34

1.7K 60 0
                                    

34

“LET me bring you to see them.  they are also looking forward to seeing you.” Ajak Ethan seraya memegang lengan aku yang beralas baju lengan panjang untuk membawa aku berjumpa dengan mereka. Siapa mereka? Jangan tanya aku!

Bila pintu rumah Ethan buka mata aku tak lepas memandang ke arah ‘mereka' yang disebut Ethan. Jantung aku seakan terhenti sesaat. Air mata turut mengalir betapa rindunya aku pada ‘mereka’.

“Assalamualaikum ,Raina.”

Terus kaki aku laju melangkah dan menerpa tubuh separuh abad. Pelukan aku makin erat bersama dengan tangisan air mata tanpa henti.

Sungguh lima tahun aku berada di sini hanya papa sahaja yang sanggup singgah jauh ke sinj semata-mata nak melawat aku. Tapi untuk kali ini bukan papa seorang yang datang tapi keluarga aku!

“mama! Kenapa mama tak bagitahu adik yang mama nak datang sini? Kalau adik tahu, dah lama adik jemput mama dan yang lain kat airport.” Rengek aku dalam pelukan mama. Gila tak rindu orang yang selama ini membesarkan aku.

Lama kami berpelukan terus tangan nama memegang kedua belah bahu dan pelukan kami terlerai. Paling buat aku bertambah sebek, bila jari mama menyentuh pipi aku. Mengelap sisa air mata.

“sorry. Mama lewat sampai dan maafkan mama sebab tak dapat teman adik grad. Kami pun baru saja sampai airport. Belum jamah apa-apa lagi. Hotel pun tak cari lagi. Rindu anak bongsu mama punya pasal.” Balas mama sesekali terdengar sisa tawanya.

Sehinggakan aku terhibur. Mama biarpun dia buat lawak tak jadi tapi aku tetap terhibur. Sayang mama!

Puas aku berborak dengan mama, aku beralih pula pada papa yang sedari tadi berpelukan dengan Johansson. Bukan main mesra. Kawan satu universiti mana tak kamceng.

Malas aku nak ganggu, aku memperkenalkan mama pada mummy Tressa yang kebetulan muncul. Sama macam papa tak kekok melayan.

Selepas itu aku gamik Ethan yang dari tadi berdiri berpeluk tubuh memerhati jejak kasih kami untuk datang kepada aku. Ethan tanpa banyak soal terus ikutkan saja.

Bila aku berhadapan dengan abang Iz, aku rasa kekkok pula. Yelah lima tahun tak nampak muka. Kalau jumpa pun hanya email dan Skype sahaja yang menjadi alat perantaraan kami.

Tangannya aku pegang lalu aku bersalam menciun belakang tangannya. Aku perasan abang Iz senyum sahaja melihat aku. Entah apa yang di senyum pun aku tak tahu. Dan dalam aku cium tangannya, abang Iz bertanya. Lebih pada memuji aku.

“dah makin matang adik abang Iz sekarang nie. Comel pulak abang Iz tengok. Nie nak tanya? Mana perginya Raina tomboy?”

Tak semena-mena aku tampar mesra bahunya setelah aku bersalam. Amboi menyakat terus!

Mengenai ayat terakhir dari abang Iz, entahlah. Lima tahun aku berada di sini seolah-olah gerangan itu sudah hilang pergi bersama kisah silam aku.

Sekarang baru aku sedar akan penampilan aku. Tak terlalu seksi. Hanya mengenakan pakaian yang menutup perhiasan dan mampu menenangkan orang yang memandang. Nampak sopan gitew. Rambut hitam pekat panjang paras pinggang dan sedikit ikal dihujung aku ikat gaya ekor kuda. Tak lupa juga cermin mata sentiasa ada di wajah.

Seraya aku turut ukir senyum. “entahlah abang Iz. Eh nie kenalkan. Ethan Johansson. Johansson’s son a.k.a abang angkat adik. Tapi abang Iz jangan risau. Ethan boleh fluent in English.” Beritahu aku lalu aku memperkenalkan pula Ethan kepada abang Iz. “let me introduce you to him.  introduce Raizmie, my real brother in Malaysia.”

Maka dengan hormatnya abang Iz berjabat tangan dengan Ethan. Melihat akan riaksi mereka sudah cukup buat aku senang hati. Mana tak lega? Risau juga takut mereka tak ada chemistry.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now