39

1.9K 57 1
                                    

39

Mata aku memerhati pada beberapa orang model yang mula berjalan catwalk melintasi tetamu yang menyaksikan pelbagai jenis penampilan barangan kulit mengikut trend. Dari mula-mula rekaan, yang sedang ada dipasaran dan yang bakal dilancarkan. Rekaan yang diragakan ini merupakan prototype atau perkataan yang biasa dengar display. Kalau ada dari mana-mana branch yang buat permintaan untuk display tersebut, operation department akan memaklumkan ke pusat kami di Milan untuk pembuatannya.

Semua pembuatan dari leather bag pelbagai jenis, leather belt, leather shoes for men and women dan jacket boleh kata seratus peratus menggunakan tenaga kerja. Tak ada mesin. Kalau ada mesin pun hanya mesin jahit, mesin overlock (mesin jahit tepi) dan mesin penekan fabrik kulit.

Sebab itu fabrik kulit, tenaga kerja boleh kata semua kilang pembuatan barangan kulit di sana. Tambah pula post shipping dari Milan ke Malaysia agak tinggi. Biasa kalau kita beli online dan barang tu dari overseas dalam lima ringgitkan? Tapi kat sana post ikut harga sana nak pulak mata wang Malaysia rendah. Bayangkan 1 ribu (ITL)  Euro Italy kalau tukar ringgit Malaysia sebanyak 2.37 (MYR)? Tu baru Euro, kalau dollar Singapore?

So, sape-sape yang nak merancang untuk bercuti ke luar negara, make sure bajet jangan lari. Mahu bapa kedanalah kat kedutaan sana tak boleh balik Malaysia.

Sebab tulah harga bag sampai setengah ribu sebijik. Buatan tangan, kilang pembuatan di overseas, kualiti fabrik kulit dan post produk kat sana.

Okay! Back to the topic.

Silauan dari kamera pelbagai sudut dan agensi penerbitan majalah mula berkelipan bak kelip-kelip pada waktu malam. Setiap langkah yang diatur model mula berkelipan terhala. Hampir seratus produk dari pelbagai kumpulan di Raflen Palletteria cooperation. Setiap kumpulan pelbagai produk kulit yang mereka produk mempunyai banyak kumpulan kecil yang mereka bag pelbagai jenis. Setiap bulan akan ada pembentangan mengenai rekaan produk yang dihasilkan menjadikan ianya tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Sesekali terdengar tepukan gemuruh sebagai tanda penghargaan diatas kejayaan yang aku peroleh. Tiga tahun aku dirikan Raflen Palletteria cooperation menjadikan aku seorang wanita yang berjaya. Alhamdulillah.

Dalam aku memerhati pada model yang mula memusingkan tubuh menunjukkan hasil prototype, mata aku tak sengaja menangkap Han dan beberapa orang kawan sekolah aku yang masing-masing tercengang memerhati.

Mana tak terkejut aku yang dulukan seorang tomboy Setelah ‘hilang' lapan tahun tak dapat jejak akhirnya kembali dengan penampilan keperempuanan aku dan juga gelaran jawatan dunia.

‘aku yang dulu bukanlah yang sekarang’
‘dulu ditindas sekarang dah tercengang ~’

Haha, bantai je lah!

Bila aku pandang diorang, teringat pula kes aku terserempak dengan Han di cafe lima hari lepas. Masih terlekat di fikiran aku bila mata dia tak berkelip pandang aku seolah-olah aku nie bukan warga bumi.

Han?”

Sama juga seperti dia. Mata terus terhala pada muka aku langsung tak tergerak macam lumpuh. Melihat perubahan dia yang penuh karismanya. Biarpun mata sepet tapi dengan gaya rambutnya, men office outfit membuatkan dada aku berdebar.

Serius jauh gila beza dulu dengan yang aku tengok sekarang. Tengok pada bentuk tubuhnya, aku rasa dia mesti kaki gym.

“ehem!”

Dengar deheman dari abang Iz, terus mata kami meliar pandang tepi. Kadang-kadang dengan diri aku yang sekarang. Sehinggakan aku pula yang rasa janggal dengan situasi yang tak dijangka.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now