05

2.9K 96 1
                                    

Bab 05

Tengah hati aku panas bercampur sakit, mula kembali tenang. Laman berdekatan dengan kolam renang bersertakan gazebo menjadi penenang untuk aku tenangkan diri. Melihat air terjun mini buatan. Bestnye kalau aku balik rumah aku. Boleh main biola atas gazebo.

"Kenapa tak masuk? Masuklah berbual dengan Layli dan Tasneem."

Baru saja hati aku tenang, dah ada lalang yang datang. Spoil mood aku betullah! Anak mata aku perhati saja ke arah Razyian yang mula melangkah ke gazebo. Takkanlah aku nak halang? Nie kan rumah dia. Patutnya aku yang kena berambus!

"kau buat apa kat sini? Kalau nak berbual, berbual aje lah kat dalam! Aku kat sini bukan nak berborak!" Tungkas aku tegas lebih pada menghalaunya dari diganggu ketenangan aku.

Razyian mula menghampiri dan melabuhkan duduk bertentangan dengan aku. Wajah ditenangkan seraya tangan kanannya menghulurkan kaca mata aku yang terjatuh. Tak bengkok pun bingkai. Hanya cermin saja yang retak.

"kalau saya berborak dalam rumah, tak dapatlah saya berikan spek nie. Saya tahu awak kaya mampu beli tapi saya tak boleh kalau tak berikan kepada awak. Saya tahu awak masih sakit hati dengan saya. I just want to apologize." Luruh kata-kata dari Razyian namun hati aku keras bak batu kalau bab maaf nie.

Spontan aku gelak sinis padanya. Maaf? "buat apa kau nak minta maaf dengan orang riak macam aku? Tak ada gunanya kau nak minta maaf. Orang macam aku nie tak makan saman. Hari nie minta maaf, esok buat perangai balik. Maaf kau tak boleh guna pakai!"

"Habis, awak nak saya buat apa untuk awak terima maaf saya?"

"Stay away from me. Kalau boleh aku tak nak kau dekat dengan aku. Kau buatlah apa yang kau nak tapi jangan sesekali kau sebut pasal aku."

Tak betah aku duduk di situ, aku terus bangkit dan berlalu meninggalkannya. Baru teringatkan pasal sesuatu,  badan aku mula dipusingkan menampakkan dia yang tangah termanggu-manggu.

"spek tu kau amik je lah. Bukan boleh guna pon." ujar aku sebelum meninggalkannya.

Satu masalah dah selesai.

•~•

"Macam mana sekolah?"

Pertanyaan dari mama membuatkan pengerakkan aku terbantut. Terus pandangan aku beralih pada mama yang baru sahaja selesai dengan alat muziknya. Apa lagi kalau bukan piano kesayangan mama! Sampaikan anak terikut.

"biasa je." balas aku acuh tak acuh.

"so ada perubahan?"

"perubahan yang macam mana?"

"yelah tak macam dulu."

"ma... Baru dua minggu adik sekolah kat situ, mama ingat adik berubah secepat itukah? Ma please." aku ingat kes hari tu dah habis. Tapi apa? Ingat duduk rumah bolehlah hilang stress!

"manalah tahu. Mama cuma tanya je." tanya ke soal jawab? "nie kamu pakai macam tu nak pergi mana."

"pergi mall. Cari spek." aku pandang penampilan aku dari biasan cermin. Seluar jean hitam jaket kulit dan helmet di tangan. Ini mama kata perubahan?

"pergi dengan siapa?"

"dengan kawan." balas aku dan langkah yang tergendala tadi mula bergerak namun kata-kata mama sekali lagi kaki aku berpaksi. Tapi bukan setakat kaki muka aku juga nerubah riak.

"tunggu. Biar mama call Ian pergi dengan adik." aduhh nie yang malas aku nak keluar.

"bukan tadi adik cakap nak pergi dengan kawankan? Kenapa mama nak call Ian?"

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now