09

2.4K 85 2
                                    

"macam mana keadaan dia?" tanya Razyian inginkan kepastian setelah Fatin menghantar mesej kepadanya untuk datang.

Melihat riak wajah Fatin membuatkan harinya sedikit lega. "Alhamdulillah. Kay ok. Cuma macam yang Fatin mesej tadilah dia pening sikit. Mungkin sebab luka kat kepala tak sembuh sepenuhnya." balas Fatin lagak seorang doktor yang berpengalaman.

Terangguk-angguk Razyian mendengar. Mujurlah Raina tiada apa-apa luka yang serius. Hanya luka ringan sahaja. Dan seperti yang Fatin ujarkan, dia sempat pergi ke kantin untuk belikan roti, air meneral dan sepapan ubat Panadol yang dia ambil curi-curi di canopy PBSM.

Setelah Razyian berterima kasih pada Fatin kerana menjaga Raina dan kunci bilik rawatan bertukar tangan , terus kaki menghala ke pintu belakang kelas 5 Bestari. Kelas dimana Raina berada sekarang. Melihat sahaja sekujur tubuh itu sedang ralik memerhati ke arah padang disebalik tingkap kelas, hatinya berasa walang. Bukan dia tak nak jaga sendiri namun dia ada alasan sendiri. Nak taknak dia kena menjalankan tugasnya sebagai medik. Memamdangkan Fatin mengalami asma dan tidak dapat sertai merentas desa, dia memyuruh Fatin untuk menemani Raina sementara tugasnya selesai.

Menyedari akan keterlanjurannya, kaki melangkah ke muka pintu seraya menberi salam.

"Assalammualaikum."

Raina yang ralik menyaksikan aktiviti di padang mula terganggu dengan gerangan yang memberi salam. Serentak kepalanya bergerak mencari gerangan itu. Sesaat mata mereka bersambung.

Kenapa jantung dan pernafasan Razyian tersekat bila mata mereka bersambung? Tapi jelas hatinya berasa seakan selesa bila berpandangan begini.

Ya Allah! Apa aku mengarut nie?

Terus Razyian berdehem mengawal perasaan gugupnya dan terus pandangan mereka terputus. Melihat perubahan pada gerakan Raina yang kini berpandang ke tingkap semula, kakinya mula melangkah masuk ke kelas.

Tubuh dilabuhkan di hadapan Raina dimana gadis itu berada. Terdetik hatinya sayu bila menatap wajah yang lebam di bibir kiri, mata kanan dan luka di dahi kiri yang sudah ditampal bandange.

Maafkan Ian tok ma. Ian gagal jaga amanah tok ma sampai boleh cedera macam nie. Kesalnya dalam hati

Mengenangkan angkara siapa yang membuli Raina, tangannya serta merta mengepal penumbuk. Kalau aku tengok kau sentuh Raina, sampai mati aku takkan maafkan kau, Ara! Hamburnya dalam hati.

"kalau kau setakat datang sini nak ceramah kat aku baik kau pergi. Aku tak nak jumpa sesiapa buat masa sekarang." tegas Raina memberi amaran.

Sebernarnya dari Razyian datang lagi hatinya tak selesa. Nak pulak bila mata grey lembut itu menilik mukanya yang penuh dengan lebam.

Tersentak Rayian bila ditegur begitu. Keningnya mula bertaut pelik. Mungkin Raina tidak tahu apa yang terjadi beberapa jam lepas. Memang wajarlah Raina berkata begitu.

Roti dan botol mineral disorok dari bawah meja dikeluarkan dan diletak di atas meja membuatkan Raina kehairanan. Mata tak lepas melihat apa yang Rayian bawakan untuknya.

"awak makanlah. Saya tahu awak tak makan sejak breackfast di dewan makan asrama. Saya tak nak awak kena gastrik. Lepas makan, telan ubat sekali." Arah Razyian perihatin seraya sepapan Panadol diletakkan sebelah roti tadi.

Seperti dia boleh agak raut muka Raina berkerut seakan meminta untuk menjelas tentang ini. Namun lama kelamaan berubah tenang wajah itu. Mungkin sudah tahu siapa yang report tentang sakit Raina kepadanya.

Tak lama lepas tu makanan yang dia beri langsung tak disentuh malah tubuh itu bangun membuatkan Razyian kehairanan. Jelas dia menmerhati wajah tegas bercampur kerutan. Mungkin sakit kepala. Tak senang dia melihat kelakuan Raina, dia mula bersuara. "nak kemana?"

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now