07

2.6K 77 0
                                    

Media: nie rupa kay masa pakai spek yang dipilih Ian. Potongan rambut pun sama cuma dalam pandangan author rambut dia warna brwon.

07

Bibirku mula mengukir senyum bila mata memerhati gambar yang dipost Leya. Melihat pada tarikh, kali terakhir dia menghantar beberapa minit lepas. Jelas mataku memerhati gambar yang dipost itu. Yang buat aku tertarik, wajah adik beradik Leya mengambarkan sinar bahagia dalam sebuah keluarga.

Lihat sahaja makanan yang terhidang di atas meja berserta latar belakang kedai makan, sudah aku agak ini adalah majlis makan malam bersama keluarga.

Berbeza dengan keluargaku. Dah macam stranger aku duduk di rumah nie. Sebab tulah aku tak lekat rumah malam-malam suka balik lewat sebelum mama memaksa aku berpindah sekolah dan berada di asrama.

Mana taknya, papa siang hari kerja malam duduk dalam bilik bacaan untuk siapkan kerjanya yang tak pernah habis. Bukan jarang, setiap hari itulah rutinya. Sampaikan aku dia tak terabai. Dulu masa aku kanak-kanak orang pertama yang aku mengadu adalah papa aku. Tapi papa pun dah macam tak amik peduli pasal aku. Mama? Tak payah cakaplah pagi ke kelas muzik tak puas dari itu malam ke studio yang menempatkan alat muzik dan tempat kerja. Kalau mama malas nak naik tingkat atas yang menempatkan studio, maka piano yang ada di ruang tamu utamalah yang menjadi lagu dalam kesunyian dalam rumah nie.

Dalam tiga orang adik beradik termasuk aku, Tengku Raizmie Milkhail atau panggilan mesra abang Iz la yang menjadi tempat kedua aku untuk mengadu selepas papa. Segala apa yang aku rasa tak puas hati, aku luah. Sebab dalam keluarga aku sekarang hanya aku dan abang Iz je yang ada kat rumah memandangkan kakak aku yang sulung sedang sambung belajar di overseas. Abang Iz banyak bagi nasihat walau hakikatnya aku tak penah pegang nasihat dia. Well perempuan, aku hanya nak abang Iz dengar luahan aku je. Bukan nak ikut nasihat dia pun. I am who I am. Never, never and unexpected to change me. Itulah aku.

Tengku Raisya Melldina, kakak aku yang sulung. Serius aku cakap aku tak rapat langsung dengan dia. Kalau dia balik pun, aku hal aku, dia hal dia. Entahlah kenapa. Dulu adalah dia tegur aku tapi aku dengan perangai aku. Maklumlah sepanjang aku hidup, dia mana pernah ada dalam rumah. Dia kan sambung belajar dan menurut aku dalam beberapa bulan, kakak aku akan balik Malaysia. Habis konvo. Penampilan dan perangai kalau nak dibandingkan bagaikan langit dan bumi. Kakak aku agak pendiam dan kalau bercakap pun, hal Keluarga, hal syarikat papa dan hal belajarnya. Lain dengan aku yang liar nie. Tapi dalam tiga beradik abang Iz lah yang paling sporting. Happy go lucky.

Pernah aku dengar desas desus mengatakan best jadi orang kaya. Boleh goyang kaki je. Ingat goyang kaki, duit jatuh tergoleklah? Uhhh tapi... Berharta banyak mana pun tak ada guna juga kalau hati tak terisi dengan kasih sayang dalam keluarga.

Ibu jari yang sedia meletak di skrin iphone aku gerakkan ke atas dengan tiba-tiba...

Splash!

Sepantas kilat aku bangun dari kerusi malas berhadapan dengan swimming pool dengan muka merah menahan marah yang membuak-buak di hati. Mencerlung mata aku memanah abang Iz yang baru sahaja lompat terjuh ke dalam swimming pool. Entah gaya terjun apa dia buat sampaikan separuh badan aku basah dengan pecikan air tadi. Memang saja nak cari pasal!

Mentang-mentanglah mama papa keluar pergi ke rumah bakal tunang kakak aku. Entah dengan siapa kakak aku tunang pun aku tak tahu. Aku bukan nak buzybody. Cuma aku malas nak amik tahu. Tetiba pulak otak aku ligat seakan memutarkan lagu. Kaka Azraff 'nak buat macam mana. Itu bukan hal aku.'

"hish apa abang buat nie? Habis basah baju adik!" marah aku seraya pecikan air di muka aku raup kasar. Melihat abang Iz yang masih galak ketawakan aku dalam swimming pool membuatkan hati aku makin membara. Nie bukan tak sengaja nak percikan air ke arah aku nie. Saja nak kacau aku.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now