Bunga menghampiri Umar.Umar adalah pelanggan pertamanya hari ini."Awalnya awak hari ni??"Tanya Bunga.
"Saya singgah kejap jer,dan saya ada benda nak bagi dekat awak."Umar mencapai sejambak bunga dan menyerahkannya kepada Bunga."Saya pergi dulu"
Mata Bunga melilau takut-takut Aqilah ternampak.Dia tahu Aqilah meminati Umar.Bunga mencari jalan untuk menyorokkan bunga tersebut.
_________________________________
Bunga menutup pintu perlahan-lahan agar Badrul tidak sedar yang dia sudah pulang.Bunga melihat Badrul sedang menonton televisyen.Harap-harap dia tak nampak.Bunga menyorokkan sejambak bunga yang diberikan oleh Umar pada pagi tadi di belakang badannya.
"Siapa yang bagi akak bunga tu??"Langkah Bunga terhenti.Aduh dah kantoi.Dia menoleh.
"Bunga??Mana ada??"Gugup Bunga.
"Tu dekat belakang akak tu apa??"Tanya Badrul.Dia tahu kakaknya tidak pandai menipu."Boyfriend bagi??"Bunga menggeleng.
"Akak mana ada boyfriend"
"Ala macam lah bad tak tahu,dah berapa ramai nak tackle akak.Berapa jambak bunga dah diorang bagi tapi akak letak mana??Tong sampah kan.Kira mamat ni special lah kan."Badrul mengangkat keningnya.
"Ada je kan bad nak kena kan akak.Dah lah akak nak naik"Bunga berlari masuk ke dalam biliknya.
_________________________________
Bunga mencampak sejambak bunga di atas katil.Dia juga menghempap badannya di atas katil.Dia mencapai sejambak bunga tersebut.Terdapat kad kecil di bunga itu.
Cari maksud 9 kuntum bunga.Dan saya akan serahkan benda yang dah lama awak hilang.
Apa maksud dia??Bunga mencapai telefon pintarnya.
What!!!???No.Aku baru jumpa dia,dua kali.Bunga berperang dengan perasaannya sendiri.Dia melihat pantung gajah kesayangannya.Bunga suka gajah??Yep.Tak boleh ke??Walaupun pelik nak buat macam mana,dah minat.Dia mencapai patung kesayangannya.
"Bambam,bambam rasa betul ke yang mamat tu suka Bunga??"Bunga mengeluh.
__________________________________
"Umai,jaga Umi elok-elok.Pastikan dalam masa seminggu ni,Umai pandai masak.Umi,kalau Umai ni nakal,Umi cubit pipi dia sebab pipi dia banyak lemak"Pesan Umar.Puan Ummi Khadijah tinggal bersama Umairah sementara kerana Umar terpaksa berkerja di Perak.
"Abang ni,pipi mana ada lemak.Lagi satu Umai tak ready lagi nak belajar masak."jeling Umairah.
"Bila nak ready??Sebulan??Setahun??"Tanya Umar.
"Sudah,sudah.Tak payah nak bergaduh.Umar,tahu lah Umi nak jaga adik kamu ni macam mana.Lagipun Umai ni bukan sesiapa,anak umi jugak"Umar mencapai tangan Puan Ummi Khadijah lalu mencium.
"Umar pergi dulu"
YOU ARE READING
My Sweet Heart(Complete)
RomancePertemuan demi pertemuan,terdetik sesuatu rasa di hati Umar.Perasaan yang sukar ia jangkakan.Hatinya juga mengatakan bahawa Bunga adalah jodohnya. Bunga,sebenarnya saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak.Awak dah berjaya jatuhk...