30

2.1K 49 0
                                    

30

Bunyi hirup pikup para perserta yang menlangsungkan persembahan yang di pertandingkan untuk hari ini langsung tidak mengganggu khayalan di benak fikiran. Walaupun mata fokus pada persembahan, namun fikiran jauh terbang.

Sudah dua bulan lebih khabar berita mengenai pelaku yang merosakkan harta di dalam bilik asrama langsung senyap seakan tiada apa-apa perubahan. Dan selema itu jugalah aku tidak lagi berada di asrama sekolah.

Ian ada memberikan pertolongan untuk mencari atau lebih tepat lagi menyiasat. Namun sampai sekarang masih tiada perubahan.

Nak marah? Memang dari dulu lagi aku sudah mengamuk namun siapa yang patut aku tunding jari? Tak ada gunanya aku nak memgamuk tanpa sebab munasabah. Kalau mengamuk pun, bukan biola tu boleh bentuk semula?

Nasiblah biola orang bagi, kalau biola kesayangan, memang aku orang pertama yang jadi hulk di Malaysia.

Kes ini bukan satu asrama saja yang tahu malah satu sekolah kes telah tersebar luas. Cikgu yang bertugas pun tidak tahu siapa pelakunya memandangkan ramai pelajar dan guru tertumpu pada dataran sekolah pada hari koperasi sekolah. Jadi memang tiada siapa yang mahu jadi saksi kejadian.

Pandai orang yang merancang.

Ara? Dari dulu lagi aku dah tolak dia dari senarai suspek. Tak mungkin orang luar boleh masuk kawasan asrama.

Hari tu, Ian ada sampaikan pada aku yang dia telah jumpa dengan pak Osman. Pengawal keselamatan di asrama. Dan bila disoal siasat, memang pak Osman ada membenarkan dua orang pelajar perempuan meninta izin untuk masuk tapi dengan keadaan tertutup dengan topeng agak susah untuk pak Osman mengecam siapa. Nak pulak pak Osman bukan kenal sangat dengan pelajar asrama.

Amat sukar untuk meneka. Namun dalam hati aku memuji sikap suspek yang pandai sorokkan elibi dari umum. Nie mesti sudah banyak pengalaman sebelum ini.

Biarpun aku sudah tidak berada di asrama, aaktiviti di sekolah tetap seperti biasa. Cuma bezanya kenangan masa dan jarak sahaja yang perlu aku tangani. Tapi tidak mengapa. Lagipun baki aku sekolah di Darul Wismat hanya berbagi empat bulan sahaja sebelum peperiksaan SPM bakal dihadapi.

Dalam aku berhalusinasi, tersentak bila mata menangkap akan teacher Lucy selaku guru pengiring sedang berjalan mundar-mandir di hadapan aku. Kini kami berada di belakang pentas menunggu giliran untuk memulakan persembahan di khalayak ramai termasuklah lima orang juri berlainan jantina, bangsa dan sekolah. Pasti ada yang terkucil bila berhadapan dengan lima juri tersebut. Mana tak terkucil kalau rata-rata muka juri ketat.

Memang susah nak minta markah bonus.

Untuk tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya dimana pelajar kena buat cabutan untuk menentukan lagu, chord dan bilangan pemain yang akan dipertandingkan.

Sebelum ini juri sendiri yang akan mementukan lagu dan chord yang patut dimainkan. Kini sedikit berbeza.

Dari segi penilaian, ia tak sama seperti markah bertulis yang biasa macam peperiksaan penggal yang hanya menilai jawapan dan bukti jalan kira.

Dan penilaian muzik tak sama dengan penilaian yang biasa tengok di kaca televisyen mengenai program nyanyian yang hanya menekankan vokal, tarian, persembahan dan penampilan.

Penilaian untuk pertandingan muzik, salah satu yang ditekankan ialah chord lagu yang dipersembahkan sama seperti lagu asal. Adakah ia sumbang atau sebaliknya. Ekpresi muka semasa membuat persembahan juga dititikberatkan. Kalau lagu dari F. Chopin Nocturne in c sharp minor, ia lebih pada Sedih dalam ketenangan  jadi muka kenalah menunjukkan perasaan tenang dalam sedih. Disebabkan rentaknya yang agak menjerumus pada perasaan itu.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now