BAB 48

55 2 0
                                    

Bunga melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Puan Ummi Kartini juga melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. "Morning,ibu" sapa Bunga.Bunga ingin melangkah ke pejabatnya namun dihalang oleh Puan Ummi Kartini.

"Hari ni,Alysa cuti.Temankan Umar.Umar cakap dia nak jalan-jalan pusing penang.Alysa temankan dia ye." Bunga mengeleng.

"Tak nak la.Alysa busy la." Bunga cuba mengelak.

"Alysa,pasal hotel ni jangan risau.Ibu boleh settle kan.Lagipun Ibu kesiankan Alysa.Siang malam bekerja,tak rehat langsung." pujuk Puan Ummi Kartini.

"Kalau ibu nak bagi cuti,okey fine.Alysa boleh rehat dekat rumah.Alysa tak nak temankan dia" bangkang Bunga.

"Alysa, dia kan suami kamu.Mana tahu,cinta lama kini berputik kembali" usik Puan Ummi Kartini.

"Okey,fine.Tapi kali ni jer"

Umar memasuki hotel tersebut dan menuju ke arah mereka."Ibu,mana staff yang ibu cakap nak temankan Umar??"tanya Umar. Bunga menunduk.Dia tidak mahu melihat muka Umar.

"Ni" Jari Puan Ummi Kartini menunjuk ke arah Bunga."Have fun.Ibu pergi dulu."Puan Ummi Kartini meninggalkan mereka.

"Tercegat apa lagi jom la" marah Bunga.Bunga melangkah ke kereta Umar.Umar juga mengikut langkah Bunga.

_________________________________

Mereka tiba di Bukit Bendera.'Tahu pulak arah datang sini.Kalau aku tahu,baik aku tak payah teman dia.Buang masa jer'Bunga menjeling sekilas.

Umar meninggalkan Bunga dan menuju ke kaunter tiket.Selepas selesai membeli tiket,Umar menghampiri Bunga semula."Train lambat lagi.Kita pergi makan dulu nak??Lapar ni.Saya belum breakfast lagi"

Bunga hanya mengangguk. Mereka menuju ke Old Town White Coffice.Mereka duduk di salah satu kerusi di situ. Setelah selesai makan mereka menuju ke tempat perlepasan.Umar kelihatan teruja.

'Macam budak-budak'bisik hati Bunga.Setelah mereka tiba ke tempat destinasi,mereka berjalan sambil melihat permandangan.Tangan Bunga digenggam oleh Umar.

"Jom,kita tengok permandangan penang" Umar menarik tangan Bunga.Bunga hanya mengikut."Besarkan penang ni.Tenang pulak tu.Patut la orang tu tak nak balik KL"perli Umar.

Bunga cuba untuk melihat suasana penang walaupun dia gayat."Bukan tak nak balik.Tapi saya busy.Jom la pergi tempat lain.Bosan la"Bunga cuba mengelak.Dirinya seperti terhuyung-hayang kerana gayat.Lututnya juga seperti lembik.

"Awak gayat kan sebenarnya" uji Umar.

"Ma..man..mana ada" gagap Bunga.Umar cuba ingin menolak Bunga.Bunga menjerik.Semua pelancong melihat Bunga."Ish,awak ni,malu saya"Bunga menampar bahu Umar. "Jahat,dah la saya nak pergi sana" Bunga meninggalkan Umar.

Bunga menuju ke satu taman bunga.'Cantiknya'Bunga menghampiri bunga-bunga tersebut. Umar hanya memerhati gelagat Bunga dan mengeleng.

"Awak,jom la.Kita pusing satu Bukit Bendera ni.Saya dengar ada sejarah tentang bukit ni" Bunga mengeluh hampa.Baru sahaja dia ingin menghidu bunga tersebut, dah nak pergi tempat lain.Bunga menghampiri Umar.

"Awak nak jalan kaki ke atau nak naik kereta tu??" Tanya Bunga. Jarinya menunjuk ke arah beberapa kereta(macam kereta orang main golf)(sorry wawa tak tahu apa nama kereta tu).

"Jalan kaki jer la.Lagipun dah lama tak bersenam" Tiba-tiba, Bunga bersin.Tubuhnya mengigil kesejukan."Sejuk ke??"Bunga hanya mengangguk.

"Sini memang sejuk.Macam dekat cameron,kalau awak naik kereta tadi tu,lagilah sejuk.Walaupun bawa perlahan." Umar memeluk bahu Bunga."Ish,apa ni??Orang nampak la"marah Bunga.

"Awakkan sejuk,saya cuba untuk panaskan jer" Bunga menjeling.'Suka ambil kesempatan dalam kesepitan'

Permandangan di situ,banyak menarik perhatiannya.Bunga mengambil telefon pintar nya di dalam beg tangannya,lalu membuka kamera.

Umar melihat Bunga berswafoto bersendirian.Tiba-tiba, dia mendapat idea.Dia menuju ke belakang Bunga.Bunga langsung tidak perasan kehadirannya.

Bunga membuka galeri untuk melihat gambar yang ditangkap tadi.Dia terkejut. Terdapat beberapa gambarnya bersama Umar. Kalau gambar tu cantik tak pe.Ni tak, Umar buat muka hodoh.Bunga melihat Umar dan menjeling. Umar ketawa.

"Awak tak nak selfie ke??" tanya Bunga. Umar mengeleng.

"Tadikan dah welfie dengan awak"

"Tapi awak buat muka hodoh.Habis rosak gambar saya" marah Bunga.Tiba-tiba, Bunga mendapat satu idea."Saya tangkap gambar awak dulu,lepastu kita welfie sama-sama,okey??"Cadang Bunga.Umar hanya mengangguk. "Bak sini fone awak,saya tolong tangkap" Umar menyerahkan telefon pintar nya.Beberapa keping gambar Umar yang Bunga ambil.Bunga menyerahkan kembali telefon pintar Umar.

Umar membuka galeri.'Kurang asam.'Marah Umar.Gambar yang ditangkap oleh Bunga semuanya rosak.Gambar first,dia tangkap gambar muka dia.Yang kedua,gambar Umar namun kabur.Yang ketiga,gambar langit.Yang keempat,dia zoom gambar,dan yang dia tangkap adalah hidung aku sahaja.

Bunga meninggalkan Umar sambil ketawa.'Padan muka.Rosakkan gambar aku lagi'bisik hati Bunga.

"Bunga,saya nak pergi toilet jap" Bunga hanya mengangguk."Tunggu sini tau"

Bunga menunggu Umar namun kelibat Umar belum dia nampak.Yang dia nampak orang putih jer.Takkan Umar dah bertukar menjadi orang putih selepas keluar toilet.Bunga melihat jam tangannya.'Tak boleh jadi ni,aku kena pergi cari dia'Bunga melangkah pergi meninggalkan tempat tersebut.

"Bunga" Bunga menoleh.Dia merasakan ada orang memanggilnya namun dia tidak nampak kelibat lelaki tersebut. Bunga melangkah lagi."Bunga"Bunga mendengus.'Ish,duk Bunga,Bunga tapi tak nampak pun orang yang panggil aku'

Bunga menoleh.Kelihatan Umar sedang berdiri dihadapannya tersenyum dan menyembunyikan sejambak bunga dibelakangnya.Umar menghampiri Bunga."Saya tahu saya banyak buat salah pada awak.Kesalahan saya amatlah besar.Saya tahu saya tak layak untuk dimaafkan tapi saya merayu."Umar melutut."Izinkan saya ketuk pintu hati awak semula"Bunga terharu.Para pelancong menepuk tangan.Bunga hanya mengangguk dan tersenyum. "Thanks,my dear"

My Sweet Heart(Complete)Where stories live. Discover now