58
Amalin Binti Abdul Ghani.
Ditatap batu nisan yang terukir nama orang yang sangat dirindui bersama usappan penuh kasih batu penanda pusaka jenis marmar. Hati kian merintih kesal. Tidak tahu mahu luahkan pada siapa. Hanya di hadapan pusaka tok ma sahaja yang mampu aku ceritakan.
Walaupun kaki kanan aku berasa ngilu namun aku masih beranikan diri untuk duduk dan membersihkan pusaka milik arwah tok ma. Tak ketinggalan juga pusaka sebelah aku bersihkan di mana terletaknya pusaka arwah tok pa.
Masih terbayang akan figural pasangan syurga itu berseronok di rumah tok ma di Sudang ketika aku koma di hospital tiga minggu lepas. Betapa rindunya aku ketika ini.
Tidak jauh dari sini, sekelompok manusia sedang menjalankan upacara pengebumian seorang lagi saudara islam juga maduku. Hanya tatapan dari jauh sahaja aku mampu membantu takala aku diherdik Ian angkara rahsia aku selama sebelas tahun lepas terbongkar.
“aku minta maaf, Ara. Disebabkan masalah aku, kau yang terima padahnya." Tangan yang tercucuk drip kemas aku paut agar maafku diterima.
Mata kuyu Ara tepat memandang aku penuh dengan perasaan yang sukar untuk aku jelaskan. Alat pernafasan yang melekat di muka tidak berani aku buka bahkan muka aku rapatinya takala memerhati bibir itu bergetar.
“buat apa kau nak minta maaf kat aku? Salah aku sebab kacau kebahagiaan korang. Aku tak patut pun ganggu korang. Mungkin inilah balasan yang aku dapat. Jadi macam aku sudah bagitahu kau, tolong jadi ibu pada anak-anak aku.” Perlahan namun lancar Ara menuturnya.
Sebak aku mendengar namun laju kepala aku geleng menyatakan bukan salahnya. Bergetar tangan aku mengusap birai matanya yang berair. Sekejap aku palingkan pada perut Ara yang kembali kempis. Alhamdulillah keadaan anak Ara yang diberi nama Safiyya telah selamat melahirkan melalui ceaser walaupun pra matang. Cantik seperti ibunya.
Namun yang menjadi masalah sekarang keadaan Ara yang mengalami kesulitan pernafasan dan pendarahan otak yang kronik membuatkan Ara ditempatkan di wad ICU. Itu tidak tambah lagi dengan tulang tengkuk sedikit retak, kaki kiri patah dan muka calar teruk akibat terkena cebisan cermin kereta.
Menurut apa yang dilaporkan inspektor Fizul, kemalangan yang dialami Ara berpunca dari kereta jenis SUV mengalami hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta yang dinaiki Ara dari hadapan. Pihak polis juga telah menahan pemilik SUV dan didapati pemilik SUV berbangsa cina itu telah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol dan saringan air kencing didapati pemilik SUV itu mengambil dadah jenis Methamphetamine atau syabu.
“aku tak nak kau jadi macam ini. Lagipun aku dah lama maafkan kau dan aku impikan sangat untuk jaga kau dalam pantang. Bukan macam ini yang aku nak Ara!” ngongoi aku dalam sendu. Tangannya aku kucup lama. Berharap agar kesakitan yang dialami Ara hilang sekelip mata namun apakan daya bila alat pengesan kardiovaskular di sisi katil kedengaran bingit membuatkan aku cemas. Tangan laju meraba mencari punat kecemasan yang terdapat di situ bila mata tak henti memerhati dada berombak seakan nyawa berada di kerongkong. Asal doktor lembab sangat ni? Petient dah nazak boleh pula tak dengar pengera kecemasan kat luar.
Tidak lama selepas itu.
Dum!
Bunyi hempasan pintu kuat menyebabkan tubuhku terhenjuk dan sekelip mata orang yang paling aku rindu datang menerpa katil Ara. Pantas tangan Ara yang aku genggam dirampas lelaki itu sebelum mata dan mukanya merapati wajah lemah Ara tanpa darah.
“abang, Ara minta maaf. Tolong jangan sakitkan Raina lagi. Dah lama Kayla tidak merasa kebahagiaan macam kita. Ara amanahkan Kayla untuk jaga anak kita. Halalkan makan minum Ara.” Lirih suara itu meminta maaf pada sang suami yang masih setia di hadapannya. Perlahan-lahan tubuh aku bangun dari kerusi namun langkahku lumpuh bila ada tangan sebelah kiri Ara memaut lengan aku membuatkan aku statik menyaksikan adegan sedih ini. Dari pendengeran aku jelas lelaki itu lontarkan dan akhirnya hatiku bertambah hiba.
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...