Okay gais! So inilah penentuannya. Make sure sediakan tisu. Perpisahan yang penuh kesedihan.
61
“maaflah luq. Aku tak boleh teman kau kat Airport. Kau fahamkan keadaan aku macam mana. Dengan Safiyya dan Surfian aku nak kena jaga.” Beritahu aku kepada Luqman dalam talian. Hari ini adalah hari terakhir Luqman berada di Malaysia memandangkan cuti semesternya telah tamat.
Pasti ramai yang menemaninya esok jadi buat apa aku pergi ke sana? Memikirkan Ian yang jarang sekali pulang ke rumah hati aku bertambah lega sedikit. Nak buat macam mana? Setiap kali dia pulang, akulah yang menjadi pemuas nafsu dia di ranjang. Sedar-sedar sahaja bayangannya hilang entah kemana. Kalau tidak dilayan, tubuh aku bakal menjadi mangsa libasan tali pinggangnya di belakang.
Melalui biasan cermin besar di dalam bilik Safiyya, aku tunjukkan belakang badanku yang beralas baju tali halus menampakkan kesan bilasan tali pinggang di belakang. Biarpun parut ini sudah seminggu menjadi teman namun bayangan tragedi itu menjadi mimpi ngeri setiap malam.
Keluarga, termasuk abang Iz aku kunci mulut dari mengadu kepada sesiapa termasuklah Han. Aku risau kalau diorang tahu, makin bertambahlah besar pergaduhan kami sehingga kami diheret ke muka pengadilan.
Cerai.
Akal ingin sahaja mahu melunturkan nafaz itu namun memikirkan anak arwah, hatiku bertambah hiba. Kalau aku bercerai dengannya, bagaimana pula dengan anaknya? Terjagakah makan dan minum mereka tanpa ibu di sisi? Adakah keluarga arwah sanggup menjaga biarpun arwah telah lama mencontengkan arang di muka?
Sumpah aku sudah mula jatuh cinta pada mereka. Ingin sahaja aku mahu membawa salah seorang dari mereka untuk aku jaga tapi mustahil kalau mereka bukan dari benihku sendiri.
Beginikah rasa seorang ibu bila bapanya mahu memisahkan anaknya dari aku? Sudahlah anak sendiri sudah lama tiada, ada anak tiri pun si bapa mentah-mentah tak akan terima cadangan aku apabila aku sudah bercerai.
Jadi jalan penyelesaiannya terkurung menyediri di sini dengan memerhati si comel Safiyya beradu di dalam baby cot. Sungguh cantik ciptaanMu. Sungguh! aku dah mula jatuh sayang pada Safiyya.
“ni mesti Razy tak bagi kan?” duga Luqman penuh curiga. Aku yang mendengar terus mengeluh. Aduh bukan itu maksud aku.
Tak terdetik pun aku nak meminta izin padanya untuk teman Luqman. Tapi kalau aku minta izin memang masin mulut Luqman.
“apa yang kau merepek ni, Luq? Kau tahulkan? Sejak Arwah Ara tak ada, aku kena jaga anak dia. Nak pula flight kau pukul enam pagi. Mestilah aku ada banyak kerja nak kena siapkan.” Selingdung aku tapi memang betul pagi esok aku tak ada peluang untuk temankan dia di Airport.
“semalam aku jumpa Razy dan memang betullah Razy buat kau macam banduan tentera jepun. Kau jangan nak kelentong akulah Kay.”
Luq jumpa Ian?!
“dia bagitahu kau ke?” tanya aku dalam gugup.
“Han yang bagitahu semua pasal kau. Pasal eriq, Ethan dan Tiara. Haish. Pandai kau simpan rahsiakan? Pandai sangat sampai makan diri dan sekarang?! Meringkuklah kau.”
Kemurungan aku sekejap. Hurmm padan muka aku.
Lama kami diam memghabiskan kredit telefon dia. Aku bersuara. “kalau kau tahu pun, kau nak buat apa?”
“aku tak sangka kawan baik aku sanggup buat kau macam ni hanya kerana kematian arwah Ara. He’s out his mind.” Yeah aku tahu tapi tolonglah jangan sebut benda depan aku.
“habis tu, kau cakap apa lagi dengan dia?” tanya aku malas.
“lepas aku brain wash dia, terus dia blah dan kitorang putus sahabat.”
“hanya sebab aku korang boleh putus kawan?” ni memang gila.
Dengar hembusan nafas, dia bersuara. “aku lebih sayangkan kau sebagai sehabat dari aku tengok kelakuan gila Razy perlakukan kau begitu. Jadi aku nak tanya kau. Dia ada dera kau?” tanya Luqman seakan mendesak aku untuk berkata jujur.
Perlukah aku berkata jujur? Adakah ia membuka aib suami sendiri? Lama aku diam sekali lagi dia mencelah. “kau tak payah sorok dari akulah, Kayla! Kalau dah Razy cakap dia kurung kau tak mustahil dia akan aniaya kau. Betulkan cakap aku?”
Tangan kiri serta-merta aku genggam kemas di pagar baby cot. Muka panas membahang membayangi kejadian Ian memukul aku dan memperkosa aku secara paksa. Bibir ku ketap menahan tangis. Wajarkah aku membuka aib suamiku?
“kayla. Aku dah faham sekarang. Kau tak payahlah ceritakan pada aku. Cukup aku dengar tangisan kau pun aku dah boleh agak. Macam inilah. Aku nak tanya kau. Lepas pada Razy buat kau, dia ada balik rumah?”
Spontan aku menggelengkan kepala. “jarang sangat dia balik. Kadang-kadang tu dia balik hanya paksa aku untuk jadi pemuas nafsu dia. Minggu ni dah tiga hari dia tak balik. Aku tak tahu dia kat mana. Aku takut nak mesej, call dia.” Luahku lirih bersama tubuh terhenjut.
“macam ni lah, aku akan call Leya suruh dia kendalikan kes kau.” Arahnya dan sekali lagi aku terkejut dengan cadangan dia. Call Leya? Buat apa Call dia?
“Ke-kenapa nak kena call Le-ya? K-kau cakap apa ni, Luq?” desak aku dalam ketakutan.
“kejap lagi aku akan jemput kau ke mahkamah Syariah untuk jumpa Leya. Aku nak kau tuntut cerai fasakh.”
Serta-merta tubuh aku berdiri tidak senang. Gila ke apa aku nak pergi mahkamah syariah? Aku oklah! “kau gila ke apa, Luqman? Aku tak nak cerai. Aku sanggup menderita begini. Mungkin ini adalah neraka dunia selepas apa yang aku dah buat belakang dia. Tolong jangan paksa aku, Luqman!” bantah aku kasar. Sensitif betullah aku dengar perkataan cerai ni!
“habis tu kau tak nak bahagia? Kay, tolonglah ramai member kita nak tengok kau ceria macam dulu. Jangan disebabkan masalah lalu, tubuh kau yang jadi mangsa. Dah! Aku tak kira. Petang ni aku jemput kau depan rumah kau. Razy nak marah ke apa biar aku yang handle.” Putusnya seraya talian kami terputus.
Telefon di tangan aku letak kasar di atas meja. Rambut aku kusutkan sekusut fikiran aku. Jiwa aku kacau Serta-merta. Bagaimana kalau Ian tahu akan keputusan gila ini? Tok ma, Raina tak sanggup langgar wasiat kita. Raina tak nak tengok wajah sayu tok ma. Dan Raina tak nak pisahkan anak Raina dari Ian.
Sesaat jam dinding di bilik Safiyya kupandang. Sudah pukul dua belas setengah. Ini bermakna waktu tamat persekolahan Surfian.
Ah! dari aku fikir pasal keputusan gila Luqman, lebih baik aku pergi bersiap untuk ke sekolah untuk menjemput Surfian pulang. Harapkan Ian memang dia tak akan jemput.
Setelah selesai aku bersiap, giliran Safiyya pula aku siapkannya ala kadar memandangkan kami kesuntutkan masa. Selesai aku mengunci pintu, butang kunci pada kereta Suzuki Swift aku tekan dan pintu belakangnay aku buka bagi meletakkan Safiyya di baby seat. Selesai bahagian itu, kini aku pula yang memasuki kereta. Setelah pintu pagar automatik terbuka dengan nafas bismillah gear revese aku masuk tapi belum sempat kereta aku mahu keluar dari pintu pagar, ada sebuah kereta dengan tiba-tiba membrek keretanya dan menghalang dari kereta aku keluar. Haish! Orang nak cepat, kau pulak main block jalan aku apa hal!
Pintu kereta aku buka kasar dan belum sempat aku berpaling untuk menghamburkan marah aku serta merta hilang. Wajah yang memerah menjadi pucat lesi takala memandang seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari kereta Wira hitam bersama sepucuk Smith & Wesson 500 Magnum revolver di tangan.
“K-kau buat apa kat sini?” tanya aku dalam ketakutan takala revolver itu ditiliknya penuh khusyuk. Bodoh boleh pulak aku tanya macam tu? Tengok dia berkeadaan kusut masai begitu sudah pasti akulah sasaranya.
“you’re so sly. Liat betul kau ni. Apa yang aku rancang, semua kau berjaya lepas. Dari aku jadikan kan mangsa rogol sebelas tahun lepas sampailah kau terlepas dari tangkapan Chaw. Ilmu apa yang kau pakai ni? Boleh kau bagitahu?” sindir Eriq dan pada ketika itu kakinya melangkah ke arahku terus berhenti tepat pada muka aku. Bergelen-gelen air liur aku telan nanum rasa takut aku masih tidak hilang. Nak hiang macam mana kalau muncung revolver itu dengan beraninya dialurkan ke muka. Mahu bersepai muka kalau kena.
“boleh tak kau hentikan permainan kau? Cukuplah dengan apa yang dah kau buat pada aku. Pengikut setia kau pun dah lama masuk penjara. Baik kau menyerah, Eriq. Dendam kau tak akan bawa kemana kalau kau lambat laun akan tertangkap juga.” Rayu aku agar pengan cara ini dia dapat berpatah balik. Tapi makin aku merayu, makin kuat dia gelakkan aku seakan rayuan aku hanya nyanyian di telingaya.
“aku tak kisah kalau aku tertangkap tapi aku nak kau mampus di tangan aku dulu.” Seraya muncung revolver ditekan tepat di dahi yang berpenuh resah. Entah bagai cara untuk aku larikan diri. Selangkah kaki aku, maka sebutir peluru bakal tertanam di dalam kepala.
Ya Allah. Ian... Tolong Raina Ian. Raina tak nak mati di tangan lelaki ini. Raina tak sanggup.
“Eriq!”
Laung seseorang di pintu pagar rumah membuatkan Eriq melarikan anak matanya ke arah seseorang. Jadi dalam dia hilang perhatiannya terhadap aku, terpancullah otak gila aku untuk menerkup Eriq dari belakangnya.
Kedua tangan aku memeluk kemas tubuh belakanya serta merta tersekat tubuhnya dari bergerak. Aku perasan bukan seorang sahaja yang datang ke sini malah empat orang lelaki memerhati aksi gila aku bergeluk. Namun tidak lama aku bergeluk dengannya pinggang aky di siku kasar membuatkan pelukkan aku terlepas dan sesaat selepas itu...
Bang!
Kedebuk! tubuh aku jatuh terlentang takala menerima tembakkan. Dada kiri aku sentuh panas kawasan itu bersama cecair hangat meledak keluar dari tubuh. Bergetar-getar tangan aku melihat cecair merah melekat badan di tapak tangan dan tersentak aku terbatuk mengeluarkan lebihan darah.
Bang! Bang!
Dari samar-samar mata biarpun memakai cermin mata, aku lihat dua orang lelaki bergelut membalas tembakan dari suspek. Manakala dua orang lagi berlari mendapatkan aku yang sudah nyawa-nyawa ikan.
“Raina. Apa yang dah Raina buat ni?” lirih suara lelaki yang sangat aku rindu selama ini. Kepalaku dipangkunya erat bersama pelukkan. Kesan tembakan pada tubuh aku di ketap apabila seorang lelaki laju menghulurkan jaketnya agar menghentikan pendarahan. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya aku rasa bila dibuat begitu.
“Raz, better kau bawak Kayla ke hospital cepat. Muka dia dah pucat sangat tu.” Arah Han yang dari tadi hanya memerhati dalam kerisauan.
Dengan pantas, Ian mencempung aku dan segera mendapatkan kereta yang terpakir di luar kawasan rumah manakala Han pula mendapatkan Safiyya yang sedang menangis di dalam kereta akibat terkejut. Sambil dia memasukkan aku bersama dia di dalam kereta, segera dia meminta Han untuk bergegas ke Hospital yang berdekatan.
“Raina. Maafkan Ian, sayang. Ian bodoh ikutkan perasaan sendiri sampaikan isteri Ian tanggung derita. Ian dah tahu semunya dari abang Iz. Pasal arwah Ara besubahat dengan Eriq. Ian minta maaf sangat. Tolong jangan tinggalkan Ian dan anak kita.” Raungnya bagaikan laki mati bini tepat ke muka aku yang tak berapa nak jelas percakapannya. Mana nak jelas kalau dah meraung sambil menangis?
“Raz! Dari kau merintih macam tu, lebih baik bagi dia semangat. Kau kan doktor patutnya kau lebih bijak tangani masalah macam ini.” Nasihat Han dari tempat duduk pemandu namun matanya tetap fokus pada pemanduan. Cepat pemanduan.
“sayang kena kuat. Jangan tutup mata. Sentiasa bercakap dengan Ian. Ian sentiasa ada di sini. Di samping Sayang.” Bersungguh-sungguh dia memberikan kata semangat untuk aku terus berjaga. Namun aku tidak dapat menahan takala batukku kian menjadi-jadi dan makin banyak darah yang keluar. Itulah kali terakhir aku menatap mukanya sebelum kelopak mata aku tidak mampu terbuka.
•~•
Ini since dimana Raina bermimpi yer. Risau ada yang pening.
Tersedar dari lena, aku bangun secara mengejut. Mata melihat sekeliling tempat yang langsung aku tak tahu di mana. Lantainya berpasir, langitnya biru macam berada di padang pasir.
Tubuh aku kembali bangun dan baru kaki nak kukuh berdiri, terasa ada cecair merah membasahi baju putih bahagian dada. Apa dah jadi pada aku?
“tolong!” laungku takala rasa sakit di dada kian menggila. Kedua tangan aku tekup menaha perit. Namun seorang manusia pun tidak kulihat.
“Tolong!” laungku sekuat hati tapi nada kian berubah lemah. Tubuh tak berdaya untuk aku bangun lalu jatuh terjelepok di atas pasir. Habis sisa pasir melekat dibaju yang sudah berubah warna.
Merangkak aku dengan dua belah lengan aku kuatkan untuk gerakkan tubuh. Sambil itu mulut tanpa henti berdoa agar ada keajaiban datang membantuku.
Mata kian berbalam tanpa cermin mata aku perhatikan tapi tak lama bila perasan ada bayang-bayang seseorang menghalang laluan aku. Berkerut kening memerhati milik siapa bayang-bayang dari pancaran matahari terik takala bayangan itu merhulurkan tangan seakan membantuku untuk berdiri. Tidak kata apa, aku hanya menurut dengan menyambut huluran tangan itu.
Setelah stabil kedudukanku, Spontan mata aku terbuntang meihat seorang lelaki berjubah putih yang paling aku kenal. Bergetar tanganku angkat ingin menyentuhnya. Ohh... Rindunya akan belaian kasihnya.
Ian.
“assalamualaikum, zaujah.” Lembut dan merdu suaranya menegur aku. Sumpah aku tak tahu nak balas apa jadi yang ada dalam fikiranku adalah “Waalaikumussalam.”
Ditunduk sedikit kepalanya memandang aku penuh minat dan kasih dan paling buat aku sebak bila adanya mutiara jernih keluar dari tubir matanya. Dia menangis?
“maafkan Ian. Sepanjang sembilan tahun perkahwinan kita, tidak ada penghujung kebahagiaan antara kita. Kini, Ian lepaskan Raina dari sangkar Ian. Selepas ini dan selamanya, Raina akan bebas.” Ucapnya penuh ketenangan langsung tidak mengguris hati tapi aku sebaliknya takala aku meraung enggan dia berbuat begitu.
“Ian pleases! Don’t leave me. Raina tak nak lepaskan Ian. Raina masih cintakan Ian.” Rintihku bagaikan histeria.
“cinta. Jangan sesekali Raina dahulukan cinta manusia dari cinta hakiki. Maaf. Ian tak boleh bercinta dengan Raina.”
“because of her, Its it? Ian, arwah Ara dah tak ada bukan bermakna Ian tak boleh jatuh cinta pada Raina. I still your wife.” Pujuk aku tanpa ada rasa berputus asa. Menangis bagaikan tidak mahu reda. Aku tak kisah asalkan aku tidak berpisah dengannya.
“lelaki dayus seperti ini Raina nak jadikan suami? For me it enough. Ian tak nak hidup Raina kembali menderita. Sebaliknya biar Ian yang berundur diri tapi sebelum itu, Ian nak berikan sesuatu untuk Raina.” Seraya kedua tangannya melekat di dada kiri seakan mengambil sesuatu dari tubuhnya. Keluar sahaja sesuatu itu dari tubuhnya, sesuatu yang bercahaya seakan glob bercahaya putih terang di atas tapak tangannya. Aku tak tahu apa yang Ian nak berikan pada aku tapi tidak tergerak pulak bibir mahu berbicara.
“jagalah ini seperti nyawa Raina sendiri. Setiap detik yang berdegup, itulah kata-kata zikrullah yang selalu Ian alunkan. Selamat tinggal Jaudahku, akan Ian kenangkan sampai bila-bila.”
Dan zup! Glob bercahaya dari kedua tangan Ian menerkap tepat ke dada kiriku seakan menekan sesuatu itu menebusi kedalam badan.
Pada ketika itulah aku tersedar bila cahaya dari sekeliling menerangi suasana.
“Ian?”
“Raina! Anak mama dah sedar.” Entah suara dari siapa tiba-tiba diterkamnya aku kejap.
“ma?” tanya aku mahu kepastian bila mata rabunku dapat mengesan siapa yang berani memelukku.
Selain mama, pandangan aku mula bergerak memandang sekeliling. Asing gila aku rasa sebab bukan mama seorang yang ada malah papa, abang Iz sekeluarga, kak Isha sekeluarga, Han, Ethan, Tyara dan separuh dari sahabat lamaku yang berkerumung memenuhi bilik. Bercakap pasal bilik...
“Raina kat mana ni?” tanya aku seraya tangan aku cuba bergerak untuk bangun. Mama yang perasan terus menghulurkan bantuan.
Setelah terasa selesa, mama kembali bersuara. “Adik ada di Hospital. Adik tak payah risau eh. Adik selamat di sini.”
“Ian mana?” tanya aku lurus takala pandangan mata rabunku tidak berjaya mengesan suamiku di dalam bilik wad. Tak kanlah aku terlantar sakit begini, Ian tak nak jenguk aku?
“adik nak tahu sesuatu tak?” terus soalan aku dengan mudah ditukar mama. Aku tahu kenapa? Ini mesti mama halau Ian dari jenguk aku ke sini kan? Tapi kenapa aku perhatikan tetamu yang datang menunjukkan muka sedih?
“apa dia ma?” tanya aku acuh tak acuh.
“adik bakal jadi ibu tak lama lagi. Tahiah sayang.”
Jadi ibu?
Muka blur aku berjaya papa kesan dan dia menjelaskan apa yang mama sampaikan tadi. “adik bakal dapat anak.”
Anak? Ibu? Aku mengandung... Anak Ian??
“be-berapa bulan?” tanya aku teruja degan tangan kanan aku mengusap perut kempisku. Akhirnya sepanjang sembilan tahun aku kahwin, aku bakal jadi ibu. Aku punya zuriat sendiri bersama Ian!
Ian mesti suka.
“sudah dua minggu lebih.” Beritahu papa membuatkan aku melonjak gembira. Ini mesti Ian berada di luar.
“mama tolong call Ian. Raina nak bagitahu good news dekat dia. Mesti Ian happy kan kalau dapat tahu adik mengandung? Ya Allah. Akhirnya doa Raina termakbur.” Suruh aku teruja namun arahanku langsung mama tak peduli malah wajah sunggul yang ditayang. Dah kenapa menangis beria ni? Bukannya aku suruh menangis.
“ma cepatlah call. Kalau tak nak call bagi phone pada adik. Biar adik yang call.” Namun seperti tadi mama menunjukkan kesedihan di hadapan aku seraya kepala digelengkan. Apa maksud isyarat itu.
“ma...”
“Ian dah tak ada nak.” Beritahu mama lirih penuh sebak.
“mama cakap dekat sini memanglah Ian tak ada. Cuba mama call.” Pinta aku tanpa mengalah.
“Ian dah meninggal dunia, adik.”
“abang Iz bergurau kan? Ok! Raina tahu abang Iz marah dekat dia tapi tolonglah jangan reka cerita.” Ujar aku bersungguh-sungguh. Namun dengar jawapan Zarina membuatkan aku kaku tiba-tiba. Tak mungkin!
“betul Kay. Razy dah meninggal dunia lima hari lepas setelah dia dermakan jantung dia pada kau.”
Jadi betullah dalam mimpi itu bukan ilusi semata? Ian dah lepaskan aku bermakna dia dah tak ada dalam dunia ini?
“keadaan kau masa tu sangat lemah. Banyak pendarahan, jatung kau hanya mampu bertahan dalam masa yang singkat. Doktor tak boleh nak berbuat apa melainkan dengan cara Menerima organ dari penderma. Kami baru tahu yang Ian mengalami radang paru-paru. Jadi sebelum dia meninggal, dia ada buat pemohonan untuk menderma sebahagian organnya pada kau.”
Radang paru-paru? Kenapa baru sekarang aku tahu? Mungkin angkara tekanan menyebabkan dia ketagihan merokok sehinggakan boleh mendatangkan penyakit.
Perlahan-lahan tanganku semat tepat di dada kiri dan kelopak mataku tutup seolah mengingati aka kata-kata Ian.
Jantung ini akan aku jaga sebagai mana yang kau minta, Ian. Terima kasih atas segalanya. Kini aku sudah bebas dari kurungannya. Sepanjang hidupku, inilah anugerah dendam yang terindah.
Update: 11/01/20Snggup tau ngadap bnde alah nie demi reader walaupun demam.
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...