Hari-hari minggu macam ni,selalunya Bunga akan ke taman untuk berjongging."Bad,akak pergi dulu!!"jerit Bunga.
______________________________"Akak cantik"jerit seorang budak.Dia berlari menghampiri Bunga,lantas memeluknya."Lama tak jumpa,akak cantik"
"I miss you too.Zara nak aiskrim??"tanya Bunga.
"Nak"Zara mengangguk.Mereka menghampiri sebuah kedai.
______________________________"Zara datang dengan siapa??"tanya bunga.
"Dengan mummy tapi mummy dah balik.Dia suruh akak cantik jaga Zara."jawab Zara.Bunga teringat pertama kali dia bertemu dengan Zara.Budak ini banyak menceriakannya semasa dia sedih.Ibu kepada Zara merupakan sepupunya.Nama jer sepupu tapi Bunga merasakan dirinya adalah orang luar.
'Akak cantik' digelarnya apabila Zara enggan memanggilnya sebagai 'mak cik'.
"Zara boleh tunggu sini kejap tak??Akak cantik nak pergi jogging,tak pun Zara ikut,nak tak??"Zara menggeleng.
"Zara nak pergi main dengan kawan-kawan"Bunga tersenyum.
"Kalau macam tu,Akak cantik pergi dulu.Ingat pesan akak,kalau ada orang tak kenal buat apa??"
"Jerit"Bunga tersenyum.Dia kagum dengan Zara.
"Good"
____________________________
Semasa Bunga berlari-lari anak,dia terlanggar seseorang."Sorry,sorry"Bunga meneruskan lariannya.Sesekali dia menoleh.Umar menoleh.'Macam tu jer.'Umar mahu meneruskan lariannya tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya.Gelang di kakinya,dia capai.Terdapat tulisan di gelang tersebut.
BUNGA
Umar menoleh sekali lagi.Bayang bunga sudah tidak kelihatan.Umar melihat gelang tersebut.'Simpan atau cari balik tuan dia??Kalau simpan,nanti tuan dia cari.Kalau cari,nanti tuan dia cakap aku nak tackle dia pulak.'Umar berperang dengan diri sendiri.
YOU ARE READING
My Sweet Heart(Complete)
RomancePertemuan demi pertemuan,terdetik sesuatu rasa di hati Umar.Perasaan yang sukar ia jangkakan.Hatinya juga mengatakan bahawa Bunga adalah jodohnya. Bunga,sebenarnya saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak.Awak dah berjaya jatuhk...