38
Cincin emas belah rotan yang kini kembali ada pemiliknya aku tatap. Masih baru seperti pertama kali aku pakai.
Ian... Kau memang buat darah aku naik.
Nak ke aku berbaik semula dengan dia biarpun dia sudah ada Ara? Aku sendiri buntu memikirkannya. Kejadian semalam masih segar dalam ingatan. Bagaikan kaset yang berkali-kali replay benda yang sama sehinggakan aku tak boleh lelapkan mata!
Pagi tadi, dia ada ajak aku sarapan sekali tapi aku hanya buat toya tak hiraukan dia. Lebih menyakitkan hati bila tangan dia melayan kerenah bini muda dia tu.
Eloklah mata pandang aku tapi tangan merayap. Nak pula perempuan itu tengah mengandung. Lagilah buat aku panas!
Ara. Sejak dari semalam mata langsung tak berani nak pandang aku. Menikus saja di belakang Ian sehinggakan mata aku yang baru sahaja pakai maskara tumbuh lebat memandang. Berbulu ke mata aku tengok.
Tapi kan? Dari apa yang aku perhati dari sembilan tahun lepas sehinggakan aku balik Malaysia, perangai Ara nampak ketara sangat. Macam pandang muka aku pun tak ada riak seolah-olah aku nie stranger dalam hidup dia.
Aku tak rasa Ara yang dulu seratus peratus boleh berubah begini. Dari segi layanan pada anak dan suaminya langsung tak kekok. Macam dah redha kena hadap.
Ada aku terlepas pandang ke selama lapan tahun aku berada di Italy?
“Ian bagi balik dah cincin tu? Macam mana? Dah terbuka hati terima Ian sebagai suami adik?”
Teguran dari abang Iz serta merta menyentakkan lamunan aku. Keluh aku menghilangkan rasa terkejut kecil tadi. Lupa sekejap aku berada di mana sekarang.
Aku kalih pandang pada abang Iz yang tekun memandu kereta di sebelah. Sanggup abang Iz gadaikan masa cutinya dengan bawa aku ke Subang semata-mata nak tunjukkan rumah yang telah di renovate selama tiga tahun aku berada di Italy. Entah rupa macam pun aku tak tahu sebab abang Iz tak pernah tunjuk pelan rumah mahupun reka bentuk rumah yang aku pinta.
Mengenai kak Hani, selepas sahaja sarapan abang Iz terlebih dahulu menghantar kak ipar aku ke rumahnya yang terletak di Seri Kembangan, Serdang. Rumah yang pernah tok pa Ramzie pernah tinggal di situ dan ternyatalah rumah banglo mewah kepunyaan tok pa Ramzie sudah bertukar milik abang Iz. Katanya hadiah perkahwinan mereka. Sama macam aku dulu.
Tak adalah jauh mana pun. Tapi dapatlah aku rasa lenguh di pinggang sebab duduk dalam keadaan begini.
Ian dan bini muda dia pula lepas sarapan aku dengar yang diorang terus pulang ke rumahnya di Sentul. Nampak macam tengah rushing .Mungkin laki dia ambil kerja half day.
Laki dia laki kau juga!
Ada aku kesah?
“adik!”
“iye? Abang Iz ada nak tanya apa?”
Namun pertanyaan aku berbalas ketawa besarnya. Hish nie kalau aku tak tahan sabar mahunya kereta nie kena sondol belakang kereta depan!
“kenapa kuat termenung nie? Baru semalam balik Malaysia terus jadi bisu? Dulu bukan main Raina buli abang Iz. Cuba cakap dekat abang Iz kenapa termenung panjang? Ke sebab dah terbuka hati terima Ian?” sakat abang Iz memgusik aku yang kini mula membahang panas muka.
Dengan dada berombak tahan marah aku jeling maut di sebelah. “can you focus on driving? About my family, do you want to intervene?” nak jaga tepi kain orang konon! Ada bini tu jagalah!
Kali ini makin galak pulak abang Iz hambur tawa. Apa lagi? Makin kenyiraplah rasa marah aku jadinya. “abang Iz bukan nak masuk campur. Tapi kalaulah apa yang abang Iz fikirkan, Alhamdulillah. Yelah. Lapan tahun kena tinggal, mana tak merana?”
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...