40

2.5K 50 1
                                    

40

Sunyi. Itulah yang dapat digambarkan biarpun suasana di sekitar Secret Recipe riuh dengan pengujung yang tidak kira peringkat umur.

Dipandang hidangan yang terhidang setelah lima minit tidak disentuh. Lagipun tujaan dia datang ke sini bukan mahu bermesra seperti dulu. Dia datang kesini pun hanya mengikut ajakkan lelaki yang jelas kelihatan keruh mengadapnya.

Biarpun tampak kemas dengan persalinan koporat itu namun tiada seri. Seakan aura lelaki itu hilang serta merta. Dia tahu sebab mengapa lelaki ini berwajah muram durja.

Dibawah meja jari jemari saling meramas menghilangkan rasa gugup di hati. Bukan kali pertama dia rasa bergini, tapi disebabkan sudah hampir setengah tahun tidak berhadapan dengan lelaki ini menyebabkan dia tak senang duduk.

Sudah penatkah dia berlari meninggalkan lelaki hanya kerana hinaan dari orang tua itu tidak menerimanya sebagai pasangan hidup lelaki di depannya hanya sebab dia berlainan agama?

Dia tahu risiko bercinta dengan orang yang berlainan agama. Sudah berbuih mulut dia mengingatkan itu. Malah ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Dan akibatnya, inilah jadinya. Masing-masing sakit kerana agama.

Jadi sebab apa lelaki ini bersungguh sungguh mengajaknya berjumpa kembali? Nak tegakkan benang yang basah?

Masih jelas dalam ingatan bila lalaki itu menjemputnya untuk berjumpa dengan keluarga lelaki itu. Biarpun akal berkata tidak, namun hati memujuk untuk ikut sahaja rentaknya. Sampai sahaja di perumahan elit di Bangi, hatinya gugup tidak bersedia mahu bersemuka denga orang tua itu.

Sungguh hatinya masih sakit dengan kata-kata cacian dari ibu lelaki itu. Bukan main pedas mengata dia dan beritahu tujuannya untuk menjadi pasangan lelaki untuk hanya kerana harta keluarga itu.

Sungguh dia langsung tidak terniat mahukan harta. Lagipun sepuluh tahun dia mengelali lelaki ini, dia langsung tak menyebuk harta orang. Buat apa nak harta orang sedangkan harta sendiri pun tiga keturunan tak habis makan? Tak relevan langsung anggapan perempuan itu.

Tapi bila ibu lelaki itu menyarakan hasrat untuk satukan seseorang pada anak tunggal  mereka. Seorang wanita yang juga ada hubung kait dengan orang yang telah selamatkan mereka sekeluarga dari muflis. Makin sakit hatinya mendengar tapi sudah itu perancangan keluarga, dia tidak boleh menghalang.

Tapi sekarang kenapa lelaki ini datang kembali? Bukan lelaki ini sudah bertunang dengan bakal menantu pilihan ibunya?

“first I want to apologize for what happened six months ago.  I swear, I really didn't know my mom could do this.” Lirih suara itu meminta maaf atas kesalahan yang bukan salah lelaki itu.

Dia faham akan tindakan ibu lelaki itu lakukan tanpa berbincang terlebih dahulu. Kalau ibu lelaki itu buka mulut untuk menyatukan dengan pilihan keluarga, mustahil lelaki itu boleh mengamuk. Tapi lagi tidak masuk akal kalau lelaki itu berbuat begitu sebab lelaki itu risau akan jawatan yang disandang sekarang.

Orang cakap jadi orang kaya nie best tapi kalau dah kena paksa kawin dan mengaal anak untuk kepuasan ibubapa sendiri, bolehkah perkataan best tu diguna pakai?

Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang. Sekurangnya dengan harta yang berlogok ini tidak menjaminkan kita ke syurga Firdausi. Allah hu’alam.

Perlahan-lahan nafasnya diatur tenang menhilangkan gusar gelisah di hati. Jari jemari yang meramas terhenti pergerakan. Muka yang tunduk diberanikan hati untuk menentang pandangan layu itu. Sekali lagi hatinya berderai. Dengan wajah dikawal tenang dan segaris senyuman nipis dihadiahkan sebelum dia bersuara. Bergetar nadanya namun dicuba untuk kawal.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now