08
Langkah saja kakiku memasuki kawasan sekolah, telinga dan mata aku mula memerhati dari ekor mata. Dengan bisikan dan pandangan jelek yang diberikan sudah aku tahu apa yang menjadi gosip hangat di sekolah.
Ketua pengawas lempang budak baru demi membela buah hati pengarang jantung semasa tamat sekolah. Siapa lagi kalau pengarang jantung kalau bukan Ara!
Masuk sahaja dalam kelas, beg sandang aku lempar ke atas meja dan tubuh aku hempas duduk di kerusi. Kelakuanku membuatkan Leya terkejut di sebelah aku endahkan. Sudahlah aku tengah serabut sekarang. Nasiblah hari ini adalah hari merentas desa tahunan sekolah. Segala gajet dan kamera diberi kelonggaran untuk bawa ke kawasan sekolah. IPhone yang tersemat di dalam poket aku tarik dan mula membuka media sosial.
"Kay, awak ok tak nie?" tegur Leya di sebelah namun pandangan aku tak berganjak dari skrin membuatkan dia mengeluh.
"Kay. Sorry eh. Kalau sebab walik datang lewat sikit hari jumaat tu, saya boleh teman awak lama sikit. Tak tahu pulak Leya sampai Razy angkat tangan tampar awak." luhur suara Leya dengan penuh kesal.
Perhatian aku tadi mula beralih pada Leya disebelah. Bukan salah dia pun sampai aku kena lempang. Aku yang pergi cari penyakit. Segaris senyuman aku pamer. Aku tak nak disebabkan salah aku, Leya yang dipersalahkan.
Cermin mata yang tersarung kemas aku tanggalkan. Bukannya teruk sangat rabun mata aku tapi setakat jarak aku dengan Leya disebelah aku dapat melihat rauk muka serba salahnya.
Asal aku tiba-tiba rasa gugup pulak nie?
"kau tak payahlah nak salahkan diri kau tu. Bukan salah kau. Salah aku cari penyakit. Kenapa diorang ada kacau kau ke masa aku sampai sini?" soal aku perihatin namun jelas aku dapat perhatikan wajah Leya merona merah. Aku ada buat apa-apa ke tadi?
"err.."
Baru Leya nak buka suara, kedengaran pintu kelas dihempas kuat sehinggakan berdentum bunyi satu kelas. Perhatian kami muka terganggu dan dapat rasa ada yang akan masuk hospital lepas ini bila melihat lima orang perempuan yang berpakaian sukan dan berseluar trek ketat sama sepertiku.
Dah alang-alang dia datang, senyuman sinis aku ukir lalu aku bangkit dari duduk. Leya yang mermehati aku terus memegang lengan aku seolah menahan aku dari bertembung dengan diorang yang aku benci. Terutama sekali dengan boss dia yang mula bermain dengan anak rambut hitam likat tu. Sudah lama aku nak buat perhitungan dengannya. Baguslah, tak payah aku nak serang dekat kelas perempuan tu. Seraya dengan pandangan aku seolah tak makan setahun kearah perempuan gedik didepan aku, aku mengarah Leya.
"lepaskan aku Leya. Sebab dialah maruah aku tercalar. Lagipun orang cakap, tak elok kita lari dari masalah. Jadi demi keselamatan kau, baik kau pergi. Aku tak jamin aku boleh lindungi kau sekarang." Arah aku namun pegangan lengan aku tetap tak dilepaskan.
"Kay, bukan macam ini cara nak selesaikan masalah. Nie namanya makan diri. Tolonglah dengar cakap Leya. Jangan bergaduh. Bawak bincang elok-elok."
Kalau orang luar yang saksikan adegan aku dengan Leya, mesti diorang fikir aku nie lesbian. Hahaha cakaplah apa pun korang nak cakap. Ada aku kesah!
"makan diri pun aku yang kena, Leya. Kau tak payah risau pasal aku. Setakat perempuan macam nie aku boleh tibai. Lagipun dah lama aku nak settle dengan Ara. Pergilah Leya. Pandai-pandailah aku nak jaga diri." Arah aku tegas seraya merentap pegangan tangan Leya dan mula melangkah menghampiri Ara. Cermin mata yang aku pegang aku pakai semula.
Lebih baik aku selesaikan masalah sekarang dari berlarutan dengan gosip merapu yang tersebar di sekolah.
•~•
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...