BAB 16

38 5 0
                                    

Bunga mengenakan jubah putih dan tudung berwarna putih.Simple tapi cantik.Hari ini,dia akan menamatkan zaman bujangnya.Setelah selesai bersiap,Bunga pergi ke halaman rumahnya.Umar sudah memberitahunya bahawa rakannya,Radin akan menjemputnya dan menghantarnya ke Masjid berhampiran rumah Bunga.

Langkah Bunga terhenti apabila melihat Aqilah berada di halaman rumahnya.Badrul sudah berada di dalam kereta Radin."Aqilah"

Aqilah menghampiri Bunga dan memeluknya."Bunga,aku nak mintak maaf.Aku tahu aku salah.Aku tak patut pun marah kau."kesal Aqilah.

"Memang patut pun kau marah aku.Aku dah rampas orang yang kau sayang"Aqilah mengeleng.

"Aku yang terlalu ikut perasaan.Kita lupakan saja.Aku try untuk move on,okey"Bunyi hon kereta Radin,memecah kesunyian.

"Cepatlah sikit.Nanti lambat Umar marah aku"kata Radin.

"Jom.Tak payah sedih-sedih.Habis make up kau."

_____________________________

Kaki Bunga melangkah masuk ke dalam Masjid tersebut.Umar menoleh dan melangkah.Bunga tersenyum manis.Dia menghampiri mereka lalu duduk.

"Boleh kita mula sekarang??"Umar mengangguk."Bismillah,Muhammad Umar Al-Arif Bin Azhari.Aku nikahkan kau dengan Bunga Alysa Binti Muhammad Luqman dengan mas kahwin RM 6000 tunai"

"Aku terima nikahnya Bunga Alysa Binti Azhari dengan mas kahwin RM6000 tunai"

Dengan sekali lafaz,mereka sah bergelar suami isteri.Mak,ayah,Bunga dah bergelar isteri orang.Bisik hati Bunga.Hatinya sebak.Kalaulah arwah ibu dan bapanya masih ada,tentu mereka gembira.

Umar menghampiri Bunga.Dia menyarungkan cincin di jari manis Bunga."Yes!!Umai dah ada kakak ipar"sorak Umairah.Semua hadirin ketawa melihat telatah Umairah.

____________________________

"Thanks lah korang.Korang dah banyak bantu aku hari ni"ucap Umar.

"Alah kitaorang kan kawan kau.Dah memang tugas kitaorang.Lagipun apa gunanya kitaorang,kalau tak nak tolong kau"Kata Atiq.

"Ehh,aku kena gerak dulu lah.Jumpa esok dekat majlis kau.Anyway,tahniah."kata Radin.

______________________________

Mereka masuk ke bilik tidur Bunga.Cantik dan Simple."Ni lah,bilik saya."kata Bunga.Mata Umar tak lekang melihat anak patung gajah milik Bunga.Lantas dia mengambil anak patung tersebut."Ohh,tu nama dia Bambam.Anak patung tu saya simpan dari kecik lagi.Dia je lah kawan yang saya ada"

"Nice name."

"Awak nak mandi??"

"Kenapa tanya??Nak mandi dengan saya sekali ke??"Goda Umar.

"Mana ada.Saya tanya jer.Kalau tak nak,saya mandi dulu"Bunga berlari masuk ke dalam bilik air.Mukanya merah menahan malu.

My Sweet Heart(Complete)Where stories live. Discover now