BAB 33

33 4 0
                                    

Umar tersenyum gembira.'Rindunya aku dekat Bunga.Rasa tak sabar pulak nak balik'bisik hati Umar.Qisya dan Atiq melihat Umar dengan penuh kehairanan.

"Bos,teringatkan isteri ke??"usik Qisya.

Umar hanya tersenyum.Dia melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 9.30 malam.Hari ini mesyuarat habis awal."Atiq,aku ingat nak balik la"

"Balik??Balik hotel ke??Kalau macam tu,jom"Atiq bangun dari tempat duduknya.

"Tak la.Aku nak balik rumah aku.Rumah aku dan Bunga dekat KL"selamba Umar.

"Sorry menyampuk.Bos,dah malam kan.Lagipun bahaya la bawak kereta malam-malam ni.Kalau ye pun nak balik,tunggu lah sampai esok pagi."

"Qisya,jangan risau.Saya tahu nak jaga diri sendiri.Lagipun saya risau.Risau dengan keadaan isteri saya dekat sana.Memang dia kata okey,tapi hati dia,saya rasa tak.Saya takut Sara apa-apa kan dia.Saya takut tak dapat jumpa dia lagi,Qisya"

Atiq mengeluh."Aku tahu.Aku faham perasaan kau.Tapi apa yang Qisya cakap tu betul.Baik kau tunggu esok pagi.Lepas solat subuh,kau dah boleh balik tapi bukan sekarang."

Umar mengeleng."Aku tetap nak balik"

"Atiq mengeleng.Dia tidak faham dengan perangainya yang agak degil."Ni Bunga tahu tak yang kau nak balik"Umar mengeleng.

"Gila kau,buat dia bebel dekat aku.Lagipun aku tipu dia,aku cakap kita dekat sini lagi 2 hari"Atiq ketawa.

"So kau nak balik dah la ni??"Umar mengangguk.

"Okey bro,aku gerak lu"Umar bersalam dengan Atiq.Lantas dia memasuki kereta.

"Hati-hati"Kereta Umar perlahan-lahan meninggalkan mereka.

"Bestnya kalau saya dapat suami macam bos.Dah la baik,caring"Qisya membuat suara manja.

"Habis aku ni??"Atiq mengangkat kening.

"Tak nak kat kau.Nanti kat rumah menghadap kau,kat office pun sama"Qisya mengeling.

"Kau ingat aku nak dekat kau??Sorry ok,not my taste."Atiq membuat muka menyampah.

_____________________________

Sambil memandu kereta,Umar tersenyum.Dia teringatkan telatah Bunga.Rindunya dia terhadap Bunga.

Sebuah lori memandu laju dan break nya tidak dapat dikawal lalu terbabas.Umar yang ingin mengelak namun keretanya terbabas ke dalam gaung.

_____________________________

"Hubby!!!"Bunga terjaga dari tidur.Dia mendapat mimpi buruk yang sama.Mulutnya tidak berhenti beristighfar.'Kenapa aku asyik mimpi hubby kemalangan'bisik hati Bunga.Matanya melihat jam dinding menunjukkan pukul 10.05 minit malam.

'Hubby cakap dia habis meeting pukul 10,tapi kenapa dia tak call aku??'bisik hati Bunga.Tiba-tiba perasaan risau muncul di hati Bunga.Lantas dia mengambil telefon pintar nya lalu mendail nombor telefon Umar.

Namun hampa,Umar tidak menjawab panggilan tersebut.Bunga cuba sekali lagi.'Kenapa ni??Bunga chill,maybe fone dia habis bateri.'Bunga gelabah.'Ya Allah,kau selamatkan lah suami aku berada jauh di samping ku.'doa Bunga.

Bunga menuju ke ruang tamu.Dia cuba mendail sekali lagi."Hubby,jawab la call tu"marah Bunga.Dia mengeluh kasar.

Tiba-tiba dia mendapat idea.Dia mendail nombor seseorang."Hello,Assalamualaikum"

"Hmm,Waalaikumussalam.Asal kau call aku??"Bunga tersenyum.

"Erm,Umar dengan kau tak??"

"Umar??Dia dah balik KL la"Atiq menutup mulutnya.Dia menampar mulutnya.'Asal kau cakap??"marah Atiq kepada dirinya sendiri."Erm,sebenarnya Umar nak suprise kan kau.Ni kalau Umar sampai rumah kau buat-buat la terkejut.Nanti kantoi pulak,aku bagitahu kau pasal ni."

"Dia balik sini??Kenapa tak balik esok,jer.Bahaya la"marah Bunga.

"Aku dah larang dia.Tapi dia degil.Risau sangat kat kau"

"Dah lama ke dia balik??"tanya Bunga.

Atiq melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 10.15 malam."Dalam 50 minit macam tu"

"Haa!!!Kalau aku suruh kau balik jugak boleh??Mana lah tahu,nanti kau terserempak dengan dia"

"Sekarang??Ye lah"Atiq mematikan panggilan tersebut.Bunga mengeluh lega.'Hubby,hubby.Kalau ye pun nak buat sweet,tak payah la nak balik malam-malam buta ni.Bahaya'Bunga tersenyum.

Puan Ummi Khadijah menuju ke ruang tamu,terkejut Bunga berada di atas sofa."Alysa,kamu tak tidur lagi"

"Dah,tapi bangun kejap,call Abang Umar."Puan Ummi Khadijah duduk di tepi Bunga.

"Dah puas dapat dengar suara dia??"

"Tak,dia tak angkat pun.Tapi Alysa dah suruh Atiq tengok-tengok kan dia"Tiba-tiba,telefon pintar Bunga berdering.

Hubby😘😘

Bunga tersenyum,lantas menjawab panggilan tersebut."Assalamualaikum,hubby.Kenapa tak jawab call honey tadi??Honey risau tahu tak"marah Bunga.

"Waalaikumussalam,ni isteri kepada encik Umar ke??"Dahi Bunga berkerut.

"Ye saya.Mana suami saya??"

"Encik Umar kemalangan.Kereta dia terbabas."Air mata Bunga bertakung.

"Encik jangan tipu.Saya tahu encik main-main kan??"

"Betul,puan sekarang ni.Dia on the way ke hospital"

"Saya pergi sana sekarang."Bunga menamatkan panggilan tersebut."Ummi,Abang Umar.Abang Umar kemalangan"Bunga menangis.

Puan Ummi Khadijah beristifar.Umairah yang baru sahaja turun,melihat mereka pelik.Puan Ummi Khadijah menceritakan kepada Umairah.

"Umai,tolong call Abang Atiq bagitahu tentang benda ni"Kata Bunga sambil menangis.

______________________________

Mereka bergegas ke wad Umar setelah sampai ke hospital tersebut.Mereka ternampak Atiq menunggu di hadapan bilik tersebut.

"Atiq,macam mana dengan Umar??"tanya Bunga.

"Keadaan dia kritikal.Buat masa sekarang ni,dia koma."Bunga melihat wad Umar tersebut.'Ya Allah berat dugaan,yang kau beri ini.Aku tak sanggup berpisah dengan dia'bisik hati Bunga."Pergi la lawat dia,aku yakin dia rindukan kau,cuma keadaan yang tak izinkan dia"

Bunga melangkah masuk ke dalam wad tersebut.Dia menghampiri Umar.Dia melihat badan Umar dipenuhi wayar."Hubby,honey datang ni.Bukak la mata tu.Hubby tak rindukan honey ke??Honey rindukan hubby.Honey rindu dengar usikan hubby,ketawa hubby.Kalau honey tahu,honey tak kasi hubby datang sini.Maafkan honey,hubby"Air matanya mengalir.

My Sweet Heart(Complete)Where stories live. Discover now