19

2K 66 3
                                    

Ok setakat ni sahaja saya update. Lagi 2 hari, next chapter akn menyusul.

•~•

Dua hari aku terpaksa amik 'cuti' disebabkan terkurung di dalam bilik. Mana taknya lepas kes dua hari lepas, aku bangun dan orang pertama yang menjadi santapan mata aku ialah ahli keluarga aku dan seorang doktor peribadi yang sentiasa berada di sebelahku.

Tahulah aku mengapa doktor peribadi boleh ada dalam bilik bila tengok tube disuntik masuk ke dalam urat belakang tangan. Keluar sahaja doktor dari bilik, mamalah orang pertama yang kuat bebelkan aku. Kenapa skip makan kalau dah tahu ada gastrik? Dah tahu migrain boleh pula tak makan ubat? Dulu pernah lah juga mama marahkan aku sebab aku join kelab bola keranjang di sekolah dan telalu lama sampai pitam tengah padang. Tapi aku adalah aku. Degil tak bertempat!

Tengah mama marahkan aku semalam, Ian pula siap duduk di birai katil sebelah aku baring siap tangan aku digenggam oleh dia. Tak tahulah pula aku tujuan dia apa. Tapi lepas mama dan ahli keluarga yang lain keluarga, Ian tak henti-henti dari mengungkapkan maaf pada aku. Yelah aku pitam pun berpunca dari dia kan? 

Nasiblah cuti sekolah penggal kalau tak sia-sia study aku kena skip. Tapi rasa rugilah pulak bila dalam dua hari aku tak kerja dengan kak Za. Cuba bayangkan dalam dua hari kalau kerja berapa banyak dah aku dapat?

Namun dalam dua hari aku terkurung, Ian yang selalu teman aku. Bagi aku makan, pimpingkan aku mandi dan tukarkan bag air sodium yang tergantung dan tube yang disuntik yang seperti mana doktor peribadi ajar. Bukan main lagi dia jaga aku. Tapi mengenai perjanjian itu dia langsung tak langgar. Lepas sahaja dia puas hati dengan kerjanya, dia terus keluar dari bilik dan ke bilik beradunya di sebelah.

Tapi pagi nie hati aku sikit terasa dengannya. Kenapa tak datang ke bilik aku? Tahulah aku dah sihat tapi takkanlah dah tengok aku ok terus tak nampak muka? Ya aku ngaku pasal kata maaf yang Ian katakan aku hampir lupa namun dia selalu merayu pada aku. Naik kematu telinga aku dengar.

Tapi rayuan itu jugaklah yang kau rindukan, Raina?

Erk?

"adik,  kenapa turun sorang nie? Tak ajak suami turun sama?"

Teguran dari mama yang ditontonkan oleh mak Tini membuat khalayan aku mati. Kini aku baru sahaja turun dari aras tiga dimana bilik aku berada. Punggung yang dilabuhkan aku di ruang makan aku betulkan sedikit. Mata tak lekang dari menihat kue tiow goreng, roti bakar dan minuman panas yang menjadi menu sarapan pagi kami. Namun mengenangkan Ian tak layan aku untuk hari nie buatkan aku patah selera nak makan.

Dulu dialah yang setia menanti aku bangun bila aku sakit. Nie entah kenapa tak datang. Haih baru sehari dah rindu. Huhuhu.

"entahlah ma. Adik pun tak tahu dia tengah buat apa. Lama sangat kat atas tu." balas aku acuh tak acuh. Kue tiow goreng yang ada di hadapan aku kuiskan menggunakan garfu.

"haih, suami sendiri pun boleh tak tahu. Tak baik tau layan suami macam tu. Dah pergi naik atas. Ajak suami makan sama." bebel mama yang tengah menyediakan makanan yang terhidang.

Mencebik mulut aku bila tempat duduk di penjuru meja masih kosong dari aku tiba di sini. Elleh papa pun tak ada, mama tak ajak pulak? Memang saja nak gertak aku.

Namun bila aku nak berlawan kata dengan mama, bunyi bualan mula menghampiri ke ruang makan membantutkan aku. Lalu aku dengan mama mempelawa kaum adam untuk duduk sertai sarapan pagi bersama.

Terasa kerusi disebelah aku ada orang melabuhkan duduk. Macamlah aku tak kenal siapa bila dari ekor mata aku intai.

"Ian nak makan apa-apa tak? Roti ke kue tiow?" tanya mama yang sudah melabuhkan duduk.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now