Hari ini Bunga dan Umar keluar ke pusat membeli belah untuk membeli barang-barang hantaran.Setelah selesai,mereka singgah ke kafe."Aduh,penatnya.Ni baru sikit"
"Sikit??Tak cukup lagi ke,saya rasa macam dah cukup jer.Banyak sangat dah ni,awak nak beli apa lagi??"Tanya Bunga.
"Adalah,rahsia"
"Awak,awak tak nak buat perancangan ke??"Tanya Bunga.
"Perancangan??"
"Ye,nanti kita nak duduk mana??Saya,masih bekerja ke??"Umar mengangguk faham.
"Ohh,tu.Saya pun dah fikir.Pasal rumah tu awak jangan risau.Kalau pasal kerja,terpulang lah pada awak.Ye lah nanti kalau saya tak bagi,awak cakap saya curang.Lain lah awak bagi saya kahwin lain."Umar tersengih seperti kerang busuk.Bunga menjeling.
"Belum kahwin dah buat perangai.Nanti jangan marah saya kalau masa akad nikah,saya tak datang tau"
"Okey,okey.Ala jangan lah merajuk.Saya bergurau jer.Sorry,okey."
"Okey,Kembali balik pada tajuk tadi,saya rasa saya nak kerja tapi awak jangan risau.Saya akan jadi suri rumah juga walaupun tak sepenuh masa.Lunch or dinner,awak boleh makan dekat tempat kerja saya.Saya boleh teman awak."
"Untungnya,saya.Tak sabarnya nak nikah.Macam sekarang juga nak bawak awak jumpa tok kadi"
"Gatal.Cancel baru tahu"Jeling Bunga.
YOU ARE READING
My Sweet Heart(Complete)
RomancePertemuan demi pertemuan,terdetik sesuatu rasa di hati Umar.Perasaan yang sukar ia jangkakan.Hatinya juga mengatakan bahawa Bunga adalah jodohnya. Bunga,sebenarnya saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak.Awak dah berjaya jatuhk...