5 Tahun kemudian University of Milan, Italy.
Universiti Milan yang merupakan satu-satunya anggota itali dalam liga universiti penyelidik Eropah atau dalam bahasa singkatnya LERU. Universiti Milan juga tergolong dalam kumpulan prestij antara dua puluh Universiti Eropah yang berintensif penyelidikan nombor satu di Itali dan ke tujuh di Eropah mengikut leiden ranking.
Keluar sahaja dari bangunan yang penuh dengan hirup pikuk, para mahasiswa dan mahasiswi bersorak kemenangan diatas kejayaan yang diperoleh. Ada yang melambungkan topi konvo beramai-ramai menangkap kenangan yang indah melalui tangkapan foto.
Kalau ada kawan kan best. Boleh amik gambar macam yang sekelompok yang lain. Tapi sepanjang lima tahun aku menjadi rakyat itali, aku kunci ego dari bertegur sapa. Adalah juga yang cuba rapat, tapi aku hanya layan tika dia memang perlukan pertolongan sahaja. Bukan apa. Aku risau kalau akidah dan agama yang aku pegang sejak kecil terpesong. Nak pulak majoriti rakyat di sini beragama Katolik memandangkan Itali merupakan penyebaran terbesar agama katolik dan tersenarai dalam tapak warisan UNESCO terbanyak di dunia iaitu empat puluh lima. Ada juga yang beragama islam tapi populasinya hanya Satu perpuluhan sembilan peratus sahaja. Bertambah risau aku jadinya.
Dalam aku berjalan perlahan-lahan dan mula mengambil bangku untuk melabuhkan punggung disitu, anak mata aku bergerak memerhati suasana. Paling buat hati aku sedih bila anak mata aku terhenti pada sekelompok yang aku sangka keluarga sedang beramai-ramai mengambil gambar.
Lihat sahaja kelompok itu, fikiran aku mula terlayang pada memori lama yang telah tersimpan sejak lima tahun dahulu.
Tiga minit mereka berkeadaan begitu, kak Isya mengarah mereka agar berdiri memgadap sesama sendiri. Aku tidak komplain cara kak Isya mengarah namun dalam hati aku sudah berbakul-bakul sumpah seranah aku bagi.
Wajah aku tunduk memandang heel separa tinggi. Nie pun aku dipaksa pakai. Heel shoes kak Isya menjadi seksaan kaki aku. Dulu aku pernah pakai lebih tinggi dari nie. Dress tak payah cakaplah boleh kata semua jenis ada dalam closets. Dulu kan aku suka pakai pakaian yang menyeksakan badan. Buktinya sampai aku hampir kena rogol dua tahun lepas.
Mengeluh berat aku mengenang hidup jahil aku.
"hey? Why you sigh? Awak ok?"
Pertanyaan Ian aku tak membalas sama seperti sekarang menekur melihat heel sendiri.
"please look here."
Lembut suara itu menutur spontan kedua belah pipi aku dipegang. Memaksa angkat muka mengadap dia. Dan secara tak langsung mata aku memandang dia. Lebih tepat anak matanya.
Tenang wajah itu seakan tiada sebarang masalah disekelilingnya membuatkan aku tertanya-tanya. Dengan umur macam nie dia dapat tenangkan fikiran seolah tak ada masalah. Maka beruntungnya hidup Ian.
"I know a lot of questions you want to ask but for a moment, for now and for now. we forget all the problems that come. Let it go. I just want to make this honeymoon filled with our happiness together..."
"... Saya nak awak hadam apa yang saya luahkan pada awak sekarang. Yes apa sahaja yang awak sebut nama lelaki asing membuatkan hati saya sakit. Pedih mendengar. Saya juga tak nak ada orang lain yang cuba dekat dengan awak. Sepanjang dari itulah saya rasa adakah apa yang hati saya mahukan untuk kita bersama. Dan jujur saya mengaku, saya jatuh cinta pada orang yang telah menampar saya. I truly love you."
Terdiam aku sesaat. Aku tahu Ian cuba untuk belajar mencintai aku. Aku sendiri tengok wajah kesungguhannya. Tapi adalah dia ikhlas dalam mencintai aku atau hanya sekadar lakonan di hadapan keluarga aku?
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...