25

1.7K 53 0
                                    

25

Berdebar. Itulah yang aku rasa. Gila tak berdebar sejak enam bulan lebih aku tinggalkan sekolah ini. Kini sekali lagi mencermarkan kaki untuk berpijak di kawasan sekolah.

Sekolah menengah j(c) May Hwa.

Setahu aku, tak adalah pulak musuh aku di sini tapi nak kata crush tu ramailah. Antaranya Lee Han suk. Macam nama korea pulak dan musuh dalam kain tak lain tak bukan Tyara Mahirah.

Sebab tu aku tak nak jejak kat sini. Tapi disebabkan tugas aku sebagai pemain bola jaring, aku kena juga lalui. Nak tak nak kenalah hadap orang-orang yang pernah masuk dalam kisah silam aku.

Seperti yang korang tahu, SMJC May Hwa menjadi tuan rumah untuk perlawanan netball. Bukan kali pertama jadi tuan rumah. Setiap tahun sinilah tempatnya. Dulu pun aku juga yang dilantik captain netball.

Dari kes kaki aku disengat lebah, aku telahpun ikut apa yang Luqman ajar. Urut kaki sikit-sikit. Memang mula-mula agak menggelupur sakit bila Leya urutkan. Tapi makin lama makin surut bengkak biarpun sakit masih terasa. Tak apalah. Asalkan boleh berlari macam kanak-kanak ribena. Kasut pun dah boleh pakai.

Team netball dari sekolah aku untuk datang ke sikit dengan tiga buah kereta bersama dengan coach Liza dan guru pengiring berkonvoi bersama.

Memandangkan sekolah ini tiada padang, actually sekolah dalam bandar memang kalau nak buat padang rasanya baik tak payah. Jadi perlawanan netball ditempatkan di dewan bola keranjang. Agak besar dewannya. Lagipun gelanggang netball tak jauh beza pun dengan basketball. Hanya perlu ubah gol sahaja.

Masuk sahaja ke dalam dewan, aku sangkakan riuh mengalahkan pasar karak tiba-tiba krik-krik. Macamlah aku tak tahu sebabnya. Yelah captain netball sekolah May Hwa sudah beralih arah ke sekolah Darul Wismat.

Sape tak terkejut?

"eh Kay! Hǎojiǔ bùjiàn. Nǐ hǎo ma?" (long time no see. How are you?)

Tersentak aku bila ada orang yang menegur aku mula datang menghampiri aku. Memandangkan aku masuk sini satu time, jadi tak hairanlah kenapa team netball aku pandang macam tak pernah tengok aku. Biarpun sesetengah orang dah tahu pasal sekolah lama aku.

Berhenti sahaja di depan aku, dipeluk mesra tubuh aku. Lagilah diorang terkejut bila seseorang yang peluk aku tu bukan sama jantina.

Lelaki bai. Apa perasaan korang? Terkejutkan?

Tak lama lepas tu, aku leraikan pelukan darinya. Bukan main tersengih-sengih depan aku sekarang. Dan aku mengaku betapa rindu aku pada sahabat aku nie. Senyum aku hadiahkan membalas.

"Wǒ xiàng wǎngcháng yīyàng hǎo. Nǐ ne?" (I good as usual. How about you?)

"Nǐ yě yīyàng. Tiān nǎ! Nǐ zhème kàn......" (same to you. Gosh! You look soo..) komennya meleret bila aku perasan matanya tak henti-henti turun naik perhatikan aku. Aku tahu apa jawapan yang dia nak cakap. Aku mewakilinya untu menyambung ayatnya yang tergantung.

"Shénme? Nǐ de yìsi shì wǒ yǔ zhòng bùtóng?" (what? You mean I'm different?)

Terangguk-angguk dia memaksudkan apa yang aku katakan tadi. Aku pulak yang terhibur.

Tak lama lepas tu, bahu kanan terasa dicuit seseorang membuatkan aku kalih ke belakang. Hampir lupa pulak team aku kat sebelah. Terus aku pamit Tarnuja yang dari tadi jadi penonton.

"Chua, let me introduce myself to my netball player. Tarnuja and behind me all was a netball team." orang belakang yang perasan dengan perubahan bahasa terus memandang ke arah kami.

Untuk pengetahuan semua, Chua nie memang ada masalah pertuturan bahasa melayu. Jadi untuk mengelakkan dari tak faham, aku translate english. Lagipun semua boleh fahamkan aku specking english. Kalau ada yang tak faham tu, google translate kan ada.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now