35

2K 50 0
                                    

35

“so macam mana? Adik nak stay sini ke atau nak balik Malaysia sama-sama?”

Hening suasana di laman belakang. Macam mana dia tak diam bila mendengar sahaja nama Ian dan Ara meneliti di bibir Raizmie. Dan yang paling mengejutkan mereka terlibat dalam kemalangan.

“abang Iz buat cerita bodoh apa nie? Memang sebelum datang sini abang Iz rancang untuk ajak adik balik Malaysia dengan bermodalkan cerita yang abang Iz reka?” duga Raina penuh curiga.

Macamlah dia tak kenal sikap berbelah bagi abangnya tak bertempat! Kadang-kadang dia tak faham dengan abangnya. Siapa yang patut abangnya bela? Adiknya ke lelaki yang khianat adiknya sendiri?

Keluh Raizmie berat. Dia tiada niat langsung mahu mengumpan Raina balik dengan mereka cerita. Baginya lima tahun adiknya berada di sini lebih daripada cukup menenangkan hati yang telah lama sembuh sejak lima tahun kes adik iparnya.

Mata ditentang pandangan Raina yang masih garang membalas. “Ian dan Zahara telah berkahwin tiga hari selepas adik pergi bawa diri. Kos diorang kahwin semua keluarga ayah chik yang tanggung. Lepas diorang kahwin, macam yang adik nak, diorang tak pernah jejak kaki ke Subang. Ian usaha sendiri cari tempat tinggal untuk dia dan keluarganya berteduh. Dengan duit simpanan yang ada, mereka terpaksa berteduh di rumah setinggan. Walaupun perangai Zahara yang tak semegah nak tak nak kena juga terima kenyataan.

Kalau ikutkan ayah chik nak pelawa diorang untuk bermalam di rumahnya tapi kak chik tak suka malah diusir dari rumah. Mengenangkan Ian anak yatim piatu, ayah chik hulurkan duit untuk Ian sambung belajar memandangkan keputusan SPM Ian sangat cemerlang. Dalam Ian belajar dia ada juga buka gerai burger untuk tampung kehidupan mereka sekeluarga. Pagi kuliah, malam kerja. Sehinggalah Zahara lahirkan seorang anak lelaki. Comel budaknya. Macam ayah dia juga. Lepas pada itu, perangai Zaharah makin menjadi-jadi. Anaknya langsung tak dijaga. Membiarkan anaknya menangis mahukan pangkuan si ibu. Sehinggakan Ian suruh Zarina, sepupu Zaharah yang jagakan. Zahara tak sambung belajar. Dia hanya terperap di rumah. Kadang-kadang selalu tengking suami. Sehinggalah minggu lepas. Demi isteri, Ian sanggup bawa Zahara bercuti ke Melaka dengan motor dia. Dan akhirnya, disebabkan kecuaian orang lain diorang terlibat sekali.” Cerita Raizmie panjang lebar.

Sungguh tak disangka kehidupan Ian dan Ara agak menyanyat hati Raina. Betul apa yang dia cakap. Dalam lima tahun, semua boleh jadi. Tapi adakah dengan apa yang disampaikan Raizmie mampu hatinya berbolak balik? Dia sendiri keliru.

“so, apa yang abang Iz cuba nak sampaikan sekarang?” tanya Raina keras seakan dengan khabar di tanah air langsung tak terkesan padanya.

“abang Iz cuma nak adik sedar bahawa apa yang adik buat sekarang adalah salah. Terperap di sini bukan penyesaian yang baik. Adik nak sambung pengajian di sini? Ok! Abang Iz terima tapi lima tahun dah cukup untuk adik berada di sini. Adik, benda yang lepas biarlah berlalu. Lagipun tak elok biarkan suami menderita tanpa isteri disisi.” Rayu Raizmie memohon agar hati Raina terima tapi melembutkan hati seorang Tengku Raina Melkayla bukannya mudah.

Hanya senyuman sinis sahaja Raina membalas. “lima tahun, abang Iz. Lima tahun adik ada kat sini ada dia datang merayu melutut depan adik? Apa yang abang Iz cerita ternyata dia hanya layan bini muda dia sahaja sedangkan bini pertama dia yang patut diutamakan!” bentak Raina. Akhirnya segala yang terpendam dalam hati telah terluah di bibir. Bila diingat balik hati mana yang tak sakit bila isteri tidak dilayan. Nak sangatkan dengan betina tu? Amiklah! Dia pun tak hadap!

Terdiam Raizmie tanpa kata. Kalau dia jadi perempuan pun sudah pasti dia juga akan rasa apa yang adiknya rasa. Entahlah dia sendiri buntu. Sungguh Razyian langsung tidak pesan apa-apa pada dia sebelum dia datang ke itali. Dia hanya simpati terhadap adik iparnya yang setiap kali bertemu mata, soalan pertama yang terluncur di bibir tak lain tak bukan Raina.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now