51
Hujung minggu macam inilah Ian nak ajak aku pergi jalan-jalan. Apa ingat selama ini aku tak ajak dia jalan-jalan ke? Dia tak apalah tak kerja. Cuti menghabiskan pasta kat rumah aku. Geram pula rasa. Namun selepas dia bagi ‘upah’ malam semalam, nak tak nak aku beralah saja. Ingatkan di sekitar Milam dia nak ajak aku tapi...
“Vanice?!!” terlopong aku dengan mata terbuntang melihat dia bertungkus lumus mengemas pakaian.
Seriously? Tak ada ke tempat yang lagi jauh dari Vanice? Nasiblah hari ni cuti am. Kalau tak memang aku biar saja Ian pergi seorang. Kerja berlambak lagi tak siapkan. Sudahlah sehari suntuk aku mengajar CFO baru untuk mengendalikan kewangan syarikat. Ubat pula dirampasnya. Stress weyyy!
“alaaa tiga hari je kita kat sana. Lagipun Ian bosan duk rumah ngadap gambar nikah kita. Nak tengok bini, bini tak lekat rumah.” Pujuk Ian yang masih leka mengemas pakaian kami. Hanya satu bagasi sahaja, muat pakaian aku dan dia. Selesai kemas baju dia, dia bangun dan melangkah ke wardrode dimana tersangkutnya pakaian aku.
Aku? Mogoklah tak nak packing baju. Itu yang Ian bersungguh nak packing baju untuk aku. Lagipun aku tak cerewet sangat dalam pemilihan baju. Dan sampai sekarang aku masih lagi dengan perangai aku dulu. Apa yang orang amik aku pakai.
“Ian pleases lah. Sekitar Milan ni tak boleh ke?” rayu aku cuba tawar menawar. Serious weyy kerja aku tak siap lagi!!!
“asyik pergi tempat sama je. Lagipun baki hari kita kat sini seminggu je. No! Ian nak pergi juga! Semalam Ian dah bagi kan?” keras nada Ian masih tidak mahu mengalah.
Eh-eh? Dia ni. Mata aku picingkan memanah dia. “siapa yang goda I semalam?” sumpah kalau aku tahu dia rasuah aku semalam memang aku tak ingin layan dia.
Mengerling Ian dari hujung matanya berserta senyuman sinis. “siapa yang minta semalam? ‘Pelease Ian, I want you inside me.’ Such a sweet sexy body.” Sakat Ian dengan mata nakal melirik tubuh aku yang hanya memakai seluar kapas paras paha bersama baju kapas labuh tanpa lengan dan potongan leher besar. Siap ajuk lagi suara aku.
Perasan akan mata kelabu itu nakal menjamah tubuh aku, pantas aku tutup dada dengan kedua belah tangan. Tengok saja aku tutup badan yang sudah sememangnya tertutup, Ian ketawa nakal bergema. Darah panas menyerbu ke muka.
“Pervert!” bengang aku seraya bangun dari duduk di birai katil dan pantas mencapai tuala menuju ke dalam bilik air.
“mandi cepat sikit! Kesian Oliver tunggu kita nanti.” Laung Ian dari luar bilik air. Merengus aku melepaskan geram yang menggila di dada.
Dari siapalah laki aku ni belajar menyakat orang? Dulu tak adalah macam ni. Pendiam je ikut cakap aku ini langsung tak boleh pakai!
Kalau tahulah siapa, memang aku toreh muka dia!
•~•
Selesai keperluan yang mahu dibawa bersama, Oliver datang menjemput kami. Bagasi besar gedabak di bawa Ian manakala aku pula baru selesai mengkunci rumah. Setelah siap segala hal, kami turun dari tingkat atas. Sempat aku berpesan pada jiran minta tolong jagakan rumah sementara kami tiada di rumah selama tiga hari. Tiga hari bagi aku dah cukup. Kalau Ian nak minta lebih sehari dua memang aku tekad tinggalkan dia kat situ. Ini pun sebab bet semalam. Benci!
Keluar sahaja di bangunan apartment, mata sudah terhenti pada sebuah kereta keluaran tempatan iaitu sedan Maserati Ghibli Masuk je di dalam memang luas gila dengan enjin dari Ferrari iaitu 3.0 liter v-6 turbo berkembar yang disambung pada kotak gear automatik 8 kelajuan jenis ZF. Model Ghibli terbaharu menawarkan kuasa kuda tiga ratus lima puluh kilometer perjam.
Model ini juga dapat memecut dari sifar ke seratus kilometer perjam hanya lima berpuluhan lima saat dan mencapai kelajuan maksimum dua ratus enam puluh tujuh kilometer perjam.
Kalah kereta kontot aku iaitu Abarth Pista 595 yang hanya berkelajuan dua ratus lapan belas kilometer perjam. Tapi sistem enjin, turbo apa memang padu dan ia mampu memecut dari lapan puluh hingga dua seratus dua puluh kilometer perjam dalam masa tujuh perpuluhan lapan saat.
Aku tahu ni pun sebab Ethan hantar aku tempat kerja pakai kereta ni. Pernah lah dulu pandu kereta ni. Memang terbaik.
Ethan. Huh! Kenapalah aku teringat pasal dia ni. Pergi mampuslah dengan tunang tu! Buat apa aku nak sebut nama dia. Lagipun lepas pada kejadian itu aku ada tanya mama Tressa masa aku dan Ian jemput diorang di Airport. Katanya Ethan akan duduk di Malaysia dan akan datang jenguk di sini jarang-jarang. Hah baguslah!
Selesai Oliver meletakkan bagasi di but belakang, dia mula membuka pintu pemandu. Ian yang baru sahaja nak buka pintu penumpang sebelah aku tak jadi nak masuk bila aku hadiahkan jelingan tajam minta agar dia faham yang aku tak nak dia duduk sebelah. Masih mogok pasal tadi.
Ian hadiahkan senyuman sinis sebelum dia kembali menutup pintu dan beralih pada pintu sebelah pemandu. Oliver yang perasan buat tak tahu sahaja. Hal rumah tangga orang jangan nak masuk campur!
“I never thought I could ride a car like this!” dari kerusi belakang deria pendengaran aku jelas dapat dengar suara teruja Ian bila buat pertama kali menaiki kereta kelajuan Ferrari. Mendecit aku buat tak tahu dan pandangan aku terhala pada pemandangan di luar.
Tawa Oliver dengar seraya bersuara. “In fact, my master asked me to bring this car to pick you up. do you want to try driving this car?”
Membulat mata aku dengar apa yang Oliver katakan. Ian bawak kereta? Sebelum jadi apa-apa, lebih baik aku membantah. “Oliver, can you just drive faster pleases? Don't let him drive. He doesn't have an international driver's license.” Tegas aku bersuara.
Pantas Ian kalih belakang. “sayang dah lama Ian nak cuba drive kereta ni. Lagipun ini kereta idaman Ian. Let me drive pleases.” Rayu Ian memberi kebenaran.
Pandangan redup Ian aku balas dengan pandangan tajam menikam. Dia ni bukan boleh percaya sangat. Silap hari bulan kereta ni pula jadi mangsa terbabas Ian. Dah lah kereta orang. Tempat orang. “my answer is no. Kalau jadi apa-apa I tak akan bertanggungjawab.” Terus mata aku beralih pada Oliver yang pada ketika ini sedang memanaskan enjin. “Oliver we can go now.” Arah aku dan kereta Ghibli mula bergerak membelah jalan raya memasuki lebuh raya SPExSS11.
Dari Milan ke Vanice memgambil masa dalam dua jam lebih. Dalam perjalanan itu juga aku hanya tumpukan pada Ipad di riba. Sempat lagi buat kerja. Well, masa itu emas. Tak kira dimana sahaja aku boleh buat kerja kecuali dalam hutan.
Suasana dalam kereta ini juga lebih kurang bising takala Ian rancak berbual dengan Oliver mengalahkan celoteh dj radio yang telah terpasang. Tak perlu pasang. Dengar diorang berborak ni pun dah kira ok.
Dalam aku membuat kerja, mata coklat muda beralas kanta lekap tanpa warna sempat menjeling ke arah kerusi sebelah pemandu bila perasan orang tu berpaling belakang.
“she does that every time she's in the car.” Menyampuk Oliver di tempat memandu menyentakkan kami berdua dalam masa yang sama sedang bertarung mata. Terus mata coklat muda berkanta lekap kembali fokus pada skrin Ipad. Malas nak masuk campur.
Tangan kanan yang memegang pen idigital aku gerakkan pada skrin Ipad. Mula melangkar satu desight baru. Mana tahu rekaan aku ini dapat menarik ramai pelanggan. Dalam fikiran mula melangkar satu casing iphone material kulit dan sesuai dipakai untuk orang lelaki sahaja. Biasanya phone casing adalah satu fesyen zaman kini selain wallet. Menampakkan si pemakai berasa mewah dan elegan. Insya-Allah phone casing keluaran aku bakal dilancarkan tapi tak tahu bila. Tolong jangan berharap.
“Yeah. she's a diligent and intelligent girl. how lucky I am to have it.” Puji Ian sambil ekor matanya terhala pada aku. Mendecit aku dengar pujian dia. How lucky you are.
“you know? as long as I knew her, she was always close to Mr. Ethan. If she goes out there, she must be with Ethan.”
“Oliver! How many time I told you. Shut your mouth and keep drive!” lantang suara aku begang. Tidak selesa bila Oliver membuka kisah lama aku dengan Ethan. Nak pula depan Ian.
Aku perasan Ian berpaling belakang mahu memujuk namun belum sempat dia buka mulut aku bersuara. “If you want me to go with you, you better stay still.” Larang aku lantang terus Ian membisu dan muka dipandang depan. Tahu pula kau duduk diam!
Setibanya kami ke Garage San Marco Vanezia, Oliver berhentikan keretanya disitu. Akhirnya dua jam lebih menaikki kereta sudah berakhir. Oliver membuka but belakang dan mengeluarkan bagasi kami lalu dihulurkan kepada Ian manakala aku sedang membetulkan rambut takala angin menyerbu muka. Sengaja nak buat show off depan orang. Jadi model pakir kereta. Hahaha
“have a nice vacation. I hope you two enjoy your vacation in the city of love.” Ucap Oliver setelah selesai segala tugasnya di sini.
“thank you also for recommending this place. This place is very beautiful.” Puji Ian dengan mata meneroka sekeliling walaupun perjalanan kami masih jauh. Aku pula melangkah menghampiri mereka.
“so you suggested this place to Ian?” tanya aku mencelah. Barulah aku tahu dalang dia siapa.
“errr...” tergagap Oliver mahu membalas mata bbiru mudanya bergerak menentang si pemilik mata kelabu muda.
“alaaa, Raina. Bukan selalu kita boleh bercuti macam ni, kan? Lagipun Ian tak pernah keluar Malaysia.” Pujuk Ian. Tangannya bergerak memeluk bahu aku seraya mengusap lembut mohon agar bahang di badan aku reda.
Dengan dengusan aku mengangguk dan bibir mengukir senyum hambar beralah. Dah sampaikan? Tak kan aku nak buat perangai? Bak kata orang tu mengeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
“Alright. Oliver, send my greetings to Mr. Johansson later when you arrive.” Pesan aku memutuskan berbualan kami. Oliver menundukan badannya sedikit seraya memberi laluan untuk kereta itu bergerak meninggalkan kami.
Setelah kereta Ghibli putih tidak kelihatan, tangan pada bahu aku dilepaskan lalu tangan itu beralih pula pada tangan kanan aku dan menarik tubuh aku agar mengikutnya. Tangannya di sebelah pula menarik bagasi kami.
Haihh... Nak berjalan pun kena pimpin tangan ke? Rimas pula aku nak kena pimpin tangan bagai. Tak lari mana pun bini you ni! Tapi pelik pula rasa. Dah rimas, kenapa aku biarkan saja dia pegang? Musykil ni.
Setibanya kami ke terminal P.e Roma platform G setelah selesai membuat bayaran di kaunter tiket. Jangan risau sebab selama tiga hari kami di sini, seratus peratus Ian tanggung. Perghhh! Selamat duit aku. Itulah impian seorang isteri. Syuka!
Sambil tunggu boat persiaran di jeti, sempat aku mengambil gambar pemandangan jambatan Constitution yang menyambungkan stesyen kereta api Venezia Santa Lucia ke tempat pakir San Marco Venezia. Memang cantik gila. Tapi kalau ada sesiapa yang mahu merancang percutian atau berbulan madu di Vanice seeloknya bawa duit speare sebab harga dia memang buat korang cekik darah.
Dalam aku selfie sendirian membelangkan jambatan Constitution yang indah, seakan ada tangan seseorang memegang pinggang aku dari belakang Nasib baik tak latah bila mata coklat muda menangkap Ian sedang memeluk aku dari belakang melalui skrin Iphone 6S.
Kesat air liur aku telan bila bau Sauvage Dior dengan gabungan Mint, Lavender dan Cedarwood membuatkan aku khayal. Ceit! Tahulah minyak wangi bau kedai tapi janganlah sembur macam kau tuang sebotol bau dia.
Selang sepuluh minit kami berselfie walaupun berasa jangkal berada dekat dengan suami sendiri, akhirnya boat pelancongan yang membawa VIP termasuk kami sudah tiba. Ian menyerahkan bagasi kepada pekerja disitu sebelum mengarahkan aku untuk melangkah memasuki sebelum dia. Suasana di dalam bot tak riuh sangat memandangkan hanya kami sahaja berada disitu. Rasa privasi dan tenang.
Selepas krew menanggalkan tali pada penyangkut sauh, bot dinaiki kami mula bergerak. Aku tak betah berada di dalam terus keluar melihat sekeliling. Tiupan angin menampar ke muka bersama rambut hitam pekat berselerak aku biarkan. Cantik suasana bila bot bergerak melalui terusan Vanice menampakkan bangunan berbatu seakan terapung dan kenderaan di situ hanya bot dan gondola yang menjadi pengangkutkan di sini. Dulu semasa cuti semester pernah Ethan mengajak aku ke sini untuk pengambaran video cover kami. Jadi tak hairanlah kenapa aku tak jangkung berada di sini.
Lainlah orang yang berada tidak jauh dari aku sedang leka dengan telefon di tangan mengambil gambar. Dah macam rusa masuk kampung.
Sepuluh minit menikmati pemandang bandar terapung melalui terusan, bot persiaran kami akhirnya tiba ke destinasi. Tercengang aku melihat sebuah bangunan tingkat empat terpapang di depan aku. Ian ni biar betul nak menginap Hotel bertaraf lima bintang? Perghhh banyak betul duit dia sampai mampu tempah bilik ni?
Tapi no wonder la. Dia kan doktor pakar. Setakat hotel lima bintang macam ni. Celah gigi dia je.
“kenapa berdiri kat sini? Tak nak masuk?” tegur Ian yang baru sahaja berdiri di sebelah setelah bagasi ditarik keluar dari bot persiaran.
Disebabkan ego seorang perempuan, aku malas nak bertanya perihal hotel yang dia tempah. Karang kalau aku tanya, riak pula orang tu. Jadi jalan penyelesaiannya adalah diam dan bergerak memasuki pintu hotel The Griti Palace.
Masuk sahaja di pintu utama hotel, kami disapa oleh penyambut tetamu. Kami hanya membalas senyum kecil sebelum mengikut penyambut tetamu itu ke kaunter untuk membuat pendaftaran masuk. Dari apa yang aku lihat, sebenarnya Ian sudah lama tempah hotel ini. Lama tak lama pun dua hari lepas melalui atas talian.
Patutlah desak aku suruh pergi sini. Risau takut burn duit dia la tu.
Setelah selesai bahagian pendaftaran, kami mengikuti seorang budak lift menunjukkan bilik kami untuk menginap selama tiga hari dua malam. Lengan disauk Ian agar berjalan beriringan aku biarkan saja. Sebenarnya aku pun teruja juga mahu lihat sendiri bilik yang bakal kami menginap. Tak sabar.
Setelah budak lift membuka pintu dan memberikan kad akses kepada Ian, aku melihat ruang tamu kami. Cantik gila tak boleh bawak bincang. Dengan tema putih perancis menampak suasana elegan dan romantis. Ini baru tengok ruang tamu. Tak tengok lagi bilik tidur.
Lumrahlah pasangan suami isteri bila masuk ke rumah tak kiralah hotel ke apa, benda pertama kena tengok adalah bilik tidur. Lebih tepat lagi adalah katil. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Perbualan Ian dengan budak lift tu aku biarkan sekejap lalu aku melangkah ke ruang beradu kami. Masuk je masyaAllah!
Cantik gila weyyy. Memang kena dengar harga yang ditawarkan. Dengan dinding dicat putih perabot kulit warna kelabu berserta pula dengan ukiran english klasik di kaki meja, langsir putih tanpa corak dan yang paling aku tunggu adalah...
Bum!
Dengan sekelip mata tubuh aku dihumban atas katil. Rasa melayang sekejap. Dan tak sangka bila neuron baru sampai ke otak takala mata coklat muda berkanta lekap menatap mata kelabu muda itu. Rapat. Sangat rapat muka dia di depan muka aku sampaikan nafas aku yang tadi teratur mula berterabur. Tangannya masih tersemat di belakang tubuh mula bergerak ke tempat yang sepatutnya. Menjalar dan terasa dress paras betis longgar dari tubuh. Dadanya rapat sehinggakan bersentuhan dengan dada aku sebelum muka dia merapat dan bibir mula bertaup meragut bibir aku lama.
Dari lembut sehinggalah rakus bercumbu akhir dia melepaskan ciuman mencari oksigen. Aku hanya kaku tidak bergerak. Muka tak payah cakap sememangnya merah.
“ti amore, my dear. For today, can I want you?” dengan menggodanya Ian meminta. Dan baru aku nak membalas...
Ding! Dong!
Bunyi bell dari luar mengacaukan suasana kami. Hampir terkeluar gelak aku melihat betapa kecewanya Ian dengan muka tegang bersama dengusan kasar keluar.
Ian terus bangun dari katil dan berlalu ke pintu masuk meninggalkan aku yang tengah tergelak besar di atas katil. Senak perut aku bila tengok muka kecewa macam tak pernah bagi makan sebelum ini. You guys should look his face. Such a pity men. I swear!
•~•
Selesai kami membersihkan diri, menunaikan solat zohor dan menikmati makan tengah hari yang ditempah khas dari Ian (alaaa tadi budak service room datang buat kacau session body talk kami rupanya datang hantar makanan) kami bersiap untuk keluar melawat kawasan.
Keluar dari hotel, destinasi pertama kami di Royal Garden. Tak jauh pun dari hotel selang satu bangunan terus boleh nampak taman terapung. Tidak perlu bot atau scooter hoverboard kami hanya guna kaki sendiri sahaja. Sekali sekala exercise kaki. Bak kata dokter bergerak kita, lepas makan badan tak boleh rehat. Kena berkerja bagi membuang lemak tepu di badan dan secara tak langsung mengurangkan berat badan.
Ceit! Nak perli aku gemuk la tu. Hello dua kali seminggu aku berenang tau! Bolah pula cakap aku gemuk. Empat puluh lapan kilogram ok berat badan I! Slim melin ni dia kata gemuk! Walau hakikat Ian tak sebut pun aku gemuk.
Selain dapat melihat taman dan terusan sebelah-menyebelah, korang juga boleh menaburkan duit di gerai yang menjual cenderahati untuk dibuat kenangan. Pelbagai jenis cenderahati terjual di sini antaranya topeng zaman masquerade pelbagai bentuk, key chain, topi, pemandangan Vanice melalui lukisan tangan dan benda wajib kalau musim luruh menjelma iaitu barangan Halloween. Harga pun berpatutan tapi faham-faham sajalah kalau dah mata wang Euro mesti mahal. Tukar satu euro pun dah cecah empat ringgit enam puluh lima sen. Baru satu euro. Sebab tu pelancong asing suka melancong di Malaysia. Save budget.
Selain dari terdapat gerai cenderahati, terdapat juga restauran yang menyajikan hidangan barat tapi sebelum nak masuk makan, kenalah buat reseach. Risau takut mereka mensajikan pork dan alkohol. Yang ini penting tapi jangan risau di Vanice terdapat banyak restauran halal.
Kami hanya beriringan berjalan tanpa membeli apa-apa barang yang terjual di sini. Bukan tak nak beli tapi percutian kami rasa terlalu awak nak beli. Jadi kami hanya cuci mata sahaja. Vanice jangan cakaplah ada banyak bot dan gondola memang tak akan lari dengan jeti di sini. Aku ada mengajak Ian untuk cuba menaiki gondala seakan memanggil aku untuk naik tapi ditegah Ian. Katanya masih terlalu awal untuk itu memandangkan kami baru sahaja sampai. Walaupun perjalan kami pendek, masih terasa lenguh di badan. Ingat orang muda tak sakit urat?
Oleh kerana kaki sudah tidak boleh teruskan berjalan, aku meminta izin untuk duduk sebentar di kerusi taman yang tersedia di sini manakala Ian meneruskan kerjanya penuhkan gambar dan video di dalam telefonnya.
Tersenyum bahagia aku melihat Ian mengambil gambar. Tak ubah seperti waktu pertama kali ke sini. Mata beralih pula pada pengunjung tempatan nahupun luar negara beriadah. Ada yang mengambil gambar menggunakan drone dan ada juga mengambil gambar berkumpulan. Dengan pemandangan redup bersilih ganti dengan daun kecoklatan menhujani tanah. Iphone 6S aku keluarkan dari saku kot dusty pink lalu, Snap gambar selfie aku sedang duduk di kerusi.
Orang perempuan kan tak puas kalau ambil gambar hanya sekeping sahaja. Jadi telefon aku pusingkan pada kedudukan menintang dan hidupkan lensa kamera depan dan alangkah terkejutnya aku bila Ian turut berada di belakang kerusi memandang kamera. Haish! Asal aku ambil gambar saja dia nak menyeluk sekali. Shuh-shuh! Menyebok je!
Lepas dua tiga keping gambar terakam, aku menghantar gambar di dalam Instagram dan turut dikongsi melalui facebook. Tak sampai lima minit sudah tiga puluh tanda like bersama sepuluh komen yang pasti komen tu dari kawan aku membuatkan darah menyerbu ke muka. Nak tahu apa diorang komen?
Zarina_rina: perghhh ni kwn aku ke? Mnjalin cinta yg tlh lama berderai akhirnya bercantum kmbali.
Haih! Sakai punya member. Barang lama tak usah dikenang! Membebel aku dalam hati.
Che Fatin Aurora: boss! Diam-diam ubi berisi. X habaq pon boss p sana dengan my admirer. Jngn lupa bwak balik baby mata kelabu k!
Ni lagi sorang sakai! Cepat saja komen, ni mesti tengah mengular di pejabat. Siap kau kalau aku balik Malaysia kerja tak siap. Aku potong gaji kau lima peratus baru padan muka.
Han Lee: Honeymoon in the city of love. Tak sangka anak murid I dah bahagia. Hope enjoy your honeymoon.
Tersenyum aku baca rindu pula dengan Han. Dah lama betul aku tak jumpa dia. Bilalah aku boleh lepak bersama dengan dia.
Nur_Aleya: Alhamdulillah sahabat lamaku. Bertemu cinta di Vanice. Harap berkekalan hingga ke jannah.
Dan komen yang tak boleh bawak bincang...
Ku_Izmie: adik aku ke ni? Alhamdulillah aku bakal jadi uncle! Mission accomplished! @ku_Mellrose @ku_Rais, you become a grandparent soon! Wish luck @DrRazy!
What! Tak lama lepas itu ada balasan komen di ruangan komen abang Iz. Merah muka tahan segan.
DrRazy: @ku_Izmie hahaha! Thanks bro. Insya-Allah buat selamanya dia milik aku dan abang Iz bolehlah merasa baby dari kami pula.
Pantas muka aku mengerling sebelah. Tajam mata coklat muda berkanta lekap memanah dia yang sekarang ini sedang mengekeh ketawa di sebelah. Entah bila masa dia duduk di sini. Tak puas dengan itu, tangan kanannya yang bebas memeluk bahu aku dan menarik rapat di tubuhnya. Main peluk je kan!
Tengah layan Ian merapu meraban membalas komen bersama abang Iz melalui aplikasi instagram, kami ditegur seorang gadis tempatan yang mengaku dirinya peminat youtuber aku. Dari layan kerenah suami, lebih baik aku layan peminat aku. Tubuh aku bangun setelah memberi keizinan lalu memberi peluang pada peminat aku untuk berselfie dengan aku. Bermacam gaya kami buat. Aku bukan sombong tak layan peminat, kalau ada yang tegur tu aku layan. Dulu pernahlah aku buat majlis kecil untuk peminat tapi sekarang aku hanya serahkan kepada pengurus aku bahagian peminat untuk adakan perancangan. Tak adalah sunyi menyepi. Insya-Allah aku bakal keluarkan lagu biola cover tanpa suara melalui channel youtube iaitu KayThan tidak lama lagi.
Puas kami mengambil gambar dan berbual perihal kerjaya aku seterusnya, gadis yang bernama Julia meminta aku untuk perform dan disebabkan aku tidak membawa biola ke sini aku sedekahkan saja suara sumbang aku. Pengunjung yang memerhati ada juga sedang merakam performent kecil aku. Mungkin tidak percaya suara sumbang aku ni dapat memukau orang sekeliling. Siap ada yang rakam! Hoho!
Setelah selesai menghabiskan nyanyian dan memberi autograf padanya, aku melangkah kembali duduk di kerusi bersebelahan dengan Ian. Pandangan mata kelabu muda disebelah aku buat toya. Dah tahu apa yang bakal dia bertanya selepas ini.
“tak sangka isteri Ian ni ada peminat.” Puji Ian tulus. Tangan kiri masih terpasang hasil video perfomant aku. Lagu Don’t give up on me yang dialih suara aku berkumandang di speaker telefonnya. Hurmm... Sedap jugak suara aku. Riak kejap.
“peminat youtuber je.” Nafi aku merendah diri. Sebenarnya menjadi video cover merupakan hobi tika aku belajar dulu selain buat performent di kaki lima. Dapatlah aku lepas gian main biola.
“youtuber pon dapat duit apa.” Balas Ian dengan tangan setia mengusap bahu aku. Antara tempat yang paling dia suka selain memeluk aku dari belakang. Rasa ada pelindung pula bila dia berkelakuan begitu. Aku tahu ni pun sebab dia sentiasa buat macam ni selama seminggu kami bersama. Ohh tak lupa juga ciumman di atas kening. Awww bahagianya hidup seorang isteri!
“duit masa dapat award je.” Jap! Pantas aku leraikan pelukkannya dan mata coklat muda berkanta lekap aku halakan padanya.
“how do you know?” soal aku seaka mendesak dia. Setahu aku tak pernah beritahu orang selain abang Iz.
Senyum sumbing Ian lalu dirapatkan kembali tubuh aku padanya berserta hujung kening dicium kejap. “ingat Ian bodoh tak tahu perkembangan Isteri di sini? Semua pasal sayang Ian tahu. Tapi itulah, Ian tak mampu nak tengok sayang di sini. Mampu tengok dari jauh je. Ian bersyukur sangat dengan kerjaya sayang sekarang. Dah ada kerjaya yang lebih besar dari Ian. Harap suatu hari nanti Ian tak rasa menyesal sebab tinggalkan sayang.”
Seakan lumpuh lidah aku kelu tidak berkata apa. Kenapa Ian cakap macam ni? Macam nak tinggalkan aku je? Tak semena-mena air mata mengalir dari tubir mata.
“hey, apsal nangis ni? Haish cakap sikit je sentap. Ian cakap je kan? Bukan betul-betul pun boleh terjadi.” Pujuk Ian seraya kepala aku beralih memandangnya bersama tangan sejuknya menyentuh muka merah aku lalu diseka cecair hangat dari tumpah.
“kata-kata Ian tu satu doa tau. Mahunya mulut Ian tu masin macam mana?” tegah aku lalu pantas menolak lembut tubuhnya dari melekat. Kini aku duduk berjarak sedikit dari Ian. Boleh pula cakap pasal tu!
“masin ke mulut Ian? Biasa kita cium tak pernah pun sayang komplen mulut Ian masin. Lagi ke dalam adalah.” Usik Ian nakal berserta tawa nakalnya turut kedengaran.
Merengus aku dengar. Dia ni kan memanglah buat aku serabut. Pandai kawal mood orang. Memerah muka aku menahan malu kerana diusik begitu. Benci! Bangkit aku dengan bag silang aku kemaskan meninggalkan dia yang tengah gelak ketawakan aku.
Dalam kaki aku menghanyun tanpa arah, terasa badan aku bergerak kedepan sedikit bila tangan itu menerpa memeluk bahu aku dari belakang. Sisa tawanya masih kedengaran namun nadanya perlahan takala mata coklat muda berkanta lekap memanah si dia. Cam bau wangiannya aku dah tahu siapa.
“alaaa janganlah merajuk lama-lama. Kesian Ian terperangkap disini. Tapi dihati tetap bersamamu.” Usik Ian nakal bersertakan ciumman berkali-kali di hujung kening aku. Huh! Kalau dah kayu, buat pick up line pun berterabur!
Untuk hari ini disebabkan aku tak ada mood, Ian akur sahaja menbuntuti aku. Maka Ponte dell’Accademia atau jambatan kayu akedemi menjadi destinasi kami. Jarak dari taman tadi tak jauh sangat tapi memang berbaloi bila melihat rowers mendayung untuk gerakkan gondola memasuki bawah jambatan. Sempat telinga aku mendengar pendayung itu berpuitis dalam bahasa itali. Beberapa gambar aku menangkap pemandangan di atas Ponte dell’Accademia. Ian pula selepas aku berhenti di atas jambatan ini, dia terus menghilang. Huh! Pandai-pandailah dia cari aku nanti. Siapa suruh hilang? Tahu tak pengunjung di sini ramai memandangankan hari ini merupakan cuti am.
“cara!” (darling!) panggil seorang lelaki yang bernama Ian mula berjalan laju menyusuri lautan manusia pelbagai warna rambut dan jantina mula menghampiri aku. Aku yang khusyuk merenung pemandangan di penghadang jambatan menoleh.
Berhenti sahaja depan aku, dia memakai fedora hat warna dusty pink sama dengan kot yang aku pakai ke kepala aku. Sempat dia membetulkan rambut kusut akibat ditampar angin sebelum topi itu dia pakaikan. Pasal harga aku malas nak tanya dia.
“you look pretty when you wear this fedora hat.” Puji Ian takala mata coklat muda berkanta lekap aku bersambung pandang dengan pemilik mata lelabu mudanya. Sesekali Ian kenyitkan mata sebelah terus pandangan kami terputus. Membahang muka aku rasa. Boleh tak aku terjun dari jambatan ni.
Dia membetulkan suaranya sebelum sekali lagi dia menatap muka aku yang blushing. “sayang! tadi masa Ian beli topi ni, penjual tu recomended suruh beli padlock ni.” Padlock berwarna putih dan berbentuk segi empat itu ditayangkan pada aku. “dia cakap lagi, padlock ni boleh tulis nama kita dan kuncikan di sini.” Ditunjukkan gugusan padlock yang telah berkunci di penhadang jambatan. Macamlah aku tak boleh tangkap apa yang dia cuba cakapkan sekarang.
“Ian pernah tengok orang buat macam ni di korea tapi Ian tak tahu pula boleh buat disini. Tapi simboliknya dia buat macam ni?” tanya Ian nak tahu seraya tangan menyeluk saku seluar jeans hitamnya mengeluarkan sebatang maker bermata tirus.
Ya Allah, ya tuhanku! Bebalnya punya suami macam ni. Benda remeh macam ni pun dia tak tahu ke? Haish! Inilah akibatnya kalau terlalu serius buat kerja sampaikan benda remeh macam ni boleh tak tahu!
Tapi aku tetap melayan. “this padlock is symbolic for love. Di mana bila you tulis nama kita di atas padlock ni ia bermakna hati you dan I akan bersama. Bila padlock berkunci di situ is’t mean hati kita juga berkunci bersama.”
“macam hati Ian dan sayang kan? Sentiasa berkunci di sini.” Tangan kanannya meraih tangan aku lalu diletakkan pada dadanya sebelah kiri sebelum menyambung katanya. “dan akan kekal berkunci. Tiada siapa yang boleh mengambil kunci ini dari kita berpisah.”
Erk! Speechless aku dengar. Ya Allah Ian. Tolonglah jangan buat hati aku macam ni sebab lepas kita balik Malaysia aku tak akan dapat rasa begini lagi. Rintis hati aku pilu.
“sayang. Tulislah nama sayang di padlock ni.” Pinta Ian dengan sebatang maker bermata tirus kepada aku. Perlahan-lahan aku menyambut dan nama aku bertinta di bawah namanya bersama simbol love di tengah antara namanya dan nama aku. Di bahagian belakang padlock sempat aku membaca ayat yang telah ditulis Ian.
Bertahanlah bidadariku. Sampai masanya kita akan bebas bahagia seperti orang lain dengan izin-Nya.
Biarpun hanya ayat biasa yang sering pasangan suami isteri namun hati ku terusik. Bergetar tangan aku membaca. Sungguh aku fikir aku seorang sahaja yang menderita tapi dia juga sama.
Mata coklat muda berkanta lekap aku membiarkan memerhati Ian berlalu ke penghadang yang menempatkan gugusan padlock yang lain.
Mengapa aku mahu mengalah sedangkan Ian bersungguh-sungguh mahu mempertahankan hubungan kami? Betapa bodohnya aku berniat untuk cuba merobohkan masjid kami bina. Kenapa kau tak jadi seperti Ian, Raina? Kau tak tanya dia ke bagaimana hidupnya sepanjang kau berada di Milan lapan tahun lepas? Kau dengarkan tadi apa yang Ian bagitahu kau. Dia tengok perkembangan kau sepanjang kau di sini tapi kau? Ada? Abang Iz sanggup datang jemput kau balik tiga tahun lepas dan memberitahu Ian kemalangan pun kau buat pekak.
Isteri jenis apa kau ni?!!
Tanpa sedar air mata kembali mengalir. Tangan kanan yang masih memegang sebatang maker aku eratkan pegangan. Rawang dikacip rapat menahan sebak.
“sayang? Kenapa nangis ni?” pertanyaan Ian tidak aku balas malah tubuh sasa itu aku peluk lehernya erat.
Terasa tubuh itu tersentak akibat terkejut diperlakukan seperti itu. Kedua tangannya bergerak memeluk erat belakang badan aku mengusap penuh kasih sehinggakan tangisan aku pecah dan terhinjut-hinjut.
“pleases forgive me. Maaf sebab selama sembilan tahun kita bersama, I langsung tidak ambil tahu pasal you. I tak layak untuk you, Ian. I isteri yang derhaka.” Rintih aku bersama tangisan.
“Raina, bukan salah Raina jadi macam ni. Lagipun dulu usia kita terlalu mentah dalam perkahwinan. Sewaktu Raina pergi meninggalkan Ian, Ian anggap Raina mahu tenangkan diri di sana. Ian faham. Kita masing-masing buat salah dan pertemuan kita ini untuk menjerlihkan hubungan dan memberi kebahagiaan bersama.” Tutur Ian seraya meleraikan pelukan kami. Muka menekur lantai diangkat dagu aku menyamai pandangannya.
“I love you. Truly love you.” Bibir kami bertaut bila bibirnya merapati bibirku. Makin lama makin asyik ciumman kami. Pandangan orang tidak kami hindarkan. Mujur juga kami berada di Vanice. Kota cinta yang mampu buat penyatuan kami kekal bersama. Insya-Allah.
Lama kami bertarung, akhirnya tautan kami terpisah disebabkan masing-masing mengah mencuri oksigen.
“macam mana? Manis tak mulut Ian? Semanis bibir sayang.” Usik Ian seraya jari dingin itu mengelus hujung bibir basah aku.
Pap!
Pantas aku hempuk bahunya dengan bag silang. Sempat lagi dia mengusik aku. Ingat dia dah lupa pasal itu. Dengan wajah menerah menahan malu aku hambur marah aku. “Pervert! Bab benda ni, cepat je you kan?” seraya kaki aku laju tanpa berpaling pada dia yang pada ketika utu sedang galak mentertawakan aku.
“sayang. I've told you before. do you forgot? It’s okay. Let me remind you. Nafsu pak arab nie ganas tau. Jadi jangan mengamuklah kalau suami awak ni tak boleh tahan. Kalau terlanjur pun, Ian boleh jaga sayang.” Usikannya lebih galak membuatkan aku rimas dengar. Seriously? Berkurun lamanya ayat tu dia boleh ingat? Arghh!
Jadi hanya inilah aktiviti kami untuk hari ini memandangkan aku malas nak layan perangai gila Ian. Tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya aku rasa.
Tiba-tiba hati mula menyanyi lagu What A Wonderful Words.Update: 02 /11/19
Ok! I don't see anything. (sambil tutup mata) hahah. I know, I can't do this. But don't worry. Sis akn cuba buat yang terbaik. Part dalam kelambu sis tak buat klau korg nak, korg bayangkanlah sndiri.
Kita ketepikan dulu Raina dan Ian menjalin cinta yang tergantung sebab next chapter kita kembali ke Malaysia.
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...