Bab 04
Dari pukul tiga petang aku sudah tercegat di bangku batu berhampiran dengan pondok pengawal. Cukuplah dua minggu aku berada di sini walau hakikat aku tak suka. Nasiblah si Leya ada buat peneman. Leya pukul dua setengah petang lagi dah balik ke rumah. Maka tinggallah aku dengan budak junior menjadi penunggu tak berbayar. Heish dahlah panas! Mana pulak abang Iz tak sampai-sampai lagi nie?
"Assalamualaikum, sorang ke?"
Bulu roma yang sedang lena serta merta menjanak naik mendengar suara garau dari belakang aku. Berderau siot. Namun aku kakukan kedudukan aku. Mungkin dia tegur orang lain kot. Ujar aku sedapkan hati yang kini sudah sedia resah.
"Haihh. Mentang-mentanglah pindah dari sekolah cina. Terus bisu. Sorrylah saya tak pandai cakap cina. Kalau english tu sikit bolehlah. Ingat duk kelas atas nie terus pandai cakap english?"
Terasa terpukul dengan kata-kata sindiran lagi pedas kalah cili terpedas didunia membuatkan aku berbahang tahan marah. Bukan aku tahu yang dia sedang bercakap pasal aku.
"waalaikumussalam. sorry? it's mandarin. Not Chinese. Chinese words are not in the language. it is more of a person or a nation.like melayu. is there a foreign tourist calling Malays when it comes to malaysia? the correct people of malaysia. please understand." jelas aku panjang lebar. Kalau dengar orang cina, confirm mengamuk.
Terangguk-angguk orang sebelah dengan penjelasan dari aku. Entah faham ke tak aku pon tak tahu.
"kurang fahamlah awak sebab awak cakap english. Boleh translate bahasa melayu?"
Eh-eh bukan cakap pandai sikit-sikit ke? Malas aku nak layan, aku mula sibukkan diri dengan membaca novel komsas. Aku pun tak tahu sejak bila aku suka baca buku sekolah nie. Selalunya komik Ujang, Apo dan Lawak Kampus je aku layan. Mungkin aku duduk asrama menjadikan aku jarang keluar dari asrama. Nie kalau ada kaki mengajak, aku orang pertama sponsor.
"Eh, Zyzy. Awak balik hari ini? Ingat awak tak balik."
Deria pendengaran aku mula terpasang takala mendengar suara lemah lagi gemersik di sebelah lelaki itu. Bila aku kalih memandang. Hampir tersembur air liur aku bila tengok Ara sedang lentok di tepi Razyian. What? W... What that girl call him? Ohh my Allah! I'ts killing me! Macam tak ada nama lain ke nak panggil. Zyzy? Zizi ezette? Zizi kirana? Tapi ini lelaki. Ayooo!
"Zara tolonglah. Hormat saya sebagai ketua pengawas. Saya tak suka orang panggil saya macam tu." tak selesa dah aku tengok lelaki itu. Macamlah aku dengan geng junior tak dengar apa yang Ara panggil Razyian. Aku je yang tahan gelak walhal dah bersembur air liur dengar.
Ara apa lagi buat muka toyalah tak puas hati. Aku ingat sado-sado nie hati kental. Tapi hati manja juga. Adehhh. Bilalah abang Iz nak sampai nie. Aku nak puas gelak dalm kereta nie.
"Alaaa awak tahu tak? Bila awak dah keluar dari kawasan asrama bermakna jawatan awak tu dah tak boleh pakai."
Aku dengar keluhan dari Razyian. Hah layan layan. Biar aku jadi tuan derektor. Skrip buat sendiri. Sebab aku tahu Razyian dan Ara boleh pergi jauh. Perghhh dah macam tuan derektor Ahmad Nisbun. Hahaha
"Tapi masalahnya saya masih dalam kawasan asrama. So, jawatan saya tu boleh diguna pakai kan?"
"Peduli apa saya? Kalau boleh hanya saya yang berhak memanggil awak nama Zyzy. Ke awak nak saya panggil Fifi? Auwww. It's so cute!"
"I'ts up to you!"
Alololo marah letew.
Makin galak pulak Ara tergedik-gedik macam manusia tak ada tulang belakang. Ya Allah nie kalau ustaz tengok boleh buka tazkirah kat sini jugak.
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...