49

2.2K 57 2
                                    

49

Bagaikan hidup semula, hati aku melonjak suka. Betapa indahnya dunia ini bila aku masih berpeluang untuk bersama dengannya. Aku fikir bila terkurung dengan satu tanda tanya dan itulah pengakhiran hidup tapi aku salah. Sesungguhnya Allah masih memberi nikmat sebegini untukku.

Tubuh dari tadi basah dengan air hangat mandian segera aku dakap ketat seolah Ian mendakap aku malam semalam. Tanpa sedar bibir mengukir senyum mengingatkannya.

Selesai berkhayal sendirian, pili air aku tutup lalu mencapai jubah mandi dan tuala untuk mengeringkan rambut. Untuk hari ini memandangkan papa Johansson memberikan kata putus untuk aku lepaskan lelah sehari suntuk penerbangan aku. Aku berhajat untuk keluar melihat pemandangan indah dipenuhi dedaun emas kecoklatan di luar. Bukan sekadar keluar sahaja, kalau aku list dalam jurnal hidup aku rasanya memang dua belas jam tak cukup.

Selesai aku mengenakan pakaian sederhana tebal, deria pendengaran jelas menangkap bunyi dentingan mesej melalui telefon di atas meja sisi katil. Aku mencapai gajet tersebut lalu membuka aplikasi whatsapp. Segaris senyuman terpapar bila satu kiriman dari keluarga angkat aku mempelawa aku dan Ian ke rumah mereka untuk makan tengah hari. Kebetulan juga memang aku mahu kesana untuk mengambil kereta pemberian mereka memudahkan kerja aku esok dan hari seterusnya.

Setelah kata sepakat aku hantar, terus aku buka perbualan dengan seorang lagi rakan aku. Dia merupakan rakan satu universiti dan dia juga merupakan ahli band aku dan Ethan. Ada sesuatu yang aku mahu buat khas untuk suami tersayang.

Puas berbalas mesej, aku keluar dari bilik. Sunyi je ruang tamu. Mata aku intai namun orang yang dicari masih tiada di ruang mata. Namun mata mula terhenti pada bilik Ian yang tertutup rapat bertentangan dengan bilik aku. Sah-sah duk mandi. Fikir aku.

Malas nak kacau, kaki bergerak ke dapur. Entah apalah benda aku nak masak untuk sarapan pagi? Kalau di malaysia senanglah sikit tengok bahan terus tahu nak masak apa tapi ini otak aku blur kejap tak tahu nak masak apa. Buka punya buka, hidung aku terbau sesuatu yang enak. Cepat-cepat aku buka tingkap. Perghhh lama gila hidung aku tak bau aroma lazat di waktu pagi. Mata sudah mula berkhayal sepinggan Diplonatica yang di gabungkan dua doh iaitu puff dan biskut diapit pula dengan kastard atau krim Chianti. Tak tahan! Nak kena beli juga nie.

Memopad di atas peti sejuk aku tarik helaiannya dan sebatang pen untuk memberitahu kepada Ian. Pasal makanan dia pula... Beli samalah senang. Laipun dia tak kisah pasal makan asal masuk perut. Siap menitipkan pesan, aku lekatkan bersama magnet di pintu peti sejuk sebelum hand bag aku capai dan kasut kulit aku sarung.

•~•

Tombol pintu aku buka setelah kunci berjaya dibuka. Buka je pintu dada aku berderau kaku. Mata terpasak melihat Ian berpakaian seluar pendek dan t shirt lengan panjang namun pakaian yang ketat dan berlengkuk di tubuh berjaya membuatkan darah menerbu ke muka.

Ni laki aku ke?

Tersedar tangan dari tadi memeluk bag kertas sedikit melorot aku pantas peluk dengan erat. Ian dari tadi memerhati dengan wajah penuh dengan senyuman nipis berjaya membuatkan jiwa aku goyah Perlahan-lahan kaki aku berundur sedikit namun makin aku ke belakang dia maju ke depan tepat ke mata aku. Pendek kata lelaki itu cuba merapatkan tubuhnya. Apasal aky cuak ni?

Wehhh Raina! Tu laki kau! Pehal kau nak goyah? Bukan semalam kau rela dia peluk kau? Kenapa sekarang kau nak kecut? Tulah pasal.

Seolah orang bisu aku menatap matanya serupa kami berbicara dengan tanpa suara. Bila belakang aku di block dinding, aku dah mula cuak. Kenapa aku rasa takut nak dekat dengan dia. Why?

Makin rapat mukanya sehinggakan bahang nafasnya terasa di muka. Dia dengan pandangan membunuh manakala aku pula dengan pandangan takut dengan suami sendiri.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now