Umar memerhati gelang yang ditemuinya di taman semalam.Gelang tersebut telah menarik perhatiannya."Oii,berangan"Lamunan Umar terhenti apabila diganggu oleh Atiq.
"Kau ni,bukan nak bagi salam.Nasib aku tak dak masalah jantung.Kalau tak,arwah lah nampaknya."Atiq ketawa terbahak-bahak.
"Ada apa kau nak jumpa aku??"tanya Atiq.
"Aku nak tanya kau pasal ni"Umar menyerahkan gelang yang dipengangnya."Kau tahu tak ni gelang siapa??"
"Aku ni arkitek tau.Bukan polis,bukan ahli nujum yang boleh nampak apa-apa dalam air."sindir Atiq.
"Aku tahu.Gelang ni,pemilik dia cicirkan.So,aku nak kau temankan aku cari pemilik gelang ni.Takkan setakat gelang,aku nak report polis."
"Temankan??Sekarang??"Tanya Atiq.
"Ye lah"
"Meh aku tengok gelang tu kejap.Mana tahu aku tahu siapa pemiliknya"Umar menyerahkan gelang tersebut.Terdapat tulisan di gelang tersebut.
BUNGA
Atiq tersenyum dan menggeleng."Kau ni,dah terang-terang dia bagi kau macam mana nak kesan dia."
"Macam mana??"
"Ni.Dia tulis Bunga.Aku rasa dia sukakan bunga.Sebab tu la gelang ni tulis bunga."Yakin Atiq.
"Alah,Mama kau pun suka bunga jugak kan"
"Bukan itu maksud aku.Pemilik gelang ni,dia umpamakan bunga tu dunia dia.Bab-bab bunga semua dia pakar.Dan aku rasa dia bekerja di kedai bunga."jawab Atiq dengan yakin.Umar mengangguk.
"Jom"
"Pergi mana??"
"Pergi kedai bunga lah,cari pemilik gelang ni"Umar sudah tidak sabar ingin bertemu gadis yang pernah melanggarnya dahulu yang jugak pemilik gelang tersebut.
______________________________
Bunga mencari gelangnya di merata-rata tempat."Mana ni??Selalunya aku letak dekat meja solek tapi hari ni tak dak pulak"Bunga mengeluh.Badrul yang dari tadi memerhati teletah Bunga bersuara.
"Akak cari apa??"Tanya Badrul kehairanan.Jarang sekali kakaknya berperangai seperti itu.
"Akak cari gelang."
"Alah gelang jer pun.Ingatkan duit"Bunga menjeling ke arah Badrul.
"Bad cakap senang lah.Gelang tu arwah mak yang beli,bagi pada akak masa hari lahir akak.Nampak sangat akak tak hargai apa yang mak bagi pada akak"Pasrah Bunga.
"Alah nanti kita cari sama-sama.Akak ingat tak bila kali terakhir akak pakai gelang tu??"Bunga menggeleng."Tak pun akak cicirkan masa akak keluar pergi jongging semalam."Bunga teringat peristiwa semalam.Peristiwa dia terlanggar seorang lelaki yang kebetulan juga berjongging di taman tersebut.Bunga memetik jari.
"Thank you,Bad.Sayang Bad.Muahhhh"Bunga mencium pipi Badrul.
"Eeuwww,jeli lah"Bunga berlari memasuki biliknya untuk bersiap.Dia ingin ke taman untuk mencari gelangnya yang hilang.
______________________________
"Idea kau ni tak berguna langsung"Marah Umar.Satu Kuala Lumpur,dia mencari pemilik gelang tersebut namun tidak ditemuinya.
"Alah aku bukan tau pun.Jangan lah marah.Meh,kita fikir macam mana nak kesan pemilik gelang ni,okey??"Umar memicik kepalanya.Penat mencari dan memikir.
YOU ARE READING
My Sweet Heart(Complete)
RomancePertemuan demi pertemuan,terdetik sesuatu rasa di hati Umar.Perasaan yang sukar ia jangkakan.Hatinya juga mengatakan bahawa Bunga adalah jodohnya. Bunga,sebenarnya saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak.Awak dah berjaya jatuhk...