26

1.5K 47 0
                                    

26

Prip! Prip!

Bunyi wisel ditiup oleh pengadil menandakan perlawanan bagi menentukan tempat ketiga akhirnya terjawab. Akhirnya squad netball dari Putrajaya mengambil tempat ke tiga setelah bertempur dengan squad tuan rumah.

Dari bermulanya masa smpailah tamat acara, mata helang tidak lepas memerhatu setiap gerak geri permain yang menunjukkan bakat masing-masing. Jelas corak permainan yang ditunjukkan agak berbeza dengan apa yang di ajar tahun lepas. Agak susah untuk mencari titik kelemahan.

Tangkas mendapatkan bola, cekap menghantar servis dan peka dalam situasi itulah moto yang di pegang dari masuk kelad netbal sehinggalah sudah bertukar pada sekolah lain.

Mengeluh bila mengenangkan nasib squad netball yang diketuai oleh Ara. Walaupun sudah banyak kali berlatih namun masih boleh menilai kelemahan masing-masing. Macam tak ada hasil apa yang di praktiskan selama ini.

Nak dibandingkan dengan squad netball May Hwa jauh sangat tangkas dari squad sekolah Darul Wismat. Entah macam mana nak atur strategi kalau macam ini penentunya.

"Kay. Macam mana?" teguran dari Tarnuja mematikan fikiran sekejap. Perasan Tarnuja mula melabuhkan duduk di sebelah mambuatkan aku mengeluh berat. Entah macam mana aku nak atur strategi lepas ni?

Aku tahu walaupun aku bukan captain squad netball namun aku kena juga membantu squadnya untuk mencapai kejayaan. Lepas olahraga lepas, coach Liza ada memberi peluang untuk aku dilantik captain tapi aku menolak. Bukan aku tak suka bila orang dah bagi rezeki tapi bukan senang juga nak galas satu tanggungjawab captain untuk membantu rakan yang lain.

Nak harapkan Ara? Tadi pun masa mach kumpulan C dah tunggang langgang strategi yang diatur. Nasib baik aku yang bagi cadangan. Kalau tak, memang tak sampailah ke final macam sekarang.

Aku pandang Tarnuja tak tahu jawapan apa yang aku nak bagi. Entah kali keberapa aku menghela nafas panjang kali ini memang panjang sampaikan Tarnuja di sebelah boleh dengar.

"entahlah. Aku pun buntu sekarang. Tengok cara diorang mach memang berbeza dengan apa yang aku fikir. Cepat betul diorang ubah strategi." sesekali aku kalih ke belakang. Memerhati setiap anak buah yang duduk keletihan tidak jauh dari tempat aku duduk sekarang. Coach Liza pula tak habis-habis memberi kata perasang. Yelah. Bukan senang nak masuk final. Lagipun menurut Tarnuja, tahun ini merupakan kali pertama squad netball ini boleh sampai ke peringkat akhir.

"habis tu apa yang perlu kita buat? Kitorang hanya harapkan kau saja sekarang." tanya Tarnuja disebelah aku. Pandangan aku kembali semula di hadapan. Botol minuman di tangan aku minum rakus. Menghilangkan rasa berdebar di hati.

Otak dari tadi berjalan tanpa henti memikirkan apa strategi yang berkesan sehinggakan terasa sakit mengucuk. Nie lah masalah aku kalau kuat perah otak. Migrain terus!

Akhirnya tubuh aku bangkit dari bangku. Seluar fit hitam paras bawah lutut disebalik netbal dress aku betulkan lalu melangkah ke sekumpulan ahli netball manakala Tarnuja di belakang menbuntuti langkah aku.

"setelah penat kamu bertempur berlatih selama enam bulan dari perjunpaan pertama sehinggalah nak sampai ke final, akhirnya penentu segalanya buat kamu semua. Saya nak ucapkan syabas buat kamu kerana berjaya sampai ke peringkat akhir. Sudah tujuh tahun saya menggalas tugas sebagai juru latih kamu, banyak perubahan yang kamu tunjukkan. Walau apapun, tolong jangan putus asa. Ikhtiar sampai dapat apa yang kamu mahukan. Untuk kali ini, saya akan berikan seratus peratus kepercayaan kepada captain kita dan juga Kayla dalam mengatur strategi. Bincang elok-elok. Kalau ada silap, saya akan tegur. Okay girl! Do your best! Naikkan maruah sekolah kita!" ucap coach Liza lantang memberi kata-kata dorongan disusuli dengan tepukan dan laungan nama sekolah sehinggakan ada pengunjung yang berpaling ke arah mereka.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now