu agar lari dari kena langgar. Namun budak lelaki itu kaku di situ disebabkan terkejut. Otaknya berceraru dengan keputusan itu samada lari atau duduk disitu.

Tegang terus urat dahi dan leher si pemerhati melihat kelakuan budak lelaki itu. Kalau dah budak tu, memang tahu berseronok sahaja tanpa fikir akan risikonya. Pantas tapak kasut derby laju melangkah melintasi jalan dan lengan budak lelaki yang kaku dipegangnya lalu ditarik kasar dari kawasan jalan raya. Sehinggakan mereka berpelukan dan mereka jatuh berpelukan di situ.

Sakit belakang rusuk kanannya akibat dihempap nasib dia baik kerana tidak bergesel. Mahunya bergesel sudah semestinya kulit belakang rusuk kanannya bercalar dan terkoyak bajunya.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now