BAB 6

59 5 0
                                    

Umar melihat seorang budak perempuan bermesra dengan Bunga.Apa hubungan diorang??Aku kena siasat.Lantas dia menghubungi Atiq."Hello.Kau kat mana??"

"On the way"

"Cepat sikit"

________________________________

Atiq menghampiri Umar."Oii."Umar menoleh.

"Datang pun."

"Kenapa kau suruh aku datang sini??"tanya Atiq.Bukannya dia tidak tahu bahawa Umar hanya memerlukannya apabila ditimpa masalah.

"Saja.Lagipun bila lagi nak ajak kau datang jogging.Tengok perut pun dah tahu yang kau malas nak jogging."sindir Umar.

"Mulut kau jaga sikit,ye.Walaupun aku ni jarang jogging,tapi hari-hari aku pergi gim tau"Umar ketawa.Dia melihat Bunga meninggalkan budak perempuan yang bersamanya tadi.

"Wei,aku nak mintak tolong sikit"Atiq mengeluh.

"Kan aku dah cakap,kau ni ada udang disebalik mi"

"Ala tolong lah.Aku nak kau pergi dekat budak perempuan tu tanya dia,apa hubungan dia dengan pemilik gelang ni??"

"Ye lah"Atiq menghampiri budak perempuan tersebut.

_________________________________

"Hai,adik"Tegur Atiq.

"Pakcik ni siapa??Saya bukan adik pakcik."Tersentap Atiq.Pakcik,dia panggil aku.Muka punya hensem,dia panggil pakcik.Atiq menelan air liurnya.

"Erm...Tadi abang ada nampak adik dengan sorang perempuan ni??Tu siapa??Mama ke??"Tanya Atiq bertubi-tubi.

"Ohh,tu akak cantik"

"Kakak,adik"Zara mencekak pinggang.

"Jangan panggil saya adik,panggil Zara"Bunga yang baru selesai berjoging,terlihat Zara bersama seseorang yang tidak dikenalinya,lantas berlari mendapatkan Zara.

"Encik nak buat apa dekat dia??Nak culik dia??"Tanya Bunga.

"Taa..tak.Cik dah salah faham ni"Terganggap Atiq.Aduh kantoi.Kalau dia tanya nanti aku nak jawab apa??Ni semua Umar punya pasal.Kawan tak guna.Di dalam hati Atiq sempat lagi mengutuk Umar.

"Encik tolong la,ramai lagi budak dekat sini.Pergi la culik diorang.Jangan culik dia.Kalau tak,saya jerit."

"Okey,okey.Jap"

"Tolong ada penculik!!!!!!!"Jerit Bunga.Atiq lari litang pukang.Atiq menarik tangan Umar yang baru selesai berjoging.

"Kau ni asal,kalau ya pun nak jogging sama-sama tunggu la kejap.Aku tak sempat nak bernafas kau dah tarik tangan aku."Kata Umar.Nafas dia tidak teratur.

"Ni semua kau punya pasal,kau tau tak minah tu cakap aku ni penculik,lepas tu jerit satu taman.Tu yang aku lari tu."Umar ketawa.

"Ni lah kawan.Masa dia susah mintak tolong,masa kita susah dia gelakkan kita"

My Sweet Heart(Complete)Where stories live. Discover now