17

5.7K 57 9
                                    

Mardiana menelangkupkan badannya ke tilam dengan wajah disembamkan ke atas bantal hotel yang lembut dan empuk. Dia tidak mahu Iqbal melihat wajahnya yang sedang menangis. Iqbal yang duduk di sisinya tidah diendahkan. Dia hanya mahu menangis sepuas hatinya.

"Kenapa ni sayang... Datuk buat apa pada you?" Untuk kesekian kalinya Iqbal mengulang soalan yang sama.

Jarinya mengelus rambut Mardiana yang jatuh mengurai. Perasaan ingin tahu kian membuak-buak. Rasa sebak mula bertandang di hati apabila melihat wanita yang dicintainya itu menangis tersedu-sedan. Tentu ada sesuatu yang telah berlaku hingga membuatkan Mardiana berubah laku sedangkan sebelum masuk ke bilik Datuk Ramlan, wanita itu mempamerkan riak wajah ceria malah sempat mencuit nafsu berahinya dengan bertindak nakal menayangkan 'gigitan cinta' yang ditandakan olehnya malam tadi.

Tiada jawapan yang keluar dari bibir mungil Mardiana. Wajahnya masih ditekup ke bantal. Iqbal kian gelisah. Pelbagai persoalan menyerang benaknya. Nafas dihela perlahan. Dia merasakan bahawa Mardiana memerlukan ruang untuk bersendirian seketika. Mungkin kehadirannya pada saat ini tidak diperlukan. Dia mengeluh perlahan sebelum bersuara.

"I think you need to calm down. Kalau you rasa nak bersendirian, I'll go for a while. Will be back later. Take your time, sayang."

Ubun-ubun Mardiana dikucup perlahan. Berat hatinya untuk meninggalkan kekasih hati.

"Stay with me. I need shoulders to cry on." Mardiana mendongak dan menarik tangan Iqbal agar kembali duduk di sisi katil.

Tangan Iqbal meraih lembut lengan Mardiana. Ditarik tubuh wanita itu supaya duduk berlunjur. Kini Mardiana sedang duduk berhadapan dengan Iqbal.

Mardiana mengesot sedikit sebelum merangkul tubuh Iqbal. Wajahnya dijatuhkan pada dada Iqbal.

"Stop crying, sayang. Tell me what had happened just now. Datuk buat apa sampai you menangis teruk macam ni?" Dagu Mardiana diangkat dan perlahan jarinya menyeka airmata yang masih mengalir di pipi mulus Mardiana.

Pandangan mata mereka bertaut seketika. Mardiana cuba menghentikan tangisannya. Nafas dihela perlahan. Dia membiarkan tangan Iqbal menyebak rambut yang menutupi sebahagian wajahnya. Menyedari keadaan wajahnya yang basah dek airmata, segera tangannya disapu ke muka, malu terasa apabila Iqbal melihat keadaan wajahnya yang comot kesan daripada menangis.

"Kenapa ni sayang? Cuba cerita apa yang berlaku? Apa Datuk buat pada you?" Tanya Iqbal sekali lagi. Renungan matanya tidak lepas dari terus menatap wajah Mardiana.

Iqbal bangkit mengambil kotak tisu untuk diberi pada Mardiana. Tingkah-laku Mardiana tak ubah seperti anak kecil. Berhingus apabila menangis! Secara spontan, Iqbal menggeleng-gelengkan kepalanya dan ketawa kecil.

"You ni kenapa pandang I macam tu? Tak pernah tengok perempuan menangis ke?" Ujar Mardiana sebelum mencebik bibir.

"Muka you nampak comel. Eh, I tipu! Sebenarnya tak comel mana pun. Sikit lagi muka tu nak serupa macam Hantu Kak Limah!" Usik Iqbal.

"You ni kannn... I tengah sakit hati, lagi you mahu tambah!" Bibir Mardiana dimuncungkan. Geram apabila Iqbal mengejek dirinya. Sebiji bantal dihempuk beberapa kali ke dada Iqbal.

"Aduh, sayanggg... You ni kan!" Iqbal menggosok dada dan mengenepikan bantal ke sisi.

"Muka hantu Kak Limah ni jugak yang you cari kan?!" Bibir Mardiana dicungik ke atas serentak dengan jarinya menunjuk pada wajah sendiri.

Iqbal tertawa melihat wajah Mardiana yang cemberut.

"Babylove, kalau you ada masalah beritahu pada I. I tak sanggup lihat you sedih. I susah hati tau." Iqbal menunjukkan keprihatinan terhadap wanita yang menambat hatinya itu.

Yang Terlarang Itu GodaanWhere stories live. Discover now