BAB 42

62 2 0
                                    

2 TAHUN KEMUDIAN,

"Saya harap hotel ni,akan terus maju dan lebih meluas di seluruh Malaysia." Semua pekerja memberi tepukan gemuruh kepada Bunga.Mereka semua keluar daripada bilik mesyuarat.

"Tak sangka kan,5 tahun berlalu dengan pantas.Thanks la,Puan Alysa.Kalau tak dak Puan,tak tau la jadi apa hotel ni" Kata salah seorang pekerja hotel tersebut.

"Alhamdulillah.Hotel ni pun takkan maju tanpa korang.Usaha korang tu yang saya suka."Bunga tersenyum manis.

" Apa kata aku belanja hampa semua cendoi??"Kata salah seorang pekerja lelaki dengan loghat penang.

"Kami nak balik dah.Lagipun kami ni sudah berkahwin bukan macam hang,membujang je kerja.Kalau hang nak pi makan cendoi,hang ajak la Puan Alysa.Kami balik dulu,noo.Assalamualaikum" Mereka meninggalkan Bunga dan pekerja lelaki tersebut.

"So??Jom" Ajak pekerja lelaki tersebut. Bunga mengikuti langkah pekerja lelaki tersebut.

Umar memasuki hotel tersebut. Hatinya tiba-tiba terasa berdebar.Dia melihat kelibat seorang wanita dan seorang lelaki keluar dari hotel tersebut.

__________________________________

"Thanks,Shahril.Awak selalu belanja saya.Sepatutnya, saya kenalah naikkan gaji awak,kan??" Shahril memandang Bunga pelik.

"Kenapa pulak??Saya kan laki.Laki kena la gentle"

"Ye lah,duit kahwin,awak tak nak simpan??" Tanya Bunga.

"Saya memang dah simpan.Tapi tak dak sorang pun nak kat saya.Nak buat lagu mana??" sayu Shahril.

"Shahril, awak ni bukan tak hensem.Maybe ni kuat memilih" Bunga ketawa.

"Eleh,cakap orang,Puan tu pulak lagu mana??Takkan selamanya nak berseorangan"Muka Bunga berubah.

" Jujur saya cakap,saya rindu dia.Tapi masa tak mengizinkan saya untuk bertemu semula.2 tahun,Shahril. Mungkin dia dah anak.Saya happy kalau dia happy"Sayu Bunga.

"Puan tak nak bercerai??"

"Cerai bukan penyelesaiannya.Hati saya masih belum sedia untuk jumpa dia walaupun saya rindu dia.Dah la,cepat sikit habiskan cendol tu"

My Sweet Heart(Complete)Where stories live. Discover now