11

2.1K 72 0
                                    

"Wahai Amalin Binti Khalsom, wahai Amalin Binti Khalsom, wahai Amalin Binti Klasom, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."

Sayup-sayup telinga aku dengar bacaan talkim dari imam masjid yang ditugaskan untuk melaksanakan majlis pengkubumian tok ma. Maka bertarikh lima belas februari dua ribu tujuh belas. Tepat pukul lima petang. Arwah menghembuskan nafas terakhir di hadapan aku dan Ian.

Masih aku ingat kata-kata terakhir arwah seakan buat permintaan terakhir. Sekali lagi hati perih mengingatkan.

"tok ma. Bukan Raina dah bagi tahu ke sebelum ini. Tolong jangan tinggalkan Raina sorang-sorang. Habis, Raina nak tinggal dengan sape kalau tok ma tak ada?" lirih suara aku bila melihat wajah pucat itu merenung dengan penuh kasih.

Selain abang Iz, tok ma juga tempat untuk aku bermanja. Tempat aku luahkan perasaan. Sungguh aku tak sanggup. Ya Allah, kenapa orang yang baik selalu pergi dulu?

Tangan tua yang erat aku pegang mula terlerai dan mula menyentuh kepala aku lembut. Terhenjut-hejut aku menahan tangis yang entah bila akan reda. Mungkin sampai bila-bila gamaknya.

"cu. Cu kena ingat. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kalau dah ditakdirkan tok ma pergi dulu, kamu tak boleh nak menghalang.... Kan tok ma pernah bagitahu sebelum ini... Banyak mana kita merancang, Allah yang menentukan pilihan kita... Mungkin inilah masanya untuk tok ma pergi jumpa tok pa."  perlahan suara tok ma berbisik. Aku sedaya upaya dekatkan telinga ke bibirnya. Tak ku sangka secergas tok ma, tok ma mengidap darah tinggi menyebabkan berlaku pembengkakkan pada otak. Betul cakap abang Iz semalam. Bila dah tua, banyak penyakit yang datang. Mungkin ini adalah pentanda?  Wallah hu'alam.

Spontan aku gelengkan kepala menidakkan pengakuan dari tok ma. Aku boleh terima kalau mama yang usir aku dari rumah. Tapi aku tak boleh terima bila tok ma dah mula bercakap pasal arwah tok pa. Macamlah aku tak faham kiasan tok ma sebelum ini.

"tok ma dah tak sayangkan Raina! Sampai hati tok ma cakap macam tu! Tok ma tak kesian ke pada Raina? Setiap kali Raina solat, Raina berdoa agar tok ma panjang umur. Dapat tengok Raina naik pelamin dan mempunyai zuriat. Tapi ini yang Raina dapat!" hambur aku dengan nada tertahan. Teguran dari Ian aku tak endahkan.

Biarlah Ian nak cakap aku pentingkan diri sendiri. Dia tak tahu perjalanan hidup aku dengan tiada kasih sayang dari ibubapa aku. Lebih pentingkan hal dunia dari anak yang dibesarkan. Bagi aku kehilangan tok ma, kehilangan separuh dari jiwa aku.

Dari dulu lagi aku berharap agar dipanjangkan umur tok ma untuk aku kecapi kebahagiaan sebenar. Aku nak sangat orang pertama yang rasa adalah tok ma dan orang pertama yabg tahu aku punya zuriat adalah tok ma.

Anak mata aku mula mengenang. Sama seperti anak mata tua yang tengah baring sekarang. Betapa peritnya bila orang tersayang pergi. Pergi dari hidupku.

"tok ma tahu Raina kecewa tapi peninggalan tok ma nanti akan mendapat kebahagiaan yang Raina sendiri kecapi."

Terdiam aku. Apa maksud tok ma?

Tangan kiri tok ma, Ian raih bila tok ma pamitnya untuk menghampiri. Bila tangan kiri itu digemgam erat, anak mata tok ma menghala pada anak mata Ian. Aku hanya diam mendengar.

"Ian. Sekarang Raina akan jadi tanggungjawab Ian bila tok ma tak ada nanti. Ingat Raina adalah augerah yang Allah kirimkan pada Ian untuk jaga. Lindungi dia, bimbing dia dan bahagiakan dia seperti mana tok ma pernah bahagiakan kamu. Insha-Allah mimpi kamu akan terjawab juga."

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now