44

1.8K 43 0
                                    

44

“If you already know you can't stand the cold, why didn't you tell me yesterday?”

Bagaikan angin lalu sahaja pertanyaan Ethan takala mata asia Tyara sibuk merenung jejaka tampan terlebih aura datang menghampiri kerusi taman. Dan sekarang telah menjadi tempat berjumpaan pertama mereka. Okay! Set the location and date in your mind, Tya.

Ethan pula dari dia sampai buat kali kedua dengan membawa minuman panas sehinggalah punggungnya dilabuhkan di sebelah Tyara mula rasa dirinya tak selesa. Nak selesa macam mana kalau dah ada orang tenung dia dari tadi? Kalau rakan niaga dia tak kisah sangat tapi ini...

“errr... Miss?” panggil Ethan sekadar menyedarkan gadis disebelahnya.

Dan nyata betul sangkaannya bila melihat anak mata Tyara memberi respon dan jatuh pada secawan paper cup. Hampir tersedar keadaan diri Tyara sekarang. Jadi tanpa perlawaan dari jejaka sebelah dia, diambil paper cup di tangan kanannya dan dengan selamba badak, sekali lagi tanpa larangan Ethan, laju bibir bawah menongkat bibir pada penuntup dan...

“MIss, careful!”

“uih mak kau panas meletup!”

Hai dugaan. Kalau tak buat silap memang tak sah! Inilah kelemahan seorang gadis bernama Tyara Munirah yang jarang dia tunjuk. Dia ni spesis sama dengan sahabat karibnya. Bila datang penyakit gelabah dan oarang secara mengejut ada orang tegur or terjah dia automatik, penyakit yang susah nak berubat tak lain tak bukan melatah akan keluar. Bila teringat balik penyakit dia ni tak ubah macam sahabat lama dia sejak sekolah rendah. Kayla. Sahabat yang selama ini berkongsi hidup zaman sekolah dan sanggup menikam belakang gadis itu disebabkan permintaan Eriq. Bagaimanalah keadaan sahabat lamanya selepas sembilan tahun tidak tentang mata? Harap sangat Kayla tidak berjumpa kembali dengan Eriq. Dia risau jika Eriq datang kembali ingin menulaskan dendam, perkara buruk akan berlaku. Kalau boleh dia nak berikan amaran kepala Kayla tapi bagaimana? Dan kalau dia sendiri berjumpa dengan Kayla, macam mana dia nak buat sahabatnya percaya?

Dari pukul empat sampailah pukul enam petang barulah dia boleh rehatkan tubuh. Mana tak penat setiap petang dan hari,ada sahaja aktiviti ko-kurikulum diadakan di sekolah dan dia tak terkecuali untuk sertai.

Bedak kompact dari bag galas pink mudanya diambil lalu dibuka menilik muka yang kian berminyak dan sedikit kusam. Berdercit dia melihat muka sendiri. Ini baru minggu pertama kawad kaki di dataran sekolah. Kalau sebulan nampaknya memang sunburn-lah muka aku yang cantik ni.

Dan satu lagi, darah dari tadi naik kini hampir memuncak ke kepala bila orang yang dijanjikan sampai sekarang belum tiba. Ini lagi seorang mamat tak reti kualitikan masa yang ada. Macam manalah si Kayla boleh sangkut kat mamat sengket ni pun dia tak tahu. Sudahlah phone dia lupa nak bawak!

Di depan pintu pagar sekolah, sudah ramai penjaga mula mengambil anak-anak untuk pulang dan ini juga membuatkan dirinya rasa marah campur menyesal. Marah tu satu hal sebab tunggu mamat tak reti guna masa datang. Menyesal tu sebab dia terima ajakkan mamat kerek tu untuk datang menjemputnya balik rumah.

“Eh Tya. Papa kau belum datang jemput kau ke?”

“uih mak kau terkejut-!” akibat terkejut dek kena sergah dari belakang, cepat-cepat dikatup mulutnya. Risau kalau niatnya untuk terima ajakan lelaki yang dinantinya dapat diketahui Kayla dan sudah terang lagi bersulung orang yang sergah dia tak lain tak bukan Kyala.

Terbahak-bahak Kayla gelakkan dia. Haih apalah yang lucu sangat? Tapi dia bersyukur sebab niat dia yang satu tidak berjaya dihidu Kayla. Kalau tak memang kena pancung jawabnya. Bukan Kayla saja yang nak pancung dia, lelaki yang dinantikannya juga akan berbuat perkara yang sama.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now