57
Angin petang menyusuri keindahan dunia memasuki gelansar bilik. Langsir krim kosong di pintu gelansar mengibar seakan menyajak isi rumah untuk menikmati keindahan petang yang penuh asyik. Damai biarpun pemandangan tidak setenang kampung yang di penuhi lantai sawah padi menguning.
Bunyi air terjun buatan dari luar mengeluarkan bunyi menjadikan alunan lagu yang cukup memukau hati. Tenangnya rasa.
Mata masih fokus pada pemandangan dari bilik tingkat bawah. Memerhati hasil ciptaan yang maha Esa. Dalam memerhati, ada juga perbagai persoalan di minda yang menjadi peneman sejak dua hari aku berada di bukit Kiara setelah aku dibenarkan keluar dari hospital.
Dari aku berada di hospital sehinggalah sekarang pelbagai masalah dan persoalan yang berlenggu. Keluarga aku bagaikan tidak peduli akan bantahan aku untuk menuntut cerai dari Ian. Tapi aku tetap aku. Diancangnya pelbagai agenda untuk aku menerima keputusan keluarga.
Gila! Apa gunanya aku mahu bercerai sedangkan aku sudah cukup bahagia bersama dengan Ian? Bukankah Allah melarang dari isteri menuntut cerai? Adakah mama tahu apa yang akan terjadi sekiranya meminta anaknya untuk menuntut cerai? Seolah -olah merosakkan masjid yang telah dibina sejak sembilan tahun? Sudah lupakah apa yang arwah tok ma pesan sebelum arwah melafazkan nafaznya yang terakhir?
Betapa terkilannya aku dengan keputusan mama. Sanggup melihat anaknya menderita demi kepuasan sendiri.
Aku telah pun beritahu perihal keluarga aku untuk suruh aku meminta cerai pada Ian. Agak terkejut dia mendengar. Seperti mana aku mendengar. Sama sepertinya.
“kenapa sampai mahu bercerai? Bukan arwah tok ma sendiri ke yang putuskan untuk kita bersama, kenapa sampai begitu sekali?” jelas dari pandangan aku, muka Ian berubah murung bercampur kesal. Aku tidak tahu apa yang dia fikirkan namun aku tahu apa masalahnya kalau bukan kerana...
Ara.
Menunduk sahaja wajahku tidak mampu membalas apa. Dari pangkuan Ian, aku dapat rasa dadanya berombak seakan ada kemungkinan yang bakal berlaku namun tangkas tangan kanan yang memeluk lehernya aku alih dan menyusap belakangnya memberi kekuatan.
“Raina tak tahu. Raina sedar dari koma, terus Raina terdengar perbualan abang Iz dan Han. Raina rasa ini semua kerja abang Iz. Dia yang beria sangat suruh Han jaga Raina.” Dari hasil perbualan abang Iz dan Han aku yakin ini angkara abang Iz yang sanggup berbuat demikian. Mungkin abang Iz merancang dengan menggunakan mama untuk paksa aku menuntut cerai. Kalau tidak, buat apa dia minta maaf pada aku?
Keluh Ian menenangkan hati yang kian gunfah dengan pelbagai masalah sebelum dia kembali bersuara. “ini semua salah Ian.” Pantas aku angkat wajah memerhati samada apa yang dikata Ian adalah benar dari mulunya. Macam tidak percaya pula.
Perasan akan aku memerhatinya, tangan menarik tubuh aku kemas sehingga kulit mukaku bersentuhan dengan dada beralaskan baju kemejanya.
“salah Ian tidak berlaku adil pada kedua isteri Ian. Lebih ambil berat isteri kedua dari isteri pertama padahal isteri pertamalah kena beri penghormatan tinggi. Hanya penyakitnya, Ian lupakan Raina. Maafkan Ian.” Seraya ubun-ubunku dikucup penuh kasih sehinggakan aku tertutup mata menghayati aliran kasih yang telah Ian taburkan.
Lama kami begitu, daguku diangkat selaras matanya memandang tepat ke arahku. “jadi apa keputusan Raina?”
Laju aku menggeleng bersama senyuman manis aku hadiahkan. Mana mungkin untuk aku menerima rancangan bodoh keluarga aku yang sanggup merosakkan kebahagiaan aku.
Dan laju pelukan kami Ian eratkan. Kepalanya dipangku bahuku rapat. Dari bisikan ‘Alhamdulillah’ di cuping telinga menambahkan rasa sayu di hati. Betapa sayangnya Ian padaku sehinggakan sangggup mengotakan janji untuk dia selesaikan masalah mereka yang belum tentu selesai.
YOU ARE READING
Dalam Kurungan Razyian.
ChickLitSinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada seseorang. Tapi kalau sebaliknya... Begitulah kisahku. Hidup penuh dengan penderitaan hanya kerana had...