50

2.8K 51 9
                                    

50

Dari kami mejalin cinta di Vittorio Formentano Park sehinggalah pulang ke apartment mengalahkan tak pernah bercinta. Asyik berkepit saja macam belangkas. Dan antara orang yang bertuah dapat merasai hangatnya bercinta tak lain tak bukan aku. Yang paling aku tak boleh hadam bila seorang lelaki aku anggap kawan sejak sembilan tahun sehinggalah aku bergelar isteri atas kata sebenar, Ian mempunyai aura yang mampu membuatkan aku meronta lemas. Baru tahu sisi sebenar Ian. Dalam pendiam dan penyabar dia juga pandai dalam melayani isteri di atas ranjang. Sehinggakan aku sendiri jadi ketagih dengan layanan bak mawas mengawan. Gila!

Berona wajah aku mengingatkan peristiwa beberapa jam yang lepas. Kenapa benda itu juga kau nak ingat!

“Maaf, sayang. Abang sibuk kebelakangan ni nak hadap kerja.”

Deria pendengaran menangkap suara seakan sedang berbual tidak jauh dari tempat beradu membuatkan mata yang sememangnya tak boleh lelap terus kembali segar. Dari posisi mengiring mengadap meja sisi aku gerakkan mencari punca suara itu. Gebar yang masih menutup tubuh tanpa seurat benang aku tarik paras leher. Jelaslah dari pandangan aku memerhati Ian sedang membuat pangilan telefon di sudut jendela. Lelaki itu hanya mengena boxer membelakangkan aku. Dengar sahaja perkataan ‘sayang’ tahulah aku siapa gerangan yang berani menghubungi Ian di waktu begini.
Tercium sedikit bahang cemburu di hati. Baru saja kami melepaskan rindu, dah ada yang mengganggu! Dasar tak boleh tengok kami senang!

Aku dengar bunyi dengussan berat keluar dari bibir sebelum lelaki itu bersuara seakan memujuk orang di sana agar bertenang. “sayang sabarlah. Tak lama pun. Dua minggu je. Abang janji habis je khusus, abang balik. Tak melencong.”

Senyum sinis aku dibuatnya. Agaknya suami macam Ian ni memang kuat menipu. Dalam hati nak saja aku bangun dan teriak pada orang disana. Ha ah tengah khusus. Khusus buat anak!

“mana ada abang simpan perempuan? Sayang tahukan abang mana layan perempuan selain sayang?” keluh Ian masih pemandang pemandangan dari luar tingkap. Sesekali diraup wajahnya dan meramas rambut kasar.mungkin tengah serabut bila ditanya pelbagai soalan. Kadang-kadang melihat kepalanya mengangguk seolah orang disana dapat melihatnya. Aku yang memerhati pun turut rasa serabut sepertinya.

“sorry. Bukan abang tak nak bagi tahu cuma macam abang cakaplah tadi, abang tak sempat nak call sayang bagitahu pasal lanjuttan hari di sini”

Owhhh baru faham puncanya. Haish! Tiba-tiba pula hati rasa serba salah. Kalau tahu macam ini dari awal, aku tak akan bagi tahu tempoh aku ke sini. Tengok sekarang apa jadi?

Tubuh dari tadi mengiring kini aku bingkas bangun dan duduk di birai katil. Gebar masih setia menutup tubuh yang sudah terasa bahang. Baju kemeja si suami paras peha dan berkain kapas aku bongkok lalu mencapai pakaian itu sebelum aku menyarungnya ke tubuh. Mata aku menukur lantai mengelamun pada nasib sendiri.

Sampai bila aku nak begini? Diperlukan waktu darurat tapi dibiarkan tika aku terkontang-kanting. Bila difikirkan aku tak ubah seperti perempuan simpanan. Tengoklah nanti bila balik Malaysia. Aku yakin diri aku tidak diperlukan lagi. Tanpa sedar gebar di riba aku cengkam kemas. Mengenang nasib diri.

“Raina, did I wake you up?” tegur Ian yang entah dari mana datangnya terus melabuhkan duduk di sebelah aku. Tangannya menjalar memeluk bahu merapatnya dan dihadiahkan satu ciuman di hujung kening sebelah kiri. Aku hanya membiarkan saja kelakuannya.

“do I destroy your household?” akhirnya terpancul ayat cepumas yang sentiasa berlegar di dalam fikiran. Tersentak tubuh Ian mendengar sehinggakan tangan di atas kepala bahu aku terasa tapak tangannya menekan. Tahulah aku bahawa dia tidak selesa dengan pertanyaan aku.

Ian bangun mengadap aku dan melutut. Kedua belah bahu aku dicengkam erat lalu di goncang seakan menyedarkan aku agar membalas pandangan tajamnya. “what are you talking about? Who say that?” tanya Ian dengan nada geram ditahan.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now