"Abang,Umai lapar lah.Pergi beli makanan jap."Umairah menggerakkan Umar yang dibuai mimpi.Umar yang rasa seperti tidurnya diganggu,lantas terjaga dari tidur.
"Hmm"Umar mengosok matanya.Umairah mengeluh.
"Abang dengar tak ni??"Umar mengangguk."Cepat sikit Umai dah lapar ni"
"Umai ni,bila nak pandai masak??Kalau macam ni setiap hari,bankrup lah abang"bebel Umar.
"Ala,nanti bila dah kahwin,adik belajar la.Tak pun kalau abang tak nak bankrup,abang kahwin lah.Make sure perempuan tu pandai masak."ujar Umairah.
"Siapa nak kahwin dengan orang yang tak pandai masak??Abang takkan kahwin selagi Umai tak pandai masak.Noktah.Titik.Fullstop."
"Abang ni.Noktah.titik.fullstop tu sama ja.Dah cepat pergi beli."Umar mencapai kunci keretanya.
______________________________
"Akak,burger special 2"
"Encik duduk dulu,nanti saya hantar dekat meja encik,ye??"Umar menoleh.Dia melihat semua meja dipenuhi oleh pelanggan.Matanya tertumpu pada satu meja.Meja itu diduduki oleh seorang pelanggan wanita.Boleh la,dari tak da.Umar menghampiri gadis tersebut."Cik,boleh saya duduk??"
"Duduk lah,lagipun meja semua penuh."Kata Bunga.Umar terkejut.Gadis yang dilanggarnya sudah berada di hadapan matanya.Dia yakin gadis yang berada di hadapannya sekarang,adalah gadis yang dilanggarnya dulu.
Bunga melihat Umar pelik.Kenapa mamat ni tak duduk??Bunga melihat Umar dari atas hingga ke bawah.Hmmm..sedondon.Dia melihat Umar yang berbaju hitam,seluar hitam dan bertopi hitam.
Lamunan Bunga terhenti.Kenapa mamat tu tengok aku macam tu??Dia membetulkan tudungnya yang berwarna kelabu."Encik,kenapa tak duduk??"Bunga bersuara.Lamunan Umar terhenti lantas duduk di salah satu kerusi di meja tersebut.
Peniaga burger menghampiri mereka."Burger special dan burger tak da sayur,siap"Peniaga itu memberi burger itu kepada Bunga.Ya,Bunga anti kepada sayur."Encik punya Burger special,siap"
"Berapa??"
"RM 10"Umar menyeluk poket seluarnya.Kosong.Dia meraba-raba seluarnya tetapi dompetnya tiada.Ni semua Umai punya pasal.
"Cik,dompet saya tertinggal,macam ni saya balik kejap pergi ambil duit."
"Kira sekali"Umar melihat Bunga pelik."Tak pa saya bayarkan,mana tahu hari ni saya tolong awak,esok lusa awak pulak tolong saya."
_____________________________
"Abang kenapa lambat sangat??"Tanya Umairah.
"Hei,disebabkan Umai lah abang tanggung malu tadi tau"Umai yang menguyah burgernya,memandang Umar pelik.
"Kenapa abang malu pulak??"
"Abang tak bawak dompet tadi.Lepastu ada sorang perempuan nk dia tolong bayarkan"
"Dia nak mengorat abang lah tu"Umairah mengangkat keningnya.
"Tak lah.Perempuan tu pemilik gelang yang ada pada abang sekarang ni"Umairah terkejut.
"Serius??"Umairah seperti tidak percaya.
"Betul lah.Tapi abang tak bawak gelang tu.Umai punya pasal lah"
"Okey.Fine.Memang salah Umai pun"Umairah pura-pura merajuk.Umar ketawa.
"Alah merajuk pulak.Sejak bila adik abang yang tembam ni kuat merajuk"Umar mencubit kedua-dua pipi Umairah.
"Sakitlah.Abang,Umai rasakan perempuan tu jodoh abang."Kata Umairah dengan mulutnya penuh dengan burger.
"Umai ni lelaki ke perempuan??Makan gelojoh.Cuba makan elok-elok sikit."Umar berleter.
YOU ARE READING
My Sweet Heart(Complete)
RomancePertemuan demi pertemuan,terdetik sesuatu rasa di hati Umar.Perasaan yang sukar ia jangkakan.Hatinya juga mengatakan bahawa Bunga adalah jodohnya. Bunga,sebenarnya saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak.Awak dah berjaya jatuhk...