60
Kelengkapan kerja si suami diletakkan elok di atas katil king setelah siap dilendikkan fabriknya agar tidak berkedut. Tali leher hasil pilihanku letak di atas kemeja merah gelap. Seluarnya juga aku rapikan lalu disusun rapi mengikut kehendaknya.
Dalam aku menyusun segala kelengkapan, mata tertumpu pada bingkai gambar yang telah tersusun kemas di atas meja sisi biliknya. Perlahan-lahan kakiku langkah menghampiri. Oh lupa nak beritahu. Sudah dua bulan aku telah berjaya menyusuaikan diri dalam keluarga ini akhirnya hubungan aku dan Sufian makin rapat Cuma bapanya sahaja yang masih anggap aku seperti orang asing di rumahnya. Kakiku juga baru minggu lepas sudah boleh sentuh lantai. Bayangkan doktor yang merawat aku pun terkejut melihat perubahan aku. Mungkin angkara aku sebagai suri rumah sepenuh masa membuatkan aku kuat berlatih berjalan sambil mengemas rumah. Alhamdulillah.
Walaupun aku sudah mempunyai kaki tidak bermakna Ian boleh terima aku kembali. Ok yang tu memang tak boleh nak ubah. Tak apa aku faham.
Punggung aku labuh di birai katil lalu tangan kanan aku beranikan untuk mengambil bingkai gambar saiz 3R. Gambar dimana suasana majlis persandingan Ian dan arwah maduku, Ara.
Dari dulu aku impikan untuk ada majlis persandingan seperti mana yang ada di dalam foto. Dulu, macam-macam rancangan aku mahu adakan majlis di hotel berkedudukan kawasam teluk pantai. Teringin sangat. Betapa bertuahnya kau Ara. Biarpun hanya korang kena tangkap khalwat tapi Ian layan kau baik sangat. Aku yang bodoh selama ini ikutkan kerenah Ian agar aku tidak heretnya ke muka pengadilan untuk tuntut cerai. Bila dah jadi macam ni, memang aku dah tempah menjadi golongan isteri nusyuz.
Sentap hati aku bila teringat akan artikel melalui laman web.
Wanita yang malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah beenikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.
Adakah aku merupakan perempuan yang tergolong dalam perempuan yang malang itu? Tapi dulu bukan aku yang jadikan Ian sebagai suamiku tapi arwah tok ma.
Bukan aku nak salahkan arwah tok ma seratus peratus. Aku pun tak tahu lepas kahwin dengan Ian hidup aku berubah begini tapi memang terbuktilah tak semestinya kahwin dengan orang yang aku tak kenal dapat hadirkan rasa cinta kalau Allah sendiri tidak merestui penyatuan kami.
Aku kena ingat. Jodoh di tangan Allah. Rancanglah macam mana sekalipun, pisahkan lah diorang dengan apapun kalau dia bukan milik aku jangan harap aku akan bahagia. Tapi kena sedar satu benda, dalam menempuh hidup yang penuh berliku, Allah akan berikan kebahagiaan yang aku akan tunggu di penghujungnya. Harap macam ini je. Walau apapun yang berlaku, aku ada Allah. HakNya yang menentukan siapa jodoh aku. Bukan aku sendiri.
“Raina.”
Pranggg!
Mati aku.
“ya Allah! Apa kau dah buat ni!”
Korang tahukan bunyi tu. Gila tak kecut tengah aku bermonolog sorang-sorang sedang perhati gambar kahwin Ian bersama Ara boleh pula tangan terlucut dan bersepai pecah cermin memisahkan bingkai dan foto.
Paling aku cuak bila perasan Ian yang baru keluar dari bilik mandi bertuala bagai mencerlung mata memanah aku pada ketika ini tengah terbongkok-bongkok mengemas cerpisan kaca. Luka di jari langsung aku tak rasa.
Dulu jari luka kena pisau ke apa Ian segera meraih dan segera membersihkan luka tapi yang paling aku sentap bila tengah aku kelam-kabut mengemas cerpisan cermin dan bingkai sambil bergetar bibir meminta maaf, tersentak mata aku campur terkejut bila tangan Ian meraih foto perkahwinannya dengan Ara laju. Bukan nak raih tangan yang dah bermandikan darah. Sekali lagi hati aku rabak.
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...