Music Video Pilihan Penulis
Aku Cinta
Syamel & Ernie ZakriDi bahagian lobi sebuah hotel mewah yang terletak di tengah-tengah ibu kota, kelihatan seorang lelaki yang mengenakan sut rona navy blue berjalan mundar-mandir sambil sesekali mengerling jam pada pergelangan tangan kirinya. Beberapa ketika kemudian, matanya beralih kepada telefon bimbit di tangan kanannya. Riak wajahnya kelihatan begitu gelisah. Jari telunjuk menari laju di atas permukaan skrin telefon sebelum peranti itu didekatkan pada telinga kanan.
"Hello... You kat mana? Kenapa lambat sangat?" Ini merupakan panggilan ketiga yang dibuat olehnya. Rahangnya bergerak-gerak ketika mendengar suara di sebelah sana. Dia mengucapkan beberapa patah perkataan dan terus memutuskan panggilan walaupun yang di sebelah sana masih lagi berada di talian. Geram!
Wajahnya yang semakin tegang diraup berkali-kali supaya kegelisahan yang terbuku di dalam jiwa tidak terpancar melalui riak wajahnya. Bukan sahaja dia sedang gelisah tetapi sebenarnya dia sedang menahan amarah yang semakin merajai hati. Adalah menjadi kepantangan buat dirinya apabila terpaksa menunggu. Dia terlalu benci akan keadaan yang membuang masanya. Masanya sangat berharga dan takkan dibiar berlalu dengan sia-sia.
Sekali lagi dia mengerling jam di pergelangan tangan. Lima minit sebelum menghampiri jam lapan malam. Bibir diketap kuat, rahangnya masih bergerak-gerak. Wajahnya menyerlahkan aura yang agak dingin, namun suhu hatinya semakin mendidih kerana kesabarannya sudah semakin menipis. Orang yang ditunggu-tunggu masih tak kunjung tiba.
***
Sebuah kereta Honda City berwarna putih berhenti di perkarangan hotel. Di dalamnya kelihatan seorang wanita sedang mempamer riak wajah yang penuh dengan keresahan. Menerusi cermin hadapan kereta, dapat dilihat seorang lelaki sedang merenung tajam ke arahnya. Renungan yang baginya amat menggerunkan, persis seekor harimau sedang menunggu masa untuk menerkam mangsanya. Dalam hal ini, sudah pastilah mangsa itu adalah dirinya. Aura alpha male yang terpancar daripada pandangan lelaki yang sedang berdiri di tepi keretanya itu membuatkan perasaannya sedikit kecut.Wanita itu tidak mahu terus berlengah lagi. Tergesa-gesa dia membuka pintu dan keluar. Dapat dia melihat lelaki itu memandangnya dari atas ke bawah dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Sempat dia mengerling tubuhnya nelalui biasan cermin pintu kereta itu. Dia kelihatan menawan dengan menggayakan busana evening dress berona navy blue sedondon dengan lelaki di hadapannya yang sedang memandang dirinya dengan pandangan tidak berkelip seakan teruja, namun ada riak beku dalam pandangan itu. Dia cuba memaniskan riak wajahnya dengan mengukirkan sebuah senyuman manis dan dihadiahkan kepada lelaki itu.
Muzaffar Irsyad menghampiri seorang jockey dan memberi arahan agar dia mengelolakan kereta Honda City itu untuk diparkir ke ruangan parking bawah tanah hotel.
"I've told you, this event start at eight, you should be here forty five minutes before!"Lengannya disambar dan dicengkam kuat oleh Muzaffar. Dia mengeluh kesakitan, memandang wajah Muzaffar seolah-olah memohon simpati. Sedar bahawa wanita itu sedang berada dalam kesakitan, Muzaffar melonggarkan cengkaman tangannya pada lengan itu. Riak wajahnya yang agak tegang sebentar tadi cuba dikendurkan dengan menggariskan sebaris senyum hambar.
"Sayang I'm so sorry. I tak sengaja." Tutur wanita itu meminta simpati. Walhal memang dia sengaja melengah-lengahkan ketibaannya ke sini. Dia telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyarungkan pakaian ini ke tubuhnya kerana perasaannya yang sedikit kekok untuk mengenakan evening dress yang menyerlahkan separuh tubuhnya. Berkali-kali dia mengenakan pakaian itu dan kemudian menanggalkannya semula. Dia tiada keyakinan untuk menyarungkan busana yang agak seksi dan mendedahkan sebahagian tubuhnya daripada leher ke pinggang. Setelah lama berfikir, akhirnya dia terpaksa juga menyarungkan busana itu ke tubuhnya. Cantik! Sesiapa sahaja yang memandang, pasti akan memuji dirinya. Namun dia tidak mengharapkan pujian daripada orang lain. Apa yang dia mahu, biarlah apa yang dipakai ini menepati citarasa suaminya. Sememangnya segala penampilan dirinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki telah diatur oleh suaminya itu.
YOU ARE READING
Yang Terlarang Itu Godaan
Romance"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardia...