Bunga menunaikan solat zohor di surau hospital.
"Ya Allah,kau ampunilah dosa-dosaku sama ada kecil mahupun besar.Ya Allah,kau tempatkan lah arwah ibu bapa ku ditempat orang-orang yang beriman.Ya Allah,kau ampunilah dosa suamiku.Kau berikanlah dia kekuatan untuk melawan penyakitnya.Sungguh,aku amat merinduinya.Aku tak mahu kehilangannya,Ya Allah.Aku tidak puas merasai kasih sayang seorang suami.Kau bantu lah aku,Ya Allah.Aminn"Bunga mengesat air matanya yang mengalir.'Hubby,cepatlah sedar.Honey rindu hubby.Honey perlukan hubby'rintih hati Bunga.
Bunga melipat telekung tersebut lalu simpan di tempat disediakan.Bunga keluar dari surau tersebut.
Umairah yang melihat Bunga sudah keluar dari surau tersebut,lantas menghampirinya."Akak"panggil Umairah.
"Kenapa ni,Umai??"Umairah memeluk Bunga.
"Akak,abang dah sedar"
"Abang Umar..dah sedar??"Umairah mengangguk.Air matanya turut mengalir."Jom,akak rindu sangat nak dengar suara abang"Bunga menarik tangan Umairah.
___________________________________
Bunga menghampiri Atiq."Atiq,Umar macam mana??"tanya Bunga.
"Doktor nak jumpa kau"Lantas Bunga pergi ke bilik doktor untuk mengetahui kesihatan suaminya.
"Doktor"panggil Bunga.
"Puan Bunga,isteri Encik Umar??"Bunga mengangguk."Duduk dulu.Saya ada benda nak cakap ni"Lantas Bunga duduk di salah satu kerusi di bilik tersebut."Sebenarnya,suami Puan menghidapi penyakit amnesia."
Bunga terkejut.Dia mengeleng."Tak mungkin"
"Kami dah buat pemeriksaan,dia tak ingat langsung siapa dirinya"
"Termasuk saya"Doktor tersebut mengangguk.
"Buat masa sekarang ni,jangan terlalu memaksa dia,untuk ingat.Kalau boleh,bawak la dia ke tempat yang boleh mengingatkannya."
Bunga mengeluh hampa."Thanks,doktor.Saya keluar dulu"
__________________________________
Atiq dan Umairah menghampiri Bunga."Macam mana??"tanya Umairah.
"Umar dah sedar??"tanya Bunga.
"Dia tidur lagi."Bunga hanya mengangguk.
"Akak,cepat la cakap.Jangan buat Umai suspent."Bunga tersenyum pahit.
"Umar,dia...amnesia"Atiq dan Umairah terkejut."Dia tak ingat langsung sesiapa pun.Termasuk kau,Umai,dan..aku"sayu suara Bunga.
"Sekarang apa plan korang??"tanya Umairah.
"Aku ada plan.Plan dia adalah sorokkan status kau sebagai isteri dia.Aku nak dia ingat siapa dia,keluarga dia.Lagipun aku nak dia sendiri ingat siapa kau"Rancang Atiq.Bunga mengeluh.'Macam mana boleh jadi macam ni.Ya Allah,aku bersyukur kerana kau telah kembalikan suami ku namun aku hampa kerana dia tidak mengenal ku sebagai isteri lagi'bisik hati Bunga.
"Akak,Umai rasa akak ikut je lah plan abang Atiq.Lagipun akak sanggup ke tengok abang Umar sakit sebab nak ingat siapa akak"Bunga tersenyum pahit.
"Kau balik rumah korang dulu.Bila Umar balik nanti aku bagitahu dia yang kau ni bibik dia"Bunga pergi mendapatkan Badrul.
"Bad,jom kita balik"Bunga menarik lengan Badrul.
"Tapi abang Umar??"Bunga merenung mata Badrul lalu memeluknya.
"Akak tak nak hilang dia.Akak tak puas hidup dengan dia"air mata Bunga membasahi pipi nya.
"Kenapa ni akak??Kenapa dengan abang Umar??"tanya Badrul.Bunga tidak menjawab soalan tersebut.Dia hanya mampu menangis.
YOU ARE READING
My Sweet Heart(Complete)
RomancePertemuan demi pertemuan,terdetik sesuatu rasa di hati Umar.Perasaan yang sukar ia jangkakan.Hatinya juga mengatakan bahawa Bunga adalah jodohnya. Bunga,sebenarnya saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak.Awak dah berjaya jatuhk...