BAB 29

32 6 0
                                    

Umar mengeluh.Hairan pulak dia dengan perangai Bunga yang tiba-tiba dingin.

Atiq mengetuk pintu pejabat Umar lalu memasuki bilik tersebut.Dia melihat Umar yang sedang termenung.Lantas Atiq mengetuk meja Umar.Umar terkejut.

"Ish,kau ni.Suka bagi aku terkejut"marah Umar."Cuba bagi salam sebelum nak masuk"pesan Umar.

"Ehh,aku dah ketuk dah pintu bilik kau ni tapi kau tak dengar."Atiq melihat Umar yang memicit kepalanya yang pening.Pening dengan semua masalah."Kau ni asal??Serabut jer aku tengok??Ke kau gaduh dengan isteri kau"teka Atiq.

"Entah la.Aku pun tak tahu apa salah aku pada dia.Kejap-kejap okey,kejap tak.Ni lagi satu,setiap malam mesti dia nangis.Bila aku tanya,tak jawab.Kau rasa kenapa??"

"Maybe dia mengandung.Ye la,kalau ibu mengandung ni,emosi dia tak stabil"teka Atiq.Umar sekadar mengangguk dan tersenyum.

Satu ketukan pintu bilik tersebut,menganggu perbualan mereka.Kelihatan  Qisya masuk ke dalam pejabatnya."Ada apa Qisya??"

"Sebenarnya,saya nak ingatkan bos,tentang outstation kita lusa ni??"

"Dekat mana??"tanya Umar.Dia pun sudah terlupa dengan perkara tersebut.

"Ehh,takkan kau lupa,kita kena lawat tapak dekat Kuantan."Tegur Atiq.Umar menampar dahinya.Macam mana boleh lupa ni.

"Okey,Qisya.Thanks sebab ingatkan saya"

____________________________

'Kenapa aku beli benda ni??"Bunga memegang kotak yang berisi pregnant test.'Aku cuba je Lah bunga pergi ke tandas.Selepas 2 minit di keluar dan mencampak pregnant test tersebut ke dalam tong sampah.'Tak guna'marah Bunga.

_____________________________

Umar keluar dari tandas selepas dia selesai mandi.Ada sesuatu yang menarik perhatian nya.Dia menuju ke tong sampah.Lantas dia mengambil pregnant test tersebut.Negatif.'Mungkin ini salah satu punca dia jadi dingin.Jadi tekaan aku salah.Dia tak mengandung x bisik hati Umar.

Umar turun menuju ke ruang tamu.Bunga leka menonton televisyen."Honey"

Bunga menoleh dan tersenyum."Hubby"

Umar mengambil tempat di sebelah Bunga."Honey,sebenarnya hubby nak bagi sesuatu"

"Apa dia??"

Umar mengeluarkan seutas gelang dari poket seluarnya."For honey"

Bunga terkejut.Yes,Itu adalah gelangnya.Gelang yang pernah dia miliki."Ini..gelang...honey kan"Umar sekadar mengangguk."Macam mana hubby boleh jumpa gelang ni??"

"Honey ingat tak,masa honey bujang,honey pergi jogging.Dan masa honey jogging,honey ada terlanggar someone ni.Hubby la tu.Gelang honey tercicir.Hubby ingat nak pulang kan,tapi gelang ni cantik.Hubby simpan lah.Tak sangka pemilik dia pun cantik"Bunga menampar lengan Umar.

"Bodek??"

"Mana ada,dah fakta yang my wife ni cute."Bunga menjeling manja."Ada lagi satu yang hubby nak bagitahu"

"Apa dia??"

"Hubby kena pergi Pahang,lusa ni"Bunga terkejut.'Mesti dia dengan Sara ada rancang sesuatu.Ish benci la!!'Umar memegang tangan Bunga."Hubby sebenarnya tak nak pun pergi,tapi dah kerja.Tapi hubby janji,habis jer meeting,hubby call honey,okey??"

Bunga sekadar mengangguk.'Meeting ke Dating??'Tiba-tiba,Bunga mendapat satu idea."Kalau honey nak ikut,boleh??"

"Boleh tu boleh,tapi hubby risaulah honey duduk sorang-sorang dalam hotel bila hubby kena pergi meeting."Bunga pura-pura merajuk.Dia mengalihkan pandangannya.

Umar yang melihat telatah Bunga,terus mendapat satu idea."Honey,jangan lah merajuk.Kalau honey,perangai macam ni,macam mana hubby nak tinggalkan honey.Kalau jadi apa-apa dekat hubby masa dekat sana nanti,macam mana??Kalau-kalau hubby kemalangan,macam mana??"Bunga menoleh lalu menampar bahu Umar.

"Hubby!!Jangan la cakap macam tu.Honey cuma ada hubby jer.Lagipun hubby dah janji takkan tinggalkan honey,kan.Dah,jangan cakap macam tu lagi.Kalau honey dengar hubby cakap macam tu lagi,honey tak teragak-agak peluk hubby,sampai hubby lemas.Honey takkan lepaskan hubby"Umar tersenyum nakal.

"Okey jugak.Dapat jugak hubby merasa pelukan kasih sayang honey setiap hari."

"Gatal"

My Sweet Heart(Complete)Where stories live. Discover now