24

1.6K 55 0
                                    

24

Dalam keriuhan murid yang sedang bersorak kepada pemain yang diminati masing-masing, ada seorang gadis yang langsung tak berminat dan tak nak masuk campur.

Tempatnya tak lain tak bukan dalam kelas. Asyik menterla'ah buku rujukan. Dari bahasa melayu, pendidikan islam dan sejarah. Sejarah penting, subject wajib lulus SPM. kenapalah wajid lulus? Bukan boleh mintak sambung belajar mana-mana.

Cuba bayangkan budak tomboy Tengku Raina Melkayla jadi nerd? Unbelievable!

Sekarang sudah menjelang bulan lima. Maknanya masih berbaki 6 bulan lagi sebelum SPM bermula. Cikgu Sharif pun dah jadikan aku sebagai calon lulus prinsip akaun. Tak lupa juga cikgu Kamala pun sama jadikan aku pelajar calon lulus matematik tambahan. Terbeban pulak rasa. Tapi aku bersyukur dengan berkat yang aku belajar selama ini. Hari tu masa aku join kelas Han, aku ada buat perbandingan jalan kira cikgu Kamala dengan jalan kira yang Han ajar. Memang ia nampak sama dan jugak yang berbeza tapi tak sama dengan apa Han ajar. Cara hafal fomula pun lain.

Tapi Han cakap terpulanglah nak ikut cara siapa mengajar asalkan mudah faham dan tak serabut kepala masa menjawab.

Geng aku iaitu Leya, Fizul dan Zamri pun dah mula faham apa yang Han ajar dan mudah diingati. Sampailah masa cikgu Kamala adakan gerak tempur, boleh kata separuh pelajar dalam kelas aku dan juga kelas sains berkerumunglah mendekati meja kami. Masa ni tak silap masa cikgu kamala buat kelas tambahan serentak dengan kelas sains.

Ian pula, menempel semeja sekali dengan aku. Sampaikan yang lain hampir tercengang melihat gaya bersahaja Ian duduk sebelah aku. Sampaikan Luqman dibiarkan begitu. Syedeh!

Ara, sejak kes beberapa bulan lepas dia banyak kacau aku secara halus. Bukan macam dulu bawak geng. Halus tu macam mana? Aip! Bukan guna ubat minyak dagu tau!

Banyak kali dia kenakan aku. Setiap pagi bila aku masuk kelas meja yang sememangnya suci sesucinya ada kesan conteng memggunakan liquid paper. Macam-macam dia tulis kat situ. Tak puas dia tulis, dilukisnya pula gambar pelik-pelik. Haih tahulah budak seni visual tapi janganlah dijadikan meja aku nie kertas melukis nak lukis sesuka hati. Haih naik lenguh tangan pegang pembaris nak kikis.

Macam mana aku boleh tahu? Habis siapa yang tak puas hati dengan aku kau bukan dia.

Tapi bagi aku biarlah dia begitu asalkan jangan ganggu periuk nasi aku sudah.

"hai kat sini dia sembunyi? Bukan nak tolong bagi sokongan kat aku pun!"

Teguran seseorang membuatkan aktiviti menghafal point-point mengenai perang gerila menentang komunis di tanah melayu terbantut. Terus anak mata aku tertangkap pada seseorang yang berjalan tersengih-sengih mendekati aku. Dah kenapa datang sini? Terus aku hadiahkan senyuman sinis.

"dari aku menbazir tenaga dan suara sokong team kau, baik aku ngadap buku. Ada gak pedah."

Tergelak lelaki itu mendengar. Apa? Betul apa aku cakap tadi?

Kerusi di mana tempat Leya duduk dilabuhkan mengandap aku yang mula kembali mengadap nota sejarah. Malas aku nak layan. Bukan dapat apa pun! Tak ada hasil!

"rileklah kay! Baru bulan lima, belum masuk bulan sebelas lagi yang kau bukan main khusyuk study."

"macam aku cakap tadilah. Membazir masa aku layan kau. Bukan dapat hasil pun. Kau datang sini nie, captain kau tak mengamuk ke?" tanya aku lurus. Dari ekor mata aku melihat wajah bermandikan peluh dengan jersey biru line jingga sudah mula basah dengan peluh. Tak payah sebut kat mana memang mandi terus.

"breack lima belas minit. Letih siot melompat berlari nak cari point. Nasiblah kaki tak cramp. Harapkan captain pun bukan boleh jadi. Asyik termenung je."

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now