16
Cuaca petang cerah dan panas yang membahang membuatkan rata-rata orang mula merembeskan peluh di tubuh. Boleh kata pelajar di sini ramai yang mula berasak-asak untuk melangsungkan aktiviti latihan olahraga yang bakal bermulan pada lusa.
Ada yang mula memanaskan badan, ada memulakan larian dan ada juga yang berkelah seperti aku di kerusi mini stadium. Bukan aku tak nak join cuma aku baru sahaja tawaf padang kena denda datang lambat. Hehehe normallah budak cool datang lambat.
Bukan aku sorang saja yang datang lambat, adalah orang belakang aku dalam lima orang join tawaf padang dengan aku. Best apa? Best dia tu sampai kaki cramp. Dah tahu kan kenapa aku bertapa kat sini?
Kaki yang aku berlunjur tadi aku urut perlahan. Rasa ngilu dia tu zup! Naik ke atas. Kawan saya ada shorkan saya minyak angin cap kapak. Tapi sampai sekarang aku tak nampak batang hidung.
Dalam aku mengurut kaki sendiri, mata tidak lepas memerhati di depan. Ada yang sudah memulakan larian, ada yang baru memasang tilam untuk acara lompat tinggi, ada yang dah mula latihan lontar peluru dan lempar cakera. Dan tak lupa juga lontar lembing dan lompat jauh.
Tak jauh beza pun dengan sekolah lama aku. Beza pon sekolah lama aku ada lompat berhalangan dan ada skuad sorak. Bagi aku sama je.
"hai Kay! Sorry aku lambat sikit. Nah minyak angin. " teguran dari Tarjuna melenyapkan khayalan aku seraya mengerling sebelah Tarjuna yang tersengih kerang busuk. Huluran minyak angin aku sambut dengan dibuat muka.
"kau buat kat kilang ke minyak angin nie sampai sakarang baru nampak muka?" kutuk aku sedas. Dah naik kematu dah punggung aku tunggu minah india nie buat kerja. Nasiblah Tarjuna nie satu rumah sukan dengan aku. Leya dan Fatin rumah sukan merah manakala Zarina a.k.a sepupu Ara rumah sukan hijau. Jadi siapa lagi yang nak harapkan kalau bukan dia.
Dari ekor mata aku tengok Tarjuna hanya buat muka kelatnya. Elleh macamlah aku percaya sangat!
"sorry lah kay, penat aku cari cikgu medic tapi tak jumpa. Nie pun nasiblah ada orang bagi."
Spontan aku pandang sisi melihat muka hitam manis Tarjuna. Bersih je muka dia walaupun gelap. Tak ada langsung jarawat yang bersarang. Satu yang aku puji pada dia. Pandai jaga muka.
"habis minyak nie kau rembat sape punya?" tanya aku bila topik minyak angin belum settle lagi.
Dengan senyuman manus dia bersuara. "sape lagi kalau bukan Mr headperfect kita. Tapi serius bukan aku yang cari, tapi dia yang buat kerja."
Mr headperfect? Ada ke?
Seakan otak tak boleh brain, aku angkat tangan minta dia stop. "jap-jap. Aku tak faham. Bukan aku suruh kau ke carikan minyak angin? Dah tiba-tiba melalut sampai mr headperfect nie kenapa?"
Nak tergelak aku tengok si Tarjuna angkat rangan dan tepuk dahi. Ayoyo! Dey! Cakap pelan-pelan lah!
"dah 3 bulan kau study kat sini, mr headperfect pon kau tak tau ka?"
Disebabkan aku betul-betul tak tahulah aku geleng kepala. Dia pulak yang mengeluh. Kau ingat aku jenis stalk orang ke nak tahu semua?
"mr headperfect tu Razy. Pengawas yang pelajar perempuan tergila-gilakan tu. Ayo tak kan itupun tak kenal ke?"
Dengan hati yang masih terkejut aku bertanya sekali lagi. Nak kasi jelas sikit. "pak arab tu?"
Makin berkerut muka si Tarjuna. "pak arab?"
Hish payah betullah cakap dengan keling nie. "bukan muka Razy tu macam arabic ke? Takkan tu pun kau tak boleh nak cam? Nie macam mana Razy boleh tahu kaki aku cramp?"
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...