32

1.7K 54 0
                                    

32

Pandangan mata tajam dihala pada dua orang yang duduk diam menikus di sofa seakan menananti hukuman mandatori dijatuhkan keatas pasangan itu.

Tidak dia sangka, baru sahaja dia dan isteri hendak melepaskan jet lag dari Malaysia ke Australia, satu kejutan yang membuatkan dia terpaksa tangguhkan urusannya disana. Lebih teruk lagi bila dia mendapat panggilan dari Robert bodyguard anak bongsunya bahawa gadis itu sudah berangkat ke Italy.

Nasiblah di sana dia mengenali dengan seorang bisnes partner merangkap rakan satu universiti. Dan baru sahaja dia menghubungi rakannya supaya perhatikan si anak yang kini berada di benua eropah.

Setiba mereka di rumah, dia sempat menghubungi keluarga pada ‘si pesalah' untuk selesaikan masalah ini dengan segera.

Kalau sudah anaknya mengundur diri tanpa memberi keizinan atas apa yang pasangan ini lakukan, apatah lagi denganya bila memerhati pasangan ini. Cukup buat darahnya naik serta-merta.

Sebagai seorang ketua keluarga, biar pun jarang berkongsi pendapat  namun dia tidak pernah duduk diam bila isu keluarga dikaitkan. Lebih-lebih lagi mengenai kes yang melibatkan anaknya.

Sesekali pandangan matanya  dibalas dengan pandangan redup lelaki itu membuatkan dia mencebik meluat.

Dah elok bekahwin dengan anaknya siap diberikan pula kemewahan, ini balasan yang dia dapat? Orang bagi betis nak peha?

Suasana yang hening tiada bunyi Mula kecoh bila terdengat suara jeritan wanita dari pintu utama membuatkan tiga manusia beralih pandang kearah punca suara itu. Hanya pasangan yang menjadi isu utama sahaja menunduk tidak hiraukan orang sekeliling yang mula diperkatakan. Hanya menanti apa yang bakal diputuskan oleh si pendakwa.

“Astaghfirullah hal a'zim! Zahara Zainuddin! Tak cukupkah apa yang aku telah bagi kat kau sehinggakan kau sanggup menconteng arang pada muka kami?! Kau tak takut dosa kah?!” pekik Puan Halimah lantang tanpa memberi salam terus langkah laju mendapatkan si anak. Belum apa-apa, terus rambut panjang Ara ditarik kasar dan tak puas dengan itu dditampar pula muka si anak sehingga menampakkan kesan.

Menyeringai Ara menahan sakit bila diperlakukan begitu. Namun dia terima seadainya itu dapat menghilangkan baran si ibu. Sebelum  dia nekad hendak perangkap Razyian, hati dan akalnya sanggup menanggung risiko. Dia tak kisah kalau ibu bapanya mahu membuangnya dari keluarga sebab dia yakin selepas ini dirinya bukan lagi dibawah jagaan si bapa.

Tapi dia nak kemana selepas ini? Sudahlah rumah yang dianggap istana sudah pun dihalau bila dapat tahu rumah dan harta yang selama ini dia hanya percaya milik lelaki itu sebenarnya milik Kayla? Tidak ada guna untuk dia berpatah balik. Nasi sudah menjadi bubur. Sekarang hanya menanti huuman yang bakal dijatuhkan walau hakikat dia sudah tahu.

Typical Malay, bila tangkap basah penyelesaiannya tak lain tak bukan kahwin.

Manakala Encik Zainuddin yang baru melangkah masuk terus menghampiri Tengku Ra’is lalu mereka berjabat tangan. Biarpun suasana yang agak kecoh dengan masalah anak beranak, namun adat tetap dikekalkan nak pula orang yang berada di hadapannya sekarang mempunyai kuasa dunia. Tersalah bertuturan, bapa kedanalah satu keluarga.

“Mah. Sudah-sudahlah tu. Mati anak tu awak kerjakan.” Lembut teguran Encik Zainuddin memberi peringatan namun kata-katanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mengeluh Encik Zainuddin dibuatnya. Kalau dah baran si isteri sudah memuncak, nak ditegur pun tak ada guna.

“Abang tahu tak apa perasaan Mah bila dapat tahu anak kita kena tangkap khalwat? Selama ini, apa yang dia nak kita bagi. Sebut je apa. Sampaikan dia tak terfikir dari mana hasil yang dia minta tu. Nak handphone, abang sanggup kerja over time nak menangkan hati dia walaupun Mah tak setuju dengan permintaan tak masuk akal tu. Sanggup tahan mata berjaga malam di kilang demi anak yang abang sanjung sangat ini! Tak puas dengan itu, minta nak belajar di sekolah swasta. Dia tak fikir penat lelah bapa dia cari duit. Macam ini abang nak bela dia? Lepas ini, abang nak buat apa? Nak manjakan lagi anak tak sedar diri ini?

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now