Bunga melihat ombak pantai menghempas pasir.Dia mengeluh perlahan.'Kenapa dia perlu muncul dalam hidup aku semula??'bisik hati Bunga.
Umar keluar dari hotel tersebut, ternampak Bunga melihat pantai sambil memeluk tubuh.Dia menghampiri Bunga. "Awak,apa khabar??" sapa Umar.
Bunga menjeling Umar sekilas."Awak buat apa dekat sini??Kan saya dah cakap jangan cari saya"marah Bunga.
"Kenapa saya tak boleh dekat dengan isteri saya sendiri??" uji Umar.
"Sebab saya tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan awak dan Sara."
"Saya tak jadi kahwin dengan Sara" selamba Umar.
Bunga terkejut dan melihat Umar."Kenapa??Saya dah sign fail poligami kan.Saya setuju.Sekarang ni,saya nak awak balik KL kahwin dengan Sara"
"No.Buat apa saya balik sana sedangkan isteri saya dekat sini"
Bunga menjeling. "So,awak dah baca surat tu.Kan dekat surat tu saya tulis yang saya tak nak awak cari saya.Ni saya nak tanya macam mana awak tahu saya ada dekat sini??" tanya Bunga.
Umar mengangkat bahu tanda tidak tahu."Sebenarnya, saya datang nak bercuti jer.Tapi saya tertarik dengan hotel ni dan saya join la.Tak sangka pulak awak ada dekat sini"tipu Umar.
"Ibu,macam mana awak kenal dia??" Umar mencari idea untuk menipu.
"Ibu kan owner hotel tu. Saya cari owner hotel ni hari tu,lepastu ibu cakap saya ni anak saudara dia dan dia tawarkan saya jadi CEO hotel ni.Saya terima jer la" tipu Umar lagi.
"Jadi saya,awak tak ingat la kan??" Bunga menjeling.
"Macam mana saya nak ingat kalau isteri saya sendiri lari tah ke mana.Isteri saya sendiri sorokkan identiti dia.Menyamar jadi bibik" sindir Umar.
"Sekarang awak nak salahkan saya??Memang pun.Saya yang salah.Saya buat suami saya benci saya.Saya biar jer suami saya keluar dengan perempuan lain.Saya benarkan suami saya kahwin dengan perempuan lain.Saya biarkan rumah tangga saya terbengkalai macam tu.Semuanya salah saya." Bunga menahan sebak lalu meninggalkan Umar.Seseorang telah melihat situasi tersebut.'Apa hubungan diorang??'
YOU ARE READING
My Sweet Heart(Complete)
RomancePertemuan demi pertemuan,terdetik sesuatu rasa di hati Umar.Perasaan yang sukar ia jangkakan.Hatinya juga mengatakan bahawa Bunga adalah jodohnya. Bunga,sebenarnya saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak.Awak dah berjaya jatuhk...