Bunyi bingitan dari alarm telefon menggangu lena aku. Berpisat-pisat mata aku buka. IPhone yang terdampar di atas riba aku capai lalu mematikan alarm yang dari tadi bingit. Memerhati sekeliling yang asing pada mata aku kerutkan kenang seakan mengingati kejadian semalam.Ya. Malam di mana kami berpisah dengan abang Iz di KLIA membuatkan aku mengeluh. Dan sekarang aku, Ian mama, papa dan abang Lu'an bermalam sekejap di dalam perut private jet yang di tempah papa. Tingkap yang tertutup aku buka penghadangnya. Jelaslah bila melihat kepulan awan yang memutih dengan sedikig cahaya matahari pagi dapat menjelaskan bahawa kami masih di atas langit beribu batu dari bumi.
Buat kali pertama aku naiki private jet tidaklah seperti apa yang aku bayangkan. Jelaslah aku bukan jenis gayat atau pon fobia. Leka sekejap dengan pemandangan indah dari penciptaNya, lantas seat belt aku tanggalkan. Punat yang ada padi sisi kerusi aku tekan untuk menaikkan penyandar kerusi yang telah aku jadikan tempat tidur.
Bangkit sahaja tubuh, aku renggangkan segala urat yang dari tadi tidur tetap. Bunyi tulang temulang berlaga sesama sendiri membuatkan aku senyum nipis. Ringan je rasa badan. Selimut yang sudah terlorot ke bawah aku capai lalu dilipat ala kadar dan di letakkan atas kerusi.
Melangkah sahaja ke belakang kabin, kaki aku terhenti pada kerusi yang direndahkan di belakang tempat aku duduk. Bukan main pulas laki aku tidur. Bunyi dengkuran perlahan menandakan keletihan yang terpamer. Mungkin tak cukup tidur disebabkan kami beryolak pada pukul dua pagi. Dengan berpelukan tubuh dan wajah ditutup dengan cap menampakkan kekacakan dia. Ceh! Tidur je pon! Still nak cover?
Mengingatkan seruan yang satu itu, aku gerakkan lengannya perlahan. Namun makin lama aku berkelakuan begitu, makin pulas dua tidur. Eh-eh dah kenapa liat sangat nak bangun? Kalau bukan disebabkan subuh, dah lama aku bawak diri amik wudhu'.
Aku tak mengalah begitu sahaja malah aku goyangkan agak kasar dengan bersuara. "Ian bangunlah. Dah subuh nie." namun masih tiada berubahan membuatkan aku panas tetiba.
Pantang kalau aku kejut tak nak bangun!
Mata tertumpu pada cap yang ditutup sebahagian wajah itu. Kalau dah begini kelakuan kau Ian memang sengaja kau nak cari pasal dengan aku!
Lantas diambil cap lalu dihempuk kuat pada lengan itu. Dalam sekali hempuk, terus mata itu terbuka luas. Senyum sinis aku pamerkan. Hah tahu pulak nak bangun!
"apa nie kacau orang tidur..." bukan main meleret katanya dengan nada serak baru bangun tidur. Digosok mata itu lalu dipandang sekeliling dan akhirnya terhenti kearah aku yang masih bercekak pinggang. Tahulah aku tak pakai cermin mata boleh boleh nak pandang aku tak berkelip walaupun samar-samar. Tadi pun tertunduk sedikit memastikan orang yang aku pandang itu sama. Lagipun aku malas nak pakai. Nak amik wudhu' je pun.
Tengok muka lesu dan keletihan akibat tak cukup tidur membuatkan marah aku tak jadi nak sembur. Kesian pulak tengok. Lagipun aku kejut dia untuk solat. Bukan saja-saja.
"aku kejut bersebab, Ian. Dah bangun solat subuh. Aku nak kejut mama dan papa pulak." suruh aku lalu langkah aku diaturkan ke tempat duduk di seberang sana. Dah alang-alang aku bangun nie, baik aku kejutkan orang solat. Dapat pahala apa?
•~•
Akhirnya setelah setengah hari bermalam dalam private jet, kami tiba di Arlanda international airport. Ketibaan kami disambut mesra dengan kak Isya yang setia menanti ketibaan kami.
Keluar sahaja dalam private jet seluruh kulit aku terasa dingin dek negara beriklim sejuk dan tambah pula negara itu berhampiran dengan altantika dan kutub utara. Tapi sejuk dia tu tak sesejuk musim salji memandang bulan tiga merupakan musim bunga di sini. Ala sejut dia tu macam kena embun kabus pagi-pagi. Tak adalah tubuh nie terima kejutan sangat.
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...